Semakan IPU terkini Indeks Pencemaran Udara jerebu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu.

Indeks yang serupa dikenali dengan nama Pollutant Standards Index (PSI) di negara-negara lain seperti Singapura.

Kini anda boleh menyemak bacaan terkini IPU jerebu 2019 secara terus di APIMS.

Semakan Bacaan IPU Secara Online

Anda boleh menyemak bacaan IPU atau dalam bahasa mudahnya indeks jerebu bagi lokasi atau kawasan berhampiran anda secara (real-time) dengan menggunakan peta interaktif dan laman sesawang.

Status IPU terkini klik Indeks Pencemaran Udara Malaysia

Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap IPU (tahap pencemaran). Tahap pencemaran atau IPU diklasifikasikan menggunakan warna dan nilai bacaan. Warna-warna serta maksudnya adalah seperti berikut:

  1. Hijau – Baik (Good)
  2. Kuning – Sederhana (Moderate)
  3. Jingga – Tidak sihat untuk kumpulan yang sensitif (Unhealthy for Sensitive Groups)
  4. Merah –  Tidak sihat (Unhealthy)
  5. Ungu – Sangat tidak sihat (Very unhealthy)
  6. Merah Gelap / Maroon – Berbahaya (Hazardous)

Untuk melihat perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan berdasarkan stesen pemantauan kualiti udara terdekat, klik pada bacaan IPU untuk kawasan tersebut. Jika anda layari internet dari luar Malaysia, klik AQICN untuk semak bacaan IPU Malaysia.

Ketahui tindakan yang perlu kita lakukan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan anda menjadi semakin teruk. Berhubung keadaan jerebu yang semakin buruk, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahbaik prosedur operasi standard penutupan sekolah.

Kenyataan penutupan sekolah-sekolah juga telah banyak dikeluarkan bagi negeri yang terbabit.

Sentiasa ambil langkah berjaga-jaga terutamanya kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, perokok dan penghidap penyakit kronik.

Langkah penjagaan kesihatan semasa jerebu

  • Kurangkan ktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan.
  • Pakai penutup muka (face mask) yang sesuai seperti N95 dan P100 jika keluar rumah.
  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan mode kitaran udara dalaman.
  • Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

Sila rujuk Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu dan Tips Memilih Topeng Jerebu untuk tindakan menghadapi jerebu. Pengguna telefon pintar juga boleh memuat turun aplikasi MyIPU Android dan MyIPU iOS bagi melihat IPU terkini.

Semoga maklumat mengenai cara semakan indeks pencemaran udara IPU ini memudahkan para pembaca memantau kualiti udara di kawasan masing-masing.


Spread the love

2 Comments

  1. Sangat berguna! Pagi-pagi ni curious sangat nak tengok keadaan jerebu hari ni. Berdasarkan bacaan APIMS tu, dah sedikit menurun berbanding semalam. Semalam yang paling teruk sekali sampai tutup sekolah. Thanks sebab share tips untuk check bacaan IPU ni.
    Curahan rasa Wan Syahida @ ..Kisah Kejayaan Saya Dalam ShakleeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!