Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadahn 2015. Walaupun jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seantero dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.
Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.
Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
79 Comments
raya dah nak habis tetapi semangat raya boleh dibawa ke tahun hadapan..insya Allah sambung puasa sunat lagi selepas ini.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Puisi Motivasi : Saya Seorang Jutawan
Ada lagi 2 minggu untuk buat puasa 6 dan berhari raya. Insyallah silatur rahim tu mestilah dijaga dan diperlihara…
Curahan rasa Sani @ ..MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Denaihati Network…moga terus maju kehadapan
Curahan rasa Panduan Malaysia @ ..Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2015
Saya pun berharap Denaihati Network akan terus maju untuk meransang minda dan ekonomi masyarakat…..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Selamat Hari Raya. Maaf dpinta jika ada salah dan silap saya 🙂
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Raya Pertama 2015
Salam Aidilifitri Tuan! Minal aidil wal faizin. Moga Allah menerima amal ibadah kita in sha Allah. 🙂
Curahan rasa Farid Majid @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM
Begitulah harapan semua Farid Majid. Moga di beri peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Kerja Part Time Cara Superhero
Minggu ni dah ramai yang mula buat rumah terbuka. Memang kenyang perut dibuatnya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Sate @ Satey Sedap di Semenyih
Selamat Hari Raya Mek Ila, Ada buat rumah terbuka ka Mek Ila?, boleh jemput sekali kami semua rakan blogger…:-) kalau ada…
Curahan rasa Sani @ ..Formula Menarik Rezeki Melimpah Ruah!
ucapan salam selamat hari raya kepada denaihati dari saya myrujukan.com
Curahan rasa myrujukan @ ..Tonton Filem, Drama, TV Series Online Murah Dengan iFlix
Salam Aidil Fitri juga daripada Mek ila di raikankasih.com. Moga kita sentiasa sihat dan diberkati olehNya. Amin
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Agar-Agar Kaca Yang Menawan Di Rumah Terbuka
Selamat hari raya aidil fitri kepada denaihati network..dah boleh buat rumah terbuka da ni
Curahan rasa Sharafie @ ..Cara Download Video Youtube Mudah Dan Cepat Tanpa Software
Haah kan… kalau Tuan Denaihati buat rumah terbuka, tentu ramai blogger yang akan datang beraya ke rumah beliau..
Curahan rasa Anuar @ ..Bercuti Di Legoland Malaysia : Water Park
selamat hari raya..7 syawal sudah hari ni..tapi masih terasa kemeriahan hari raya
Saya pula sebaliknya… Bila dah masuk office, ramai rakan sekerja masih bercuti lagi.. Student pula tengah bercuti seminggu… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Bercuti Di Legoland Malaysia : Water Park
selamat hari raya semua. makan tu makan jugak. tapi jangan sampai terlebih makan sampai lupa akan kesihatan diri. hoho
Curahan rasa nikkhazami @ ..Babak Tun M dalam Filem Kapsul
Memang payah nak kawal selera time Hari Raya. Maklumlah setahun sekali kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Soalan Tentang Anak Sangat Sensitif. Berhenti Bertanya Soalan Yang Jawapannya Hanya Allah Yang Tahu
Besok adalah hari raya ke-7, maka bermulalah kembali untuk mencari rezeki seperti biasa. Pekerjaan perlu diteruskan untuk menampung keluarga. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Selamat bekerja kembali. ha…ha…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015
Samalah macam saya.. Hari ni saya dah mula bekerja.. Tapi agak sunyi di tempat kerja, sebab student cuti seminggu.. Rakan sekerja juga ramai yang ambil cuti seminggu.. huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..7 sebab Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di Legoland Malaysia
Hari ini dah hari raya ke-6, pasti dah ramai yang pulang ke rumah masing-masing dari pada kampung halaman. Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu dengan cerman, ingatlah orang tersayang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015
betul tu, jalan raya dah mula dibanjiri kenderaan setiap pagi dan petang, kedai makan pun dah ramai orang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Susah Payah Jadi Jutawan
Minggu depan jalan raya dah kembali sibuk dan ramai yang mula bekerja dan pulang dati cuti hari raya yang panjang..
Curahan rasa Sani @ ..Tips Balik Kampung Di Musim Perayaan
Selamat hari Raya Aidilfitri buat tuan Denaihati dan tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang saya hormati. Maaf, zahir dan batin dari saya yang kerdil ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015
Selamat Hari Raya sensasi2020, Maaf Zahir dan Batin kembali.. buat semua teman-teman.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Kerja Part Time Cara Superhero
selamat hari raya aidilfitri buat saudara denaihati dan keluarga. semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna..
Curahan rasa MamaBard @ ..Teknik Lipat Baju Supaya Baju Tak Berterabur Apabila Diambil
salam syawal buat semua team denai hati …. semoga lebaran tahun ini disambut dengan penuh keberkatan…. 🙂
Curahan rasa cheq eem @ ..Backpacking Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi
Assalamualaikum saya ingin mengesyorkan kepada anda satu search engine yang tidak perlu menekan space button terus tulis dengan laju iaitu http://gagahboro.org
Comments are closed.