Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam pindahkan abang dari Madrasah Arabiah Kluang ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam atas permintaan untuk menyambung STAM. Selagi anak belajar kami sebagai keluarga akan sentiasa menyokong kerana berapa ramai anak-anak Melayu yang sudah putus asa untuk menyambung pelajaran pada usia muda. 28 Januari 2015 akan terjawab segala pengorbanan selama setahun. Di SAMTTAJ jugalah kali pertama aku bertemu dengan insan hebat penderma hati, bro ensem Ahmah Khariri penulis 19 episod kisah beliau menderma hati.

keputusan STAM SAMTTAJ Shah Alam

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014 akan diumumkan keluar pada Rabu 28 Januari 2015. Turut dimaklumkan juga bahawa tiada applikasi semakan secara online tersedia namun keputusan STAM hanya boleh diperoleh menerusi sekolah masing-masing atau semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Semakan Keputusan STAM 2014 Menerusi Sekolah

Calon boleh mendapatkan keputusan STAM 2014 menerusi sekolah pada 28 Januari 2015 bermula pada pukul 10.00 pagi. Pastikan pelajar datang ke sekolah dengan pakaian kemas bukan seperti nak pergi ke parti rock dan jangan lupa bawa kad pengenalan.

Semakan Keputusan STAM 2014 SMS

Taip STAM <jarak> AngkaGiliran dan SMS ke 15888

semak keputusan peperiksaan STAM

Semuga anak-anak calon STAM 2014 mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang gagal jangan sesekali putus asa kerana sekali gagal bukan bermakna berakhir segalanya. Cuba lagi dan cuba lagi kerana semua insan hebat berjaya telah gagal berkali-kali. Kegagalan adalah guru yang terbaik kepada mereka yang bersabar.

Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang telah mendidik anak bangsa kerana belum tentu ibu bapa di rumah dapat mendidik anak sendiri mengikut acuan Islam yang betul. Semuga anak-anak ini bakal menjadi insan yang akan memberi manafaat kepada seluruh alam.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Tips Kerjaya untuk adik-adik yang baru dapat keputusan STAM 2014

Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini

Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini

Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]

Tarikh-tarikh penting sesi akademik 2015/2016

  • Jualan Unik ID BSN Dibuka – Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015
  • Sistem Permohonan UPU Dibuka – Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang
  • Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 – Minggu pertama Mac 2015
    • Tarikh Umum Keputusan SPM 2014 – 3 Mac 2015
  • Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 – Minggu pertama Mei 2015
  • Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf – 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 – Minggu ke-2 Mei 2015
  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)
  • Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi – 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Jun 2015
  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Ogos 2015
  • Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
  • Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Spread the love

59 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!