Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah, beberapa majlis (SBB 2012/2013, Seminar WordPress, Private Training) anjuran Denaihati Network sebelum ini mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada rakan-rakan blogger sehingga mendapat liputan media massa. Kali ini pihak Denaihati telah merancang satu lagi majlis ilmu untuk rakan-rakan blogger iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB).
Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan setelah melihat cek besar yang dikongsikan Blogger Eyriqazz dan Shakiddo. Namun begitu, ramai blogger hanya tertumpu kepada satu teknik semata-mata iaitu pengiklanan dan akhirnya kecewa kerana kurang mahir dengan teknik menjana pendapatan dengan blog. Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.
Seminar Buat Duit dengan Blog
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
- Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
- Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
PENAJA
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Semua nama penaja akan disiarkan di blog Denaihati dan di umumkan oleh MC dalam majlis SBDDB. Blog Denaihati akan menyediakan satu ruang advetorial khas untuk penaja yang melebihi nilai RM1000. Kepada penaja yang melebihi RM3000 selain satu ruang advetorial juga disediakan gerai khas untuk mempromosi produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakan Blogger menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
243 Comments
Buat duit guna blog menarik tu…
Curahan rasa HafizAmri @ ..Tanda-tanda Kanser Payudara
Siapa yang boleh jadi penaja tu, bolehlah tambah senarai penaja.
Curahan rasa Scarlett O’Hara @ ..Amat berbaloi!
ha..masih ada masa lagi nak daftar ni..
Curahan rasa Nas @ ..Dah Mohon IPTA yg Korang nk Masuk?
nice seminar.. thanks.. 🙂
menarik ni, nak roger kat kawan2 lain…
Curahan rasa mancai @ ..Ingin tahu mengenai USB 3.0
bulan 4 ada komitmen lain….tak berpeluang…apa pon semoga berjaya dan mendapat sambutan 🙂
Curahan rasa ayut @ ..Promote Blog kat China
sangat ingin ikut serta semoga tercapai
Curahan rasa metrolisa @ ..SEO atau SEM
untung la kepada mereka yg dapat join, ada ilmu yg sgt berguna
Curahan rasa incik @ ..Pulau Mabul, Sabah- Destinasi percutian sebelum pergolakan
Seminar tentang mendatangkan duit lewat blog, …
Acara yang menarik dan bermanfaat, bisa lebih memahami bagaimana blog bisa menghasilkan uang.
peluang menarik nie..tapi jauh nak pergi..
Sangat Menarik… InsyaAllah kalau x ad ape2 hal Nurul nak join…
Curahan rasa Nurul @ ..Ceria Bergaya dengan kedai Kak Siti
Bagus ni. Jom kawan-kawan kita join.
Curahan rasa pokok manggis depan rumah @ ..Malindo tawar tambang serendah RM38, tempahan tiket dibuka mulai hari ini
Wah acara yang sangat menarik dan memotivasi untuk lebih giat lagi dalam memanfaatkan peluang bisnis di internet. Yuk mari saling bersilaturrahmi 🙂
Curahan rasa Omah Manten @ ..Bantal Hello Kitty
Kalau ada kesempatan sayapun ingin ikut hadir di sana.. 🙂
Curahan rasa hybrid car @ ..bayswater target the alexa company mulberry production line outlets
Comments are closed.