Selayang Baru menjalani PKPD yang ke-7

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hari ini, kerajaan mengumumkan satu lagi kawasan yang diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan kawasan Selayang Baru dekat Gombak, Selangor melibatkan enam parcel.

“PKPD ini berkuatkuasa mulai 25 April sehingga 3 Mei depan, melibatkan enam parcel yang telah dikenal pasti.

“PKPD ke-7 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya dalam sidang media harian (bukan kesihatan) COVID-19.

Antara kawasan yang terlibat ialah:

Zon A : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor
Zon B : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon C : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon E : Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor

Tegas beliau, dengan pelaksanaan perintah ini, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan selain bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut dan pangkalan perubatan (medical base) dibuka di kawasan PKPD.

“Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan bagi memastikan perintah ini dipatuhi,” katanya.

Sehubungan itu, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Sumber: Awani


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!