Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “selamat hari ibu catatan seorang anak“. Kali ini Abang nak berkongi luahan hati seorang anak murid sempena Hari Guru.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
16 Mei adalah tarikh keramat. Selamat Hari Guru kepada semua GURU yang pernah mengajar Abang. Tanpa guru siapalah kita. Daripada usia tujuh tahun hingga masuk ke Universiti masa kita lebih banyak bersama dengan guru-guru berbanding ibubapa. Ada guru yang bersungguh mendidik seperti kita ini anaknya mereka sendiri.
Abang teringat pada cikgu Robi yang menjadi guru kelas semasa darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat memang bersungguh membantu untuk memastikan Abang masuk sekolah berasrama penuh. Mungkin kerana dia pernah datang ke rumah kami yang macam nak rutuh dalam kebun getah yang jauh dengan kampung. Cikgu begitu kecewa apabila permohonan masuk ke MRSM ditolak. Alhamdulillah berkat usaha cikgu Abang dapat masuk ke Sekoleh Menengah Sains Johor (SMSJ). Selepas itu Abang tidak pernah bertemu cikgu, dengar khabar cikgu sudah berpindah ke Melaka dan menetap di sana. Nak tengok macam mana rupa rumah Abang masa sekolah rendah dulu klik rumah denaihati.
Berikut adalah senarai tempat dan guru-guru yang pernah Abang belajar ilmu kehidupan.
- Sekolah Kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat
- Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang
- Matrikulasi, Sekolah Alam Shah, Cheras
- Pengajian persedian Bahasa Inggeris, UiTM
- UKM
- Guru Agama
- Guru Al Quran
- Guru Bisnis
- Guru Motivasi
- Guru Saham
- Guru Hartanah
- Guru Multi Level
- Guru Masak
- Guru Blog
- Guru Digital
- Semua guru yang telah mengajar biar pun satu huruf dan satu angka
Segala hasil didikkan guru-guru yang pernah mengajar dengan tengkingan, tamparan, merotan, memujuk dan berbagai emosi bercampur baur itulah ilmu kehidupan. Terima kasih cikgu.
Kalau kita dulu boleh dimarah cikgu, boleh dirotan cikgu, boleh ditampar cikgu dengan tujuan mendidik supaya kita menjadi manusia KENAPA bila sampai giliran anak-anak kita, kita pulak tak sanggup melepaskan anak-anak dididik sebegitu oleh guru-guru. Kita pulak yang lebih sudu dari kuah, tidak ada masa mendidik anak-anak tetapi apabila cikgu bertegas kita marah sehingga ada yang buat laopran polis.
Memang betul kisah kehidupan “Anakku Sazali” yang difilemkan oleh Tan Sri P Ramlee sekarang sudah berleluasa dan inilah anak bangsa yang kita akan warisi akan datang. Kepada ibubapa yang terlalu sayangkan anak itu biarkan mereka mendidik anak mereka dengan acuan mereka sebab kemudian hari yang senang pun mereka dan yang susah pun mereka.
Sempena Hari Guru ini Abang doakan semuga semua GURU, SIFU dan MENTOR terus istiqomah menjadi guru yang cemerlang. Jasa GURU tidak terhitung hanya Allah jua yang mampu membalas jasa kalian mendidik anak-anak bangsa. Semoga semua cikgu diberkati di dunia hingga akhirat…Aamiin.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
60 Comments
Selamat hari guru kepada semua guru! Jasa mu MEMANG tidak terhitung 🙂
Comel je Tuan Haji Amir masa kecik-kecik dulu kan…nampak macam budak nakal…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Saya masih ingat pengalaman menjadi guru di sebuah institusi swasta, ada jabatan lain yang sudah ditutup walau pun masih diperlukan oleh pihak industri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Tak pandailah kita ini nak menulis nama sendiri kalau bukan diajar satu persatu oleh cikgu kita dahulu. Semoga cikgu di Malaysia ini diberi ketabahan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pendidik. Nak menjadikan orang kepada manusia, tak senang!
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Khutbah Jumaat hari ini pun berkisar tentang guru, semoga guru guru di Malaysia sukses selalu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
ya..rata-rata masijid ada membuat khutbah tentang Guru…
memang wajar kerana guru adalah tonggak utama pembinaan negara
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Buat Kek Coklat Paling Nyaman
pentingnya guru dalam mencorak kehidupan kita.. tak terbalas semua jasa dan ilmu yg diberikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Selamat hari Guru, Denaihati….semoga terus murah rezeki…semoga terus berkat umur dan berjasa kepada bangsa dan negara
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Day 2 (Ahad 19/3/2017) : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai dan Krabi
sangat appreciate guru tadika hingga sekolah rendah. didik sampai pandai baca..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Ya, jasa seorang guru tidak terhitung nilainya, semoga kita bisa membalasnya kelak…
memang banyak jasa guru ni dan tak ternilai harga jasa seorang guru 🙂
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam
Banyak betul jasa seorang guru ni.
bukan setakat mengajar je, siap basuh berak anak-anak lagi kalau cikgu sekolah rendah tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Penyakit Kencing Manis Tidak Berjangkit tetapi Mengancam Nyawa.
dahsyat..
ya memang begitulah
termasuk guru di tadika..
cabaran mereka lebih gentir
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
Yup. Betul tu.
Nasiblah gaji dah lebih baik dari dulu.
Cuma sedih sgt sbb bila sembang dgn cikgu2, byk yg komplen yg skrg ni lebih byk buat administrative work dari fokus dgn student. Tu yg x keruan je budak skrg.
Curahan rasa LovelySuri @ ..Kurung Moden Raya 2017
yup ada yang sanggup basuk kencing berak sebab tak nak budak2 nangis cari mak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Harap masih tidak terlamabat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ . Tanpa mereka, tiadalah doktor, peguam, dan jurutera serta lain-lain2 lagi. Di sekolah merekalah ayah dan ibu yang menjaga keselamatan dan mendidik kita. Insan yang sangat sabar dan tabah dengan telatah anak muridnya. Rasa rindu pula di sekolah lama dan terasa macam nak jadi murid semula..
saya teringat dengan 2 kategori guru..
Guru paling cantik dan guru paling garang..
dua-dua guru ini masih saya ingat sampai sekarang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mendapatkan Kuasa Minda Luarbiasa
guru palng cool adalah yg rapat dgn budak2. dah macam member member plak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2017
Comments are closed.