Sejarah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sejarah hidup yang tidak pernah dibayang berlaku bakal terpahat dalam kenangan kehidupan dan menjadi catatan buku sejarah.

Baca juga: Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?

Tidak akan sesekali rakyat Malaysia melupakan pengalaman sepanjang tempoh berlakunya PKP akibat pandemik covid-19, begitu juga dengan negara lain.

Di Malaysia ianya bermula dengan PKP kemudian PKPB dan seterusnya yang berlaku sekarang ialah PKPP.

Di bawah ini meruparakan fasa-fasa PKP dan tarikhnya;

FASA 1: 18 MAC – 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR – 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR – 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR – 3 MEI 2020
FASA 5: 4 MEI – 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN – 31 OGOS 2020 (PKPP)

(PKPB) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPD) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPP) – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Dalam kesibukan manusia berhati-hati dengan pandemik COVID-19 ini, tiba-tiba politik Malaysia bertukar angin. Pada tarikh keramat 29/2/2020, Abah TSMY telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8 setelah Tun M MELETAK JAWATAN. Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan dari Kerajaan PH.

Berikut antara kejadian yang berlaku sepanjang PKP dan PKPB;

  1. Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja- kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah (WFH).
  2. Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian menggunakan wassap, zoom dan google.
  3. Tiada solat Fardu berjemaah di surau/masjid dan tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
  4. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
  5. Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel dan restoran seperti tahun-tahun sebelumnya.
  6. Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung. Antara kebaikannya tiada kemalangan ngeri ketika pulang ke kampung seperti tahun-tahun sebelum.
  7. Tiada bunyi mercun jadi tiada yang hilang jari dan buta mata akibat letupan mercun.
  8. Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
  9. Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.
  10. Pita pelekat dilekatkan di atas lantai – lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga beratus meter ke luar kedai.
  11. Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Berbagai syarikat food rider membantu industri ini.
  12. Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
  13. Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
  14. Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan pelancong semuanya sunyi sepi.
  15. Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan dan diganti dengan nikah online.
  16. Rumah-rumah ibadat agama lain juga ditutup.
  17. Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
  18. Taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak ditutup.
  19. Pakaian penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan menjadi fasion terkenal.
  20. Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
  21. Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
  22. Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
  23. Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
  24. Rakyat menunggu sidang media dari KP Kementerian Kesihatan dan Perutusan dari TSMY.
  25. Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.
  26. Memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar adalah norma baru kehidupan.
  27. Satu dunia mengenali jemaah tabligh yang menjadi kluster terbesar di Malaysia.
  28. Hotel dan asrama dijadikan pusat kuarantin kepada warga Malaysia yang balik dari luar negara.

Waktu ini adalah waktu paling tenang di Malaysia apabila semua orang politik tidak bercakap lagi tentang politik dan hanya fokus kepada COVID-19. Best kan kalau suasana begini boleh dikekalkan selepas tamat PKPP.

Ramai youtuber dunia telah membuat review kejayaan Malaysia melawan Covid. Sesuatu yang membanggakan.

Di samping itu, kejayaan Malaysia mengharungi pandemik adalah kerana kerjasama daripada semua pihak tanpa mengira umur, bangsa, pangkat dan agama.

Semoga kita semua dapat hidup dengan harmoni bersama Covid-19 yang sentiasa ada disekeliling kita untuk setahun dua lagi.


Spread the love

2 Comments

  1. Dalam soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam pun tak mustahil bakal dimasukkan topik berkaitan Covid 19 dan PKP.

  2. Harap bila selesai semua ini, akan ada buku yang diterbitkan sebagai rekod lengkap PKP ini. Sebagai sejarah untuk disimpan oleh rakyat Malaysia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!