Semangat kesukanan yang dimiliki oleh Pesilat Negara. Turun gelanggang semula selepas ‘Discharge’ awal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Musim #SukanSea2019 telah pun bermula pada tarikh 30 November 2019 dan Filipina menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea tersebut. Pelbagai acara sukan telah ditanding selama tempoh 6 hari ini.

Baru-baru ini telah berlaku insiden pesilat negara apabila disepak di bahagian muka oleh pesilat tuan rumah Filipina tempoh hari di mana sememangnya akan terpahat di ingatan penyokong-penyokong pasukan Malaysia dalam perjuangan pasukan silat negara di Sukan SEA 2019.

Sumber Foto: Harian Metro

Muhammad Faizul dilihat terbaring lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan ketika wasit sedang mengira mata sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 untuk Dumaan.

Dalam perlawanan tersebut, Muhammad Faizul Nasir yang mewakili negara telah ditewaskan oleh pesilat tuan rumah Dines Dumaan pada pusingan awal Kelas Putra B (50- 55kg).

Faizul didakwa tidak sedarkan diri selepas perlawanan tersebut ditamatkan dan segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Walaupun selama 6 jam tidak sedarkan diri, beliau tetap semangat untuk terus datang ke ‘venue’ acara silat selepas dibenarkan keluar dari hospital dengan lebih awal bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakan-rakannya dalam mengharumkan nama negara.

Kecekalan serta ketabahan pesilat negara ini wajar dicontohi oleh kita semua dalam menempuhi dugaan serta cabaran dalam kehidupan seharian.

Beliau juga memuat naik status di facebooknya bagi meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang menimpanya baru-baru ini dan memohon maaf kerana tidak dapat menyumbang pingat untuk negara.

https://www.facebook.com/faizul.nasir.7/posts/10215759325959224

“Tidak mengapa Faizul, anda sudah lakukan yang terbaik untuk Negara!”

Sungguhpun Muhammad Faizul Nasir gagal untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara, namun ianya bukanlah pengakhiran yang muktamad baginya serta pasukan silat negara dalam memburu kemenangan di pertandingan yang akan datang.

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!