Sempena hari lahir, lelaki ini viralkan gambar selfie yang diambil setiap hari selama 10 tahun!

Spread the love

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tak pernah terfikir dek akal usia blog kepunyaan Marzuki Gedek Mahbob sudah mencapai usia 1 dekad (10 tahun). Amat menakjubkan lagi beliau atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Gedek’ memuat naik posting di blognya untuk belanja projek selfie yang telah pun bermula semenjak tahun 2009 lagi.

Beliau berkata: “Tanpa anda 10 tahun hanyalah angan-angan

Seperti yang dijanjikan… Video 10 tahon berselfie! Dari 26 Mac 2009 hingga 26 Mac 2019. Jutaan terima kaseh kepada puan isteri dan anak-anak kerana tahan dengan perangai pelik ini. Tanpa mereka projek selfie ini tak sampai satu dekad. Kawan-kawan, pembaca bunyi dan pembaca sunyi Blog Begins at Forty.

Yang paling seronok sekali ‘tetamu-tetamu’ yang sudi bergambar dengan uncle dan membuatkan video ini jadi lagi lebih awesome! Jangan kelip mata ya, cari gambar korang! Banyak ‘easter egg’ dalam video ni! Jangan lupa naikkan volume! Enjoy! – Uncle Gedek-

Menurut kenyataan beliau di facebooknya, beliau menulis tentang fakta menarik tentang blog beliau iaitu ‘Begins at Forty

  1. Projek selfie ni bermula sebelum perkataan ‘selfie’ tu wujud. Sebab tu tagline blog ini adalah ‘Self Potrait Daily’.
  2. Mula berselfie hanya tempat tertutup, sebab malu kalau-kalau orang terpandang. Tapi akhirnya keluar sebab dalam dalam bilik membosankan!
  3. Sebelum memiliki handphone berkamera depan, uncle hanya main agak-agak untuk dapatkan moment belakang uncle yang tepat.
  4. Tarikh posting setiap entry adalah tarikh yang sama setiap selfie yang dirakam. (Kecuali ada 2 hari yang uncle tidak dapat capaian internet. Tapi tarikh gambar adalah mengikut turutan sebenar.
  5. Pada awalnya blog hanya dikenali dikalangan kawan-kawan blogger yang dekat tapi satu hari penyanyi Yuna ‘ter’ tweet tentang blog ni maka semakin tersebarlah kewujudan blog ini. (TQ Yuna!)
  6. Pernah trending di Twitter dengan hashtag ‘pakcikcamwhore’ pada sekitar tahon 2011. Ramai yang puji… Raaaamaaaaaai juga yang keji…

Beliau juga berkata tarikh muat naik projek video selfie tersebut pada 26 Mac 2019 supaya sama dengan tarikh mula-mula berselfie.

Semoga bermanfaat.

Selamat hari lahir Uncle Gedek!

#unclegedek #selfieartist


Spread the love

8 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!