Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. Sy tinggal area Ampang,.. bab sampah takyah crite sama kesnya.. yang lain2 tak nampak sebarang perubahan pun,.. rumah urut pun sama, buat rush satu tempat… esok lusa bukak 2-3..
    Curahan rasa shraqs @ ..i-City.. Here I ComeMy Profile

  2. Kini semua mata tertumpu dgn selangor, menariknya negeri inilah yang dikatakan paling kaya dalam negara. Isu sampah mmg menjadi kebelakangan ini. Tahukah kita apa masalah alam flora bersama PBT ? Kita yang memandang dlm urusan isu ini mmg boleh memperkatakan sesuatu mengikut pandangan peribadi.

    Malah jika dilihat secara halus, kebanyakkan rumah urut dan sewaktunya mula tumbuh semenjak kerajaan yang terdahulu lagi. Dan isu padang PKNS juga telah dijual sebelum PR menjadi pemerintah. (“,)

    Dan sebagai yang menetap di selangor, saya rasa bersyukur dgn apa yang dinikmati sekrang……Sekadar Bermonolog
    Curahan rasa Tuan Tanah @ ..BR1M : Satu RahmatMy Profile

    1. aku sangat setuju dengan engko. walaupun kebanyakan blogger try to be ‘unbiased’ in giving statement, tetapi kita boleh nampak mereka menuding jari pada Kerajaan PKR. Some of the blogger or other individuals nampak ade vested interest iaitu tak suke dengan PKR itu sendiri. Mereka tak duduk di dalam selangor hatta tak pernah pun tak tahu dan buat-buat tak tahu akan persekitaran sebenar. Kita banyak di dedahkan dengan isu yang remeh temeh tetapi dibesar2kan oleh media yang dah tentu nya one sided.

      Ramai yang tak tau apa Hassan Ali perjuangkan, I was once part of the legal team for Selangor Baru for some huge settlement with Talam and i knew what was going on in that meeting and . Tetapi saya terperanjat alangkang Media massa eletronik dan cetak sangggup fitnah itu ini pada kerajaan selangor. I dun need to eleoborate more on what were the lies they have made tapi cukup untuk aku cakap yang orang-orang tu sangat busuk hati.

      Kenape tertumpu pada selangor? Kenape orang tak highlight PBTPG naik kan sewa kedai few years back? kenape orang tak highlight betapa kotornya sungai Klang semasa penjajahan Khir Toyo. Kenapa orang tak highlight betapa kotornya negeri Sembilan dan gejala sosial yang semakin teruk di bandar-bandar JB di taman sentosa (rumah urut dan sebagainya).

      Yes, aku seorang yang sokong pada common sense and I happen to be opposition supporter. Dan its our part to justify what is unclear and lies.

      Aku sangat berharap Selangor akan maintain dengan PKR. Aku dapat merasa duit air free dan pelbagai kemudahan especially berurusan dengan kerajaan Selangor.
      Curahan rasa tokobakso @ ..Dah Download Application Aku Jimat dalam iPhone dan iPad?My Profile

      1. yuppp akak pun setuju, duduk johor berpuluh2 tahun x pernah dapat air free, pastu kat parit raja, batu pahat tu, setiap minggu ada je bekalan air terputus,.. kekadang sampai dua hari.. lepas tu sakit mata memandang sbb rumah2 tesergam indah besar2 kat sini semua milik sapa? milik singaporean taw,.. org melayu duduklee rumah teres je, sbb tu je yg mampu, itulah hasil usaha kerajaan yg 100% x da pembangkang, kekadang dia org ‘tido’ kot…
        Curahan rasa aimaniman @ ..Tips Mengenali Masih TerunaMy Profile

      2. Utk menjadi lebih baik mesti berani menerima teguran dan jangan berperasangka buruk pada setiap teguran walaupun dari parti lawan.

  3. Apa pun tak BOLEH jadi semua ni … RUMAH URUT AKA BATIN semakin bertambah – tambah jadinyakan terutama kawasan PETALING lokasi yg boleh dikunjungi MENTARI SUNWAY / PUCHONG / DAMANSARA lokasi2 yang cukup hapening sekali … SEMUA NAK BESAR KEPALA .

    Pasal sampah ni pula nampak sangat nak safe budget orrr jimat cermat atau tak boleh buat senang cerita ke malas . LANGSUNG TIADA AMANAH .

    So tak gunalah kita semua nak sesalkan apa yang dah berlaku laaa ni kat selangor sbb itu yg kita PANGKAH dahulukan .

    * pantun suka hati aku *

    SESAL DAHULU … TAMBAH PENDAPATAN
    SESAL KEMUDIAN … INI YANG KITA ( RAKYAT SELANGOR ) DAPAT .

    T.kasih 😉
    Curahan rasa Yusri @ ..TEMPAHAN DARI EN HAMZAHMy Profile

  4. rasanya masalah sampah ini nak dipastikan keberkesanan jika dibandingkan semasa alam flora dan terkini senang je kot…kena semak semula kekerapan jadual kutipan dahulu dan sekarang, mungkin kekerapan kutipan sekarang dikurangkan menyebabkan sampah berlonggok …..nak jimat cermatpun janganlah sampai sampah berlonggok!
    Curahan rasa apaajanews @ ..IKLAN | wordless wednesday #04My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!