Assalamualaikum dan salam 1Dunia, calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu untuk semak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
[box type=”shadow”]Kepada calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014. [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
[box type=”shadow”]Kepada calon SPM 2013 ingin melanjutkan pelajaran dibawah biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Open for online application from 20-26 March 2014) [/box]
127 Comments
Tahniah pada semua calon SPM. Keputusan esok hanyalah refleksi usaha anda dan bukan penamat utk segalanya.
Masih jauh lagi perjalanannya.
p/s-tertunggu jugak result adik yg ambil spm
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk Isteri
Tiada penamat dalam kehidupan kecuali mati..
Curahan rasa Webberita @ ..Jual Pai Daging Wanita
senang je skg tengok result..dulu kena pegi sekolah tengok result..skali tengok result dah terlekat kat papan, best student..hahahaha..
Entri terbaru Pamie [URL=http://www.itechacharya.co.uk/]Online Technical Help[/URL]
Dengan adanya layanan MySMS para peserta mendapat kemudahan dalam mengakses hasil keputusan.
Curahan rasa Rina As @ ..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik Blog
haizz takutnya bro nk pi ambik result ni haha, esok da hari rabu hadoiyai…
makin nak dekat tarikh keputusan nak keluar, makin berdebar2 la nampaknya..
Curahan rasa bardboo @ ..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
semoga berjaya semua. kalau berjaya tu, jangan lupa ibubapa & guru yg telah banyak berkorban. kalau x berjaya, terima lah seadanya. Mungkin itu adalah ujian daripadaNya..
Curahan rasa zhazmi @ ..Beli Domain Hanya RM3.99 Sahaja
semoga berjaya kpd pelajar spm 2011…t’ingt zmn amik rezat spm dulu..
Curahan rasa kim mie @ ..Watching Kimi ni Todoke
smuga ade luck noh…hehheheh//
Curahan rasa Syapit @ ..PrOgRaM dAkWaH kAmPuS 2012 UMP
aduh mendebarkan aku je.. hehe
Curahan rasa muazfaris @ ..Tip naikkan PageRank Blog PR2
semoga berjaya calon SPM.
inila nak taw korang pergi kemana
senang je skg tengok result..dulu kena pegi sekolah tengok result..skali tengok result dah terlekat kat papan, best student..hahahaha..
Curahan rasa Pamie @ ..ChurpChurp Berwajah Baru Lagi!
zaman kami dolu2 tak merasa check result mcm ni…. tp best lagi pegi skolah amik result ramai2 kan 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Annisa’ program baru di TV Al-Hijrah
zaman dah berubah , dunia dah maju
Curahan rasa ekey @ ..Tech Network Team registration open now!
Comments are closed.