Sejarah Melayu Cape Town

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cape Town, Afrika Selatan…

Alhamdulillah sudah tiga kali Abang jejak di kampung Melayu Bo-Kaap yang terletak ditengah-tengah Bandar Cape Town. Kedudukannya seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur cuma bezanya Bo-Kaap lebih tersusun berwarna warni dan moden, tiada rumah yang terbiar.

Masyarakat Melayu Cape ialah sebuah kumpulan etnik atau masyarakat di Afrika Selatan. Ia mengambil namanya dari Cape Barat (Tanjung Barat) di Afrika Selatan dan orangnya berasal dari Asia Tenggara.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Pembentukan komuniti Melayu di Cape Town, Afrika Selatan berasal daripada penghijrahan awal masyarakat Melayu yang dibawa secara paksa oleh Belanda dari Nusantara termasuk dari Tanah Melayu dan wilayah lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Champa di Kemboja sejak 400 tahun lalu.

Bila bertemu dengan saudara Melayu terasa chemistry nya tinggi terutama apabila mereka bercerita kisah nenek moyang yang datang dari Indonesia dan Malaysia. Di Masjid Auwal terdapat senaskah Al Quran tulisan tangan oleh seorang Ulama dari Tanah Melayu, katanya hanya ada lima kesalahan sahaja dalam Quran ini.

Pada masa kini, lebih daripada 100,000 orang yang boleh diidentifikasikan sebagai Melayu Cape menetap di Cape Town dan kebanyakan daripada mereka menetap di Signal Hill atau lebih dikenali sebagai Bo-Kaap dan juga di District 6.

Masjid Auwal Cape Town

Sheikh Mohammad Al Ghabi menulis Quran ini supaya generasi baru tidak lupa kerana ketika itu tiada naskah Al Quran di bumi Cape Town.
Di Bo-Kaap juga ada tanah perkuburan yg dinamakan Tana Baru, semua batu nisan lama dicatat dengan tulisan jawi dalam bahasa Melayu atau Indonesia.

Dengan kedatangan Melayu Nusantara ke Cape Town, tertegaknya Islam di Bumi Afrika Selatan. Dengan kedatangan Melayu Nusantara, syiar Islam itu mekar sekali dan dengan kedatangan Melayu Nusantaralah azan berkumandang indah di bumi asing ini.

Makanan halal di Cape Town juga bukan masalah. Banyak sangat restoran halal yang tertampal sijil halal dengan berbagai hidangan paling best Ocean Basket dan Fish Market yang menghidangkan makanan seefood. Restoran halal yang lain adalah Nandos. KFC, McDonalds dan Simply Asia.
Nak check restoran halal boleh guna apps Zabihah.

Jika ke Cape Town, kena rasa makanan di sini yang sedap. Kuih keria di Bo Kaap dipanggil Ring Doughnut dan sampai sekarang masih ada.

Ramai kawan-kawan yang tanya bagaimana Melayu Cape wujud.
Sahabat Abang brother Yaseen George salah seorang pemimpin #MalayQuarter kirimkan video untuk tatapan kita semua.

Perhubungan antara orang Malaysia dan Afrika Selatan pulih apabila Afrika Selatan menyertai masyarakat antarabangsa semula selepas penghapusan sistem aparteid. Kemasukan semula Afrika Selatan dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia dan juga beberapa kerajaan Asia Tenggara lain.

Banyak lagi kisah ratusan tahun yang masih terpelihara hingga sekarang ketika kita semakin hilang Melayu nya untuk jadi sama rata.

Denaihati.com
Since 2008

Like l Komen l Share


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!