Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sesuatu yang cukup menarik apabila sebuah seminar keusahawanan diterjemahkan dalam bentuk muzikal. Itulah yang berlaku pada #YouCanDuit @Karnival CEO Desa yang bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur. Buah tangan terakhir untuk siri jelajah kempen #YouCanDuit bagi tahun 2017 yang berlangsung pada 19 sehingga 21 Januari 2018.
Alhamdulillah, pihak Denaihati Network telah menjadi sebahagian daripada pasukan untuk menjayakan program YouCanDuit sejak tahun 2016 lagi. Dari selatan hingga utara, dari pantai barat hingga ke borneo, kesemuanya telah dijelajahi untuk membawa eUsahawan dan eRezeki ke seluruh Malaysia.
Untuk eUsahawan sahaja pesertanya telah menjana pendapatan RM227 juta dan akan terus bertambah apabila perniagaan peserta itu semakin mantap, manakala eRezeki pula sudah melebihi RM112 juta. Angka-angka tersebut telah membuktikan bahawa kempen ini telah berjaya merakyatkan ekonomi digital di negara kita.
Sambutan mantap di setiap negeri
Kempen #YouCanDuit ini telah menjelajah ke seluruh negara dengan jayanya membuka mata usahawan-usahawan yang berada di bandar mahupun luar bandar. Tidak kira perbezaan kaum, jantina mahupun umur, kesemuanya bersatu di bawah satu bumbung dan kesedaran untuk menjana pendapatan melalui alam digital telah diterapkan. Sudah pasti tahun 2018 akan terus menggiatkan usaha untuk mengadakan kempen kesedaran bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk meraih peluang pendapatan.
Sejak tahun 2016 sehingga sekarang, #YouCanDuit yang membawa program eUsahawan dan eRezeki telah melatih seramai 307,778 peserta dan menjana lebih daripada RM340.1 juta pendapatan terkumpul.
Sokongan Kerajaan yang berterusan
Penutup majlis #YouCanDuit di Istana Budaya Kuala Lumpur baru-baru ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Datuk Yasmin Mahmood, Ketu Pegawai Eksekutif MDEC.
“Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak program bagi meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya menerusi bidang ekonomi digital, jika terus dipilih menerajui negara pada pilihan raya umum akan datang,” Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Perkongsian artis-artis dalam Keusahawanan
Muzikal #YouCanDuit kali ini mengambil pendekatan yang istimewa untuk berkongsi informasi melalui persembahan muzikal.
Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Erma Fatima (Mok Cun), Nabil Ahmad, Fizo Omar dan Sifu Jamal tidak terkecuali dalam sesi perkongsian untuk usahawan-usahawan dan pengunjung yang datang. Kesemuanya hadir untuk mendengar sendiri kisah jatuh bangun mereka yang telah mengecapi kejayaan.
Kehadiran semua hadirin di dalam Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur amat berbaloi apabila ramai yang menghayati kisah-kisah selebriti yang bersusah payah menempa nama.
Tidak mudah mengalah, banyakkan bersedekah, bantu membantu dalam perniagaan adalah di antara tips-tips yang diberikan oleh selebriti yang hadir.
Diharapkan program yang dibawakan oleh MDEC ini akan sentiasa diteruskan bagi memberi peluang kepada jutaan rakyat untuk terus menjana pendapatan secara digital pada zaman ini.
32 Comments
ramai artis yang terlibat dgn program anjuran MDEC, contohnya YouCanDuit ni. Terbaiklah artis Malaysia!
Harap seminar sebegini dapat diterus pada masa akan datng. biarkan kerajaan dah bertukar. Program yang memberi byk manfaat ni
Baru 2 bulan lepas coach Megat , salah seorang coach yang dilantik untuk membimbing para peserta erezeki ni ada datang bagi talk di tempat saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Owh, mesti banyak yang dikongsikan oleh coach Megat tentang erezeki ye. Nanti bolehlah share bro
Sekarang ni walaupun kerajaan yang memerintah sudah bertukar tangan, tapi Alhamdulillah program You Can Duit tetap masih berjalan seperti biasa..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
alhamdulillah program You Can Duit tetap masih berjalan seperti biasa..harapnya tidak dihentikan la kan
mudah”an usaha nya selalu di beri kelancara dan di beri kemudahan,. usaha yang baik insya allah akan berjalan baik pula.,
semoga usaha nya semakin maju dan berkembang sukses slalu i like
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
tahniah team DH sebab jadi sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat secara digital. memang teknologi masa kini kalau diguna dengan betul, boleh beri manfaat besar
Curahan rasa izwan @ ..Jana Duit Dengan Pati Lanchar Kolesterol
Ada waktunya teknologi membantu kita untuk dapatkan pendapatan lebih, ada juga syarikat yang tutup sebab ketinggalan teknologi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Dan S29
Setuju dengan Tuan Izwan, teknologi masa kini kalau diguna dengan betul, boleh beri manfaat besar.
semoga mereka yang pernah joinyoucanduit ni dapat membawa pulang input berguna utk diterapkan dlm bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Cleanser
Benar, bila sudah ada ilmu yang dipelajari dari seminar, bawa balik untuk dipraktikkan bagi mengetahui keberkesanannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Harap-harap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dapat membuka mata masyarakat dan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita ini.Usahawan baru juga dapat di lahirkan.
Curahan rasa Ira @ ..Asid lemak Omega-3 dan Kesihatan Kanak-Kanak
Lepas ni tak boleh nak salahkan kerajaan bila duit tak cukup, sebab kerajaan pun dah tolong adakan program untuk cari duit.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Homestay Shah Alam Seksyen 25 Di Pangsapuri Damai
Mama nampak sasaran pengunjung kali ini orang yang suka berhibur, sebab tu tema hiburan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!
Semoga minat untuk datang berhibur dapat ditukarkan kepada minat nak jadi usahawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Dari minat untuk datang berhibur dapat ditukarkan kepada minat nak jadi usahawan. Strategi lain ni
Macam macam cara di gunakan untuk tarik minat orang ramai menceburi bidang keusahawanan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!
Salah satu cara untuk menarik perhatian orang ramai ke acara sebegini ialah dengan menjemput public figure, mereka ada aura yang tersendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong
Yup..dan pyb figure ni pun bukan calang calang gak. Sebab diorang pun terlibat dlm menjadi usahawan
Memang ini car mereka. Menarik perhatian orang ramai ke acara sebegini ialah dengan menjemput public figure, mereka ada aura yang tersendiri. Artis plak bukan calang calang
Yup, betul tu. Macam macam cara di gunakan untuk tarik minat orang ramai menceburi bidang keusahawanan.
cepat betul masa berlalu. siri jelajah youcanduit dah habis. rasa mcm baru je DH start cerita pasal ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Traveloka Fly & Win CNY Contest – Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
Insyaallah ada lagi program program seperti ini di masa hadapan, cuma kena tunggu bila lagi ia akan diumumkan pada masa akan datang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Harap harap program seprti ini tidak dihentikan oleh kerajaan baru, seperti mana nasib 2,3 program lain
Buatlah apa yang perlu untuk tambah punca pendapatan di alam maya. banyak peluang ada
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
nampaknya youcanduit ni dah berjaya membuka mata banyak pihak utk buat duit di alam maya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Traveloka Fly & Win CNY Contest – Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
youcanduit ni satu2 nya program yang sangat aktif mengajar rakyat ttg buat duit online..bisnes secara digital
betul tu.. sebelum program ni, susah nak bagi orang yakin yang boleh duit guna internet
Semoga usaha murni ini dapat mengurangkan jurang kemiskinan yang ada di Malaysia. Bila ramai usahawan, banyak peluang kerja dapat diwujudkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pelaburan Untuk Tempoh 5 Tahun
yup..masing masing perlu memainkan peranan untuk kurangkan gap ini. Tak kira kaya atau miskin
Comments are closed.