Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. kat banting..soal sampah tu dah makin kurang. Ini pendapat aku la. Kalau dulu, sampah sarap kat Morib tu..leh dicari setiap masa..tapi sekarang..aku rasa lebih bersih berbanding dulu. So far, Morib dah diberi nafas baru dan setiap hari..memang beratus gak yang datang berbanding dulu..yang boleh dikira dengan jari.. pendek kata, Banting dah ok sikit berbanding dulu. Kemajuan melampau-lampau sampai aku sendiri terkejut. Tempat lain aku tak tahu..

    bab sampah ni..payah nak cakap. Masalah yang takkan selesai sampai kiamat selagi pemikiran manusia masih ditakuk lama.

    yapp..kat banting pun..tak banyak pusat urut. Panggung wayang lagi takde..so far, ok sikit la kat sini..nak urut..memang cari tukang urut tradisional la..
    Curahan rasa titan @ ..Intensif tunai dari Mamamurai.comMy Profile

  2. entahla.. akak baru duduk selangor 5 tahun ni, tak merasa zaman kerajaan sebelumnya,.. tapi merasa zaman alam flora dan zaman kerajaan negeri, area port klang area akak la, rasanya time dan kekerapan pungut sampah makin ok kot, x da le sampah terbiar terutama time cuti perayaan banding alam flora dulu, pas tu pekerjanya angkat sampah tertib la sikit x da le tong sampah melayu duduk kat rumah orang india, almaklum walaupun sampah tp geli gak kalau tercampur benda x sepatutnya… lepas tu bab bayar air, akak x pernah kena bayar sebab bil negatif jer… entah le kan, sbb akak x boleh nak bandingkan br je duduk di selangor nieh…
    Curahan rasa aimaniman @ ..Tips Mengenali Masih TerunaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!