Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “IFTAR 2018 Denaihati Network“. Syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadan 2018. Jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadan yang akan datang.
Mohon seminit LIKE page kami Denaihati Network yang sudah ada lebih 2.6 juta follower, yang penuh dengan ILMU untuk jadikan top 10 page Malaysia! Klik Sini
Raya Aidilfitri untuk tahun 2018 ditetapkan pada 14/6/2018. Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seluruh dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Peperangan di Palestine, Syria dan Yamman semakin hebat seperti dunia semakin sampai di pengujungnya. Malaysia juga sudah berubah Kerajaan bermakna kita sudah masuk ke era Malaysia baharu yang mana semua rakyat ada sama tiada lagi keutamaan untuk bangsa Melayu seperti dahalu.
Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan bisnis, para pengiklan, rakan jemaah Bisnis Denaihati serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.
Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.
Sudikan follow semua sosial media kami
- Twitter @Denaihati
- Instagram @Denaihati Network
- Youtube @Denaihati Network
- Facebook @Denaihati
Taqaballahu mina waminkum.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
26 Comments
Selamat hari raya juga buat tuan Amir dan warga Denaihati Network. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun depan.
Curahan rasa Aqil Adli Agro @ ..Beli benih pokok online Malaysia Sabah Sarawak
slamat hari raya idul fitri,. Mohon maaf lahir batin semua nya
gpp ya telat 😉
Selamat Hari Raya buat tuan dan semua tim DH … mohon ampun maaf andai pernah tersalah dan terbuat silap selama kita berkenal ..
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Traveloka Beri Diskaun 15% Untuk Hotel Sempena Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Ada rezeki kita jumpa nanti.
selamat hari raya kepada team DH dan komuniti ini. semoga syawal kali ini lebih bermakna. rasa macam baru je start puasa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Terima kasih kerana terus menyokong kami.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..IFTAR 2018 Denaihati Network, Manhajj Mutawwif, Dato Adi Putra dan AbangEnsem
Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin. Semoga berjumpa lagi Ramadan akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Terima kasih support kami.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Top 9 video Facebook Page Denaihati 12 Jun 2018
Selamat menyambut ai dil fitri. Semoga roh ramadhan tetap bersama kita setiap masa untuk menghadapi godaan syaitan
Curahan rasa Ibu zaid @ ..Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati? Wah cantiknya! Jalan jalan di 10 lokasi best.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Semuga Ramadan menjadikan kita lebih baik.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Top 5 video Facebook Page Denaihati 8 Jun 2018
Salam ramadhan dari kami sekeluarga. Cepat betul ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga kita cukup kuat melawan nafsu dan syaitan di bulan lain.
Curahan rasa mama hakim @ ..8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.
kan? rasa macam baru je start puasa, sekarang dah masuk hari ke lima syawal dah. semoga kita dapat jumpa lagi ramadan dan syawal tahun hadapan
Curahan rasa nikkhazami @ ..McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Semuga ALLAH pilih kita lagi bertemu Ramadan lagi dan lagi.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Gaya Raya bersama Volkswagen di musim Raya
Tahun ni saya beraya di Kulai je
Dekat dapat la ulang -alik
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Kena cari orang umah yg jauh baru merasa nikmat meredah jem ketika perayaan.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Singapore High Speed Rail muktamad dibatalkan
Tahun ni kami beraya di Sabak Bernam dan Bagan Datoh, walau atuk dan nenek dah tiada, kami usahakan juga untuk berhimpun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Saya beraya di Segamat dan Sabak Bernam.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..IFTAR 2018 Denaihati Network, Manhajj Mutawwif, Dato Adi Putra dan AbangEnsem
Selamat hari Raya Aidil fitri Tuan Denai Hati Maaf Zahir dan Batin
Curahan rasa olaoli @ ..Beza raya dulu dengan raya sekarang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..World #QuranHour penyatuan hati seluruh dunia
Selamat hari raya idul fitri, minal aidin wal faizin, mohon maaf lahir dan batin.
Curahan rasa planetlagu @ ..Kumpulan Lagu JKT48 Terbaik
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Terima kasih support kami.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Top 9 video Facebook Page Denaihati 12 Jun 2018
Saya ingin mengucapkan, Selamat hari raya Idul Fitri untuk semua umat muslim.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Terima kasih sokong kami.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Top 5 video Facebook Page Denaihati 8 Jun 2018
Saya dengan kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada pihak Tuan Denaihati dan keluarga serta team yang ohsem ..
semoga hari raya kali membawa makna yang mendalam dalam kehidupan yang mendatang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita 1 Syawal 1439
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin atas segala salah silap yg nampak dan tak nampak. Jutaan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Curahan rasa Amir Denaihati @ ..Top 5 video Facebook Page Denaihati 6 Jun 2018
sama-sama.
selagi mampu saya akan menyokong team Denaihati kerana ianya satu perjuangan dalam memartabatkan komuniti blogger itu sendiri..
mungkin secara langsung dan tidak langsung..
keep it up…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ada Apa Dengan Softsell..?
Comments are closed.