Scammer cipta laman ‘web’ mirip milik kerajaan dan bank

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan scammer yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank.

Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T Saravanan berkata scammer berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Para scammer akan mencari pengguna yang rentan terutama warga emas yang terhimpit pada masa kini.

“Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon mahupun e-mel,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata pengguna juga dinasihatkan supaya tidak memberi butiran peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan sebagainya kepada mana-mana pihak.

“Sila hubungi bank atau mana-mana pihak yang cuba bertanyakan maklumat peribadi anda sekiranya anda menerima pesanan daripada bank mahupun LHDN,” katanya.

Sumber: BERNAMA


Spread the love

2 Comments

  1. pada masa orang panik dan gelabah paling senang untuk membuat penipuan..

    ketika itu cara pemikiran sudah tidak berfungsi dengan baik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!