Scammer China di Cyberjaya, siapa jadi petualang?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rabu lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sindiket ‘online scam’ yang membabitkan 680 orang warga China dalam satu operasi di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Sindiket ini tidak mampu menjalankan operasi jenayah siber secara besar besaran tanpa pembabitan orang tempatan.

Mereka ini adalah pengkhianat kerana berkerjasama dengan penjenayah siber antarabangsa untuk menjadikan negara ini pusat operasi.

Sidang Media Ketua Pengarah Imigresen berkenaan kejayaan Imigresen tumpaskan sindiket scam oleh warga China.

21 November 2019

1. Saya ingin mengumumkan kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket online scam melibatkan warganegara China dalam satu operasi penguatkuasaan yang melibatkan kekuatan pegawai seramai 150 orang di sebuah bangunan 6 tingkat di Cyberjaya pada Rabu 20 November 2019 jam 11.00 pagi. Semasa serbuan warganegara China tersebut sedang menjalankan aktiviti berkenaan.

2. Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri dari 603 lelaki dan 77 wanita warga China yang berusia antara 19 dan 35 tahun telah ditahan di enam tingkat yang diserbu di bangunan tersebut. Kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti online scam yang berpusat di Negara China.Kegiatan ini disyaki telah berjalan lebih kurang 6 bulan.

3. Semasa serbuan ke atas premis tersebut yang disewa sekitar RM 360,000 sebulan itu, sebanyak 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba , dan 787 unit komputer peribadi telah dirampas.

4. Untuk makluman, semasa anggota operasi menghampiri kawasan, berlaku provokasi oleh operator-operator ini dan ada antara mereka yang bertindak merempuh dan menyerang anggota Imigresen. Dianggarkan seramai 100 orang telah berjaya melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai Imigresen.

Terdapat juga antara warganegara China yang tercedera dengan mengalami luka-luka dalam usaha mereka melarikan diri . Walaubagaimanapun, keadaaan terkawal dengan bantuan daripada JIM Selangor dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Siasatan awal kesemua mereka didapati tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS). Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah di bawah Seksyen 39(b) kesalahan di bawah peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas , Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

6. Hampir kesemua yang ditahan tidak dapat mengemukakan passport dan sehingga sekarang tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan passport-pasport mereka. Pihak Kedutaan China di Malaysia juga telah dimaklumkan berhubung perkara ini.

7. Tindakan penyitaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap barang-barang rampasan tersebut juga akan dijalankan bagi tujuan siasatan.

8. JIM akan mengesan individu dibelakang syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini. JIM juga akan menyalurkan maklumat berkaitan kepada agensi lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

9. Modus Operandi sindiket mensasarkan mangsa di Negara China. Mereka ditawarkan keuntungan yang tinggi dan pantas.

10. Operator-operator ini akan menghantarkan satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu yang menggunakan bahasa China dalam aplikasinya. Semua urusniaga dan pembayaran dilakukan melalui Wechat Pay atau bank di China. JIM telah melakukan risikan aktiviti sindiket itu sejak sebulan lalu hasil aduan awam.Premis yang diserbu itu dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan.

Kawasan premis mempunyai pengawal keselamatan dan di setiap tingkat tersebut juga dilengkapi ciri- ciri keselamatan yang ketat dengan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki premis berkenaan.Terdapat juga rangkaian kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan keluar dan masuk.

11. JIM akan terus mengesan saki baki sindiket dengan meneruskan pemantauan dan risikan.

12. JIM mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

Tahniah Jabatan Imigresen Malaysia!

Tahun hadapan merupakan tahun melawat Malaysia. Jabatan Imigresen bakal berhadapan dengan kemasukan besar-besar pelancong. Cabaran bukan sahaja di pintu masuk negara tetapi pelancong-pelancong asing yang berpotensi untuk menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan tinggal lebih masa.

Semoga semua rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada pegawai imigresen dalam menjalankan tugas serta membantu menyalurkan maklumat yang dapat membantu Imigresen membanteras PATI. 


Spread the love

5 Comments

  1. Karena di jaman sekarang susah carikerjaan dan sedikit nya lapangan kerja,jadi mereka bekerja apasaja yang terpenting menghasilkan uang entah itu haram atau halal.

  2. Syaba Jabatan Imigresen Malaysia yang telah tumpaskan kegiatan scammer mcm ni. Scammer zaman sekarang di mana2. Kita sebagai orang awam wajib berhati-hati supaya tidak akan menjadi mangsa. Semoga kita terhindar dari musibah macam ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!