Salam 1Malaysia, sebagai tanda sokongan kepada gerakan menentang Draw Mohammed Day di Facebook yang sedang berlaku di seluruh dunia, dua perkara telah aku lakukan sebagai tanda sokongan terhadap acara yang sangat biadap tersebut :
1. Menulis entri khas “Draw Mohammed Day di Facebook ditentang” sebagai tanda menentang.
2. Sehari tanpa Facebook.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : ” Barangsiapa di antara kalian yang menyaksikan suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, maka jika ia tidak mampu dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”.
Sebagai blogger aku memilih menentang dengan menggunakan tangan dengan menulis untuk menentang acara yang biadap tersebut dan tidak login Facebook selama sehari. Terdapat juga teman-teman yang bertindak dengan cara lain seperti Zuls :”Saya sudah ambil keputusan untuk quit facebook.. pada pandangan saya menentang dalam facebook hanya menguntungkan facebook“.
Facebook ni memang daripada awal aku kurang berminat terutama apabila melihat teman-teman yang menghabiskan masa berjam-jam bersosial dan main game tanpa memberi faedah kepada kehidupan mereka. Tak kurang banyak juga rumahtangga yang hancur dan terganggu akibat suami atau isteri yang ketagihan game, bertemu kekasih lama dan bertemu kekasih baru di dalam Facebook.
Ada pepatah English “If you cant beat them join them“, kuasa Facebook sangat besar dalam masyarakat dunia. Facebook boleh menjadi racun juga madu dalam kehidupan kita. Akhirnya aku memilih untuk menjadikan Facebook sebagai Madu. Aku merancang strategi untuk mengkudakan Facebook bukan Facebook mengkudakan aku. Alhamdulillah Facebook telah menyumbangkan pendapatan online yang banyak melalui promosi Stokin Wudhu Wanita dan menyumbang trafik yang tinggi kepada denaihati.
Facebook juga boleh menjadi seperti pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya juga baik tetapi jika disalah guna pisau boleh menjadi alat mencederakan dan membunuh orang. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengunakan Facebook sebaiknya, jangan sampai menjadi hamba Facebook sehingga melupakan kehidupan sebenar di dunia ini. Sehari tanpa Facebook tak mati pun!!!
Apa pandangan anda tentang Facebook dan bagaimana anda gunakan Facebook?
Jangan lupa singgah blog peserta contest Acer Aspire One ke 3 Aizuddin.com dan dan ke 4 Blog Mohd Isa.
No related posts.
189 Comments
jangan kerana fb..apa yg ibubapa suruh buat..kita buat tak tahu..jgn derhaka!
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunang
Comments are closed.