Assalamualaikum dan salam 1Dunia, calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu untuk semak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
[box type=”shadow”]Kepada calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014. [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
[box type=”shadow”]Kepada calon SPM 2013 ingin melanjutkan pelajaran dibawah biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Open for online application from 20-26 March 2014) [/box]
127 Comments
spm nak keluar dah…berdebarla
Curahan rasa azura @ ..Syair kemangkatan Sultan Sulaiman
wah! sekarang ni sms je terus dapat tau. kalau dulu kena pergi sekolah. tapi best juga sebab dapat jumpa kawan lama terutama calon spm dari sek asrama penuh yang tinggal berjauhan…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..PELUMBA BASIKAL MAUT DEREMPUH KERETA
Dah senang sekarang ni,guna sms je
Curahan rasa wazy @ ..Seminar WordPress Dari Akademi @Denaihati
semoga keputusan yang berarti, dengan tekhnologi semakin mudah untuk mengakses
Curahan rasa herbalife @ ..Mengencangkan Payudara
dengan kemajuan tekhnologi kita semakin mudah untuk mengakses,,,
Curahan rasa asuransi prudential @ ..PRUlink Assurace Syari’ah
Teringat kenangan ambil SPM dulu.. takde sms2 lagi time tu
Curahan rasa zool @ ..Peraduan kraftangan dan aku telah tamat
Assalam, tak sabar rasanya nak tunggu keputusan… sebab adik saya calon SPM 2011…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
sgt mudah skang dengan adanya teknologi…tak perlu nak pergi sek dah or tipon sek da…segalanya di jari…
Curahan rasa lin azlina @ ..Promosi Soy Collagen Rahsia Awet Muda
Betul tu… kemudahan yg ada harus digunakan utk dengan sebaiknya…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
huh saya pun sedang menunggu keputusan spm tahun ini.. doakan saya berjaya yea
Curahan rasa kasila @ ..Keputusan SPM 2011 boleh disemak melalui my SMS 15888
saya doakan semoga kasila berjaya ….
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
Waaaa… semoga berjaya ya… jangan lupa berdoa sebelum pergi ambil keputusan nanti… huhuhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
hilang suspen masa ambik result
sbb dah tau kat sms 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Keputusan Pentas Akhir Adik – Adikku Musim Ke 3 | 2012
walaupun dah ada teknologi ni, zida rasa lebih baik pergi sekolah terus, yelah, nak ada kenangan pegang slip result di hari pengumuman. fuhhh
ps.kenangan ‘agak’ pahit di situ =.=
Curahan rasa Zida @ ..Siapa Dia Lelaki Kacak
‘Pahit’ erk… biasalah setiap org ada semua tu… hehehe
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
pasti akan membuat para pelajar berdebar-debar…
Curahan rasa Dadan @ ..Gresik United vs Persib Bandung
tahniah buat yang berhasil….
Curahan rasa Dadan @ ..Gresik United vs Persib Bandung
inilah salah satu manfaat teknologi….
Curahan rasa Dadan @ ..Gresik United vs Persib Bandung
tahniah kepada yang cemerlang.kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan dan sentiasa sematkan fikiran yang positif di minda kita.
Curahan rasa marcklly @ ..Pelaburan Emas
Lega zaman zaman SPM sudah lama berlalu. Bagus juga kerajaan menambah baikkan dengan menambahkah sijil kemahiran. Bukan setakat dapat sijil SPM dan dapat juga sijil kemahiran.
Curahan rasa akubiomed @ ..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil
Comments are closed.