Selangor teruskan pemberian vaksin COVID-19, dos penggalak percuma bermula esok

Spread the love

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneruskan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak menerusi Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVAX) secara percuma, bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata rakyat negeri itu yang ingin mendapatkan vaksin tersebut, boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan The KL Clinic yang berhampiran mereka.

Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat secara jumpa terus, namun orang ramai digalakkan untuk membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.

“Vaksin COVID-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa. Manakala dos penggalak diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas, dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.

“Waktu operasi klinik bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang selcare.com,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERNAMA


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!