Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan RM 3.8 Bilion

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Kes Cikgu Azizan menampar anak murid tidak berdisiplin“. Kali ini Abang nak berkongi senarai 30 syarikat pelaburan yang telah enyebabkan pelabur kerugian RM3.8 Billion.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan senarai 30 syarikat yang dipercayai terlibat dalam penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM 3.8 bilion. Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 orang menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat pelaburan tersebut.

Berikut adalah senarai 30 syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK :

1. MGSB

2. CAPITAL FOSTER ADVISOR

3. PELABURAN EMAS ROYAL GOLD

4. KONGSI MAKAN

5. RICHWAY

6. MONSPACE

7. MFACE/MBI

8. SAHAM – CENTURY DINASTY

9. BOOKCOIN

10. BIT COIN – AL MUBIN AGARWOOD

11. BIT COIN – BIT KINGDOM

12. MI1 GLOBAL SDN BHD

13. ZG SPACE CITY (M) SDN BHD

14. FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH

15. ROOPERS BURGER

16. PRO VENDING MACHINE

17. SAHAM 500 PLUS

18. KOPI PAK BELALANG

19. NHA STRATEGIC HOLDING BHD

20. DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK

21. YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)

22. PELABURAN SAHAM MYZIA COIN

23. PELABURAN AGR HOLDING

24. FOREX – FXUNITED

25. FOREX – TRIGERFX

26. PELABURAN BITCLUB

27. PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES

28. PELABURAN PTM4U

29. PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES

30. PELABURAN MINES AND METALS

Ini bukan kali pertama Pihak Berkuasa mengeluarkan senarai syarikat pelaburan yang tidak sah di Malaysia, PDRM dan Bank Negara Malaysia sentiasa mengemas kini senarai dari masa kesemasa.

Pelik sungguh warga Malaysia ini yang katanya tertipu oleh skim pelaburan tidak sah sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang tiada noktah. Mereka hanya rasa tertipu apabila syarikat tidak mampu membayar pulangan tinggi yang dijanjikan, selagi syarikat mampu banyar mereka tidak pernah rasa ditipu.

Pelaburan ada akad janjinya, sebelum kita melabur pasti agen samada yang sah atau yang tak sah akan menerangkan perjalanan pelaburan dan jumlah keuntungan yang bakal diperolehi. Kalaulah pulangannya terlalu tinggi daripada kebiasaan sudah pasti kita tahu ini adalah skim. Apabila kita bersetuju untuk melabur walaupun sedar ini adalah skim bermakna kita juga perlu menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Pakar pelaburan kata tinggi risikonya, tinggi pulangannya. Jangan hanya nak dapat pulangan tinggi tetapi risiko kita salahkan agen, kita salahkan syarikat, kita salahkan orang itu dan orang ini. Duit kita, kita yang buat keputusan. Jangan termakan pujuk melainkan kita sanggup menanggung akibatnya.

Mungkin ramai tak percaya kalau Abang kata Abang tidak pernah masuk mana-mana skim pelaburan dari beribu-ribu syarikat yang jelas asalnya daripada Malaysia selain Amanah Saham Nasional, Tabung haji dan Mutual Fund.

Abang suka komen dari sahabat FB tuan Mohd Noor Jali :

Untung rugi syariah perniagaan..terus positive.

Majoriti di kalangan kita suka hanya pada KEUNTUNGAN tak dapat menerima kerugian. Bila masuk skim cepat kaya nak sentiasa untung sahaja tapi bila syarikat kena tutup tak boleh terima hakikat pulak. Jadi nak melabur yang tak ada rugi, melaburlah di ASB atau TH. Alaa sikit sangat pulangannya itu pulak komennya.

Rasanya 100 tahun lagi pun skim pelaburan tidak sah tetap akan ada di Malaysia sebab pemintaan tetap ada. Mereka tidak akan pernah serik.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

62 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!