Kisah kontroversi perkahwinan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V masih lagi menjadi tanda tanya.
Walaupun pihak istana telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah berpisah, namun bekas ratu cantik itu masih lagi dilihat cuba mengaitkan institusi beraja negeri itu dengan anak yang dilahirkannya pada bulan Mei yang lepas.
Sebelum ni sorok muka baby
Umum sedia tahu bahawa Oksana telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah sekalipun menunjukkan wajah bayi tersebut.
Tayang anak lepas 5 bulan
Akan tetapi, sebentar tadi Oksana telah memuat naik gambar bayinya itu selepas berusia lima bulan. Ternyata wajah anaknya sangat comel dan sudah mulai membesar dengan sihat.
Memuat naik gambar anaknya dengan memperkenalkan diri sebagai Ismail Leon, Oksana memberitahu bahawa hero ciliknya itu amat menyayanginya.
Perkongsian yang dibuat telah menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen yang pebagai di ruangan Instagramnya. Rata-rata memuji kecomelan bayi tersebut yang sudahpun menjangkau usia 5 bulan.
Sebelum ini, Oksana dan Sultan Muhammad V telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Walaupun perkahwinan tersebut tidak diuar-uarkan, namun gambar-gambar semasa hari persandingan mereka telah tular.
Tidak lama selepas itu, pihak kerajaan negeri Kelantan telah memaklumkan bahawa pasangan tersebut sudah berpisah dan hal itu menggemparkan negara apabila Oksana didakwa meminta sebuah rumah agam dan lain-lain tuntutan bernilai jutaan ringgit.
Sumber : Instagram Rihana , OMM
9 Comments
Masyaallah lucunya bayi ini hehe cocok dah klo udah punya anak Beli Properti
jarang saya cakap baby comel. tapi yang ni memang comel. seiras ayahnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons
dari raut wajah.. nampak memang jelas macam muka sultan muhammad. apalah rahsia sebenar mereka ni..
Curahan rasa olaoli @ ..Upgrade RAM atau HDD ke SSD
Lucu sekali bayinyaa… semoga sehat selalu dapat berkembang dengan baik dan jadi anak yang sholeh yang disayangi ayah ibunya. aamiin
seronok tengok baby yang comel begini..
teringin nak ada baby baharu dan perlu pula mencari bakal ibu hehehe
semoga anak ini sihat dan membesar sebagai johan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia
Tidak tahu sebab perpisahan mereka. Tapi umum tahu Kelantan ketat dalam melantik Raja Perempuan Kelantan. Mesti ada darah Raja. Tidak seperti negeri lain, wanita awam boleh menjadi permaisuri atau sultanah asalkan dikurnia gelaran diRaja.
Apapun kita didoakan anak ini didik dengan suasana Islam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Antidadah Gred S19 17 November 2019 Kini Dijual
Comel sangat aih gelagat anaknya. Ada iras-iras ayahandanya. Pandai pulak tu posingnya haaa.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Resipi Kek Coklat Moist Keto Yang Mudah Dibuat Dan Terbukti Sedap
Thanks for finally writing about >Selepas 5 bulan berahsia,
Rihana Oksana Petra tunjukkan wajah anaknya <Loved it!
Nak tahu juga, siapa yang jaga anak kecil ni, pihak istana Kelantan atau emaknya?
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Comments are closed.