Sekitar penamaan calon PRU14 dan Calon Menang Tanpa Bertanding

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh penamaan calon 28 April 2018 sudah tiba di mana semua calon-calon mengemukakan borang penamaan bagi mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Waktu penamaan calon adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara.

Seluruh mata tertumpu kepada calon-calon yang bersiap sedia ke pusat penamaan calon di seluruh negara. Kerusi-kerusi panas sentiasa menjadi perhatian dan mereka yang telah menjadi penyandang sebelum ini, adakah dapat mengekalkannya atau tumpas dengan calon baru.

Juga lihat :

Senarai semak para pengundi pilihanraya umum 2018
Sekitar penamaan calon PRU14 dan Calon Menang Tanpa Bertanding
Senarai Penuh Calon PRU 14 (Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak)

Kerusi Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak tahun 1976 menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Najib dicabar ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Zahid Md Arip yang mewakili calon PKR, Naib Yang Dipertua PAS Pekan, Kapten (B) Athiatudin Daud dan ahli perniagaan dari Johor yang bertanding sebagai calon Bebas, Datuk Abd Kadir Sainuddin.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam saingan tiga penjuru menentang penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad, di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz membuat kejutan pada PRU14 apabila bertanding di kerusi Dun Chempaka menerusi tiket PKR. Pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka itu akan berdepan dengan calon BN, Mohamad Fareez Noor Amran dan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood.

Saingan lima penjuru di Pandan

Parlimen Pandan menyaksikan saingan sengit lima penjuru membabitkan calon daripada empat parti politik dan seorang calon Bebas.

Barisan Nasional (BN) yang diwakili calonnya, Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee, berdepan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penyandang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai (DAP), Jenice Lee Ying Ha yang kini bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Turut bertanding Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar (PAS) dan calon Bebas, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang yang juga calon BN Dun Pengkalan Berangan akan bertanding bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon Harapan bertanding di kerusi Parlimen Marang, Dr Zawari Sulong.

Terdahulu, calon-calon BN iaitu Mohamad Noor Endut (Parlimen Marang), Datuk Saiful Bahri Baharuddin (Alor Limbat), Toh Puan Zaitun Mat Amin (Bukit Payung), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Redang) dan A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan) tiba di pusat penamaan calon berkenaan pada pukul 8.55 pagi.

Muhyiddin yang memakai baju Melayu cekak musang berwarna dan Ismail pula memakai baju Melayu Teluk Belanga biru tua juga dilihat tidak kekok bergurau dan sempat bergambar bersama.

Muhyiddin adalah penyandang kerusi Parlimen Pagoh selama lima penggal, manakala Ismail sebelum ini bertanding di DUN Bukit Kepong,

Seorang lagi calon Parlimen Pagoh ialah ahli PAS, yang juga anak Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mahfodz Mohamed iaitu Ahmad Nawfal.

Calon PRU 14 menang tanpa bertanding

Kemenangan pertama Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadi milik BN. Barisan Nasional (BN) peroleh kemenangan pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.

Ia selepas satu-satunya pencabarnya, Dr. S.Streram dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan gagal menghantar pencalonan kerana tidak mempunyai pas khas pencalonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rafizi yang memaklumkan tidak akan bertanding pada PRU14 menulis: “Jika bekas menteri besar Negeri Sembilan menang percuma kerana PDRM halang calon PH hantar borang, orang yang turut kena jawab ialah @khairykj kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau.

“Masih tunggu laporan dari Rembau,” tulis Rafizi menerusi tweet

Calon Ahli Parlimen Rembau, Khairy kemudian membalas pertanyaan Rafizi dan memintanya bertanya sendiri kepada calon PKR tersebut (Streram) tentang punca dia tidak membuat pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihan raya (pas SPR).
“Saya tidak rasa menteri besar atau saya perlu menjawab bagi kesilapan calon anda sendiri,” balas Khairy.

Bahang Pilihan Raya Umum 14 di Malaysia ini semakin mendapat perhatian dengan pelbagai corat-coret dan warna-warni daripada pelbagai parti yang mewakili rakyat. Turut mencuri perhatian adalah kemunculan selebriti Azwan Ali di DUN Bukit Antarabangsa untuk berdepan abangnya sendiri, Mohamed Azmin.

Semoga PRU 14 pada 9 Mei 2018 nanti akan berlangsung dengan aman dan keputusan dihormati oleh semua pihak.

Kredit :
Sinar, Berita Harian, Kosmo, Awani


Spread the love

33 Comments

  1. Tak sabr lak nak tunggu lagi 5 thun utk merasai lagi suasana meriah sebegini. Rasanya masa penamaan calon lebih meriah drp hari mengundi

  2. adat perlawanan…

    siapa menang bersorak.

    siapa kecundang kecewa.

    namun setiap rakyat Malaysia ada 3 hak asasi untuk memilih pemimpin mereka.

    1.mengundi kerana calon

    2.mengundi kerana parti

    3.tidak mengundi kerana berkecuali
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Mencari Pasangan HidupMy Profile

    1. biasalah tu. Adat bertanding. siapa menang bersorak. siapa kecundang kecewa. Asalkan tidak tergadai kampung dh le hehe

  3. Macam2 gelagat calon piluhanraya. Moga parti pilihan majoriti rakyat akan menang. Nyata sekali rakyat dah bosan dengan biru tua.

    1. hahah memang ramai rakyat yang bosan dgn biru tua sebelmu PRU14.. tapi nmpk mcm skang ni ramai lak yang rindukan biru tua ru haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!