Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadahn 2015. Walaupun jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seantero dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.
Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.
Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
79 Comments
Selamat hari raya buat semua rakan blogger dalam komuniti denaihati. Semoga kita dpt bertemu lagi dengan ramadan dan syawal tahun hadapan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Babak Tun M dalam Filem Kapsul
Selamat hari raya.. Saya dah start kerja semalam dan dah mulakan langkah puasa pulak..
Ramai rakan-rakan saya dah mula bekerja pada hari ini.. tapi saya dan isteri masih cuti lagi.. saje nak duduk lama sikit dkt kampung, habiskan cuti tahunan..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta berhati-hati di jalan raya
Lagipun student tengah cuti semester waktu ni, selama seminggu.. jadi, takder kelas.. bolehlah ambil cuti lama sikit..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta berhati-hati di jalan raya
Cuma rasa kesian juga dekat anak-anak.. mereka terpaksa cuti sehari pada hari ini, disebabkan kami masih lagi bercuti di kampung..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta berhati-hati di jalan raya
Ada video Ucapan Hari Raya daripada team Denaihati Network.. memang terbaik!
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, serta berhati-hati di jalan raya
Selamat hari raya aidilfitri. Semoga Allah terima amalan kita semua
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Segmen Jom Buka Al-Quran By Dayana
salam aidilfitri dari kami juga, sudah masuk syawal ke 5, ramai penduduk dah mula balik untuk siap bekerja di kota.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Susah Payah Jadi Jutawan
selepas hari raya aidilfitri kita menunggu pula hari raya haji pula..itulah kelebihan Islam kerana ada dua perayaan besar yang amat bermakna.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Tambah Pendapatan Guna Handphone
betul, sementara itu boleh isi waktu dengan berpuasa 6 di bulan syawal.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Susah Payah Jadi Jutawan
selamat hari raya aidilfitri, semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan.
Curahan rasa MySensasi @ ..Jenis Makanan Tinggi Kalsium
Rasa syahdu bila dapat bertemu dengan saudara dan rakan taulan walaupun untuk setahun sekali cuma. Namun itulah yang membuat ianya menyeronokkan. Semuga ada umur lagi untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
Curahan rasa huzaimahmaya @ ..Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015
Paling seronok bila dapat berkumpul bersama-sama keluarga. Anak-anak yang paling gembira dapat berjumpa sepupu-sepupu mereka.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Ramadhan Arif Fahmi Tahun Ini
benar, memang seronok bila dah berkumpul bersama dengan adik beradik & sanak saudara.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Susah Payah Jadi Jutawan
Kemeriahan raya masih terasa walaupun sudah masuk 4 syawal hari ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Tambah Pendapatan Guna Handphone
Betul tu. Masih lagi dalam mood beraya dan saling berkunjung.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Ramadhan Arif Fahmi Tahun Ini
selamat hari raya idul fitri juga semoga kita semua diampuni dosanya dan bsa ktemu ramadhan tahun depan
selamat hari raya dan selamat pulang ke kampung dan kembali ke rumah semula.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Gaji RM5000 Tapi Ada 12 Syarikat
Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah semula. Hari ini masih beraya ke rumah saudara mara yang tinggal berhampiran.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Awasi Kalori, Sihat di AidilFitri : Video Wajib Tonton
Selamat Hari Raya juga untuk Pihak Denai Hati, Minta maaf salah silap jika ada menyinggah di sini
Taqaballahu Minna Wa Minkum
selamat hari raya idul fitri juga semoga kita semua diampuni dosanya di hari raya besar dalam islam ini.
hari ini syawal masuk hari ke 4 namun kemeriahan tetap akan terasa ..terutama ada yang masih mengadakan rumah terbuka..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Tambah Pendapatan Guna Handphone
Selamat Hari Raya Aidilfitri…maaf zahir & batin…semoga kita berpeluang lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review : Ant-Man
Comments are closed.