Sayu hati, rumah pusaka yang usang ditinggalkan begitu sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jom sama-sama kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Tuan Amir Hassan di laman Facebook beliau.

Rumah pusaka yang terbiar hampir runtuh, rumput di laman rumah sudah sangat tinggi entah berapa lama tak dipotong, dahan-dahan kayu berselerak sekeliling rumah.

Itu antara pemandangan yang saya dan isteri lihat ketika pusing-pusing sekitar Kampung Parit Baru Sabak Bernam.

Kemanalah anak-anak tuan rumah ini? Sudah lupakan mereka pada kenangan semasa kecil berlari turun naik tak berkasut kekadang lari kerana kena marah dengan emak abah.

BACA: 17 Sebab Kenapa Kita Jangan Menetap Di Rumah Mertua Lama-Lama

Bila membaca catatan seorang rakan FB hati menjadi bertambah sayu.

Rumah ini (gambar di bawah) didirikan pada tahun 1974 ianya masih kekal hingga kini..

Diteratak ini aku membesar bersama Allahyarhamah Bonda dan Kekanda serta adinda-adinda setelah Ayahanda ku meninggal.

Bonda menyara kami dengan mengutip daun nipah hanyut di sungai untuk dijadikan atap dan dijual untuk menyara keluarga.. Segala kenangan pahit dan manis terpahat hingga kini. #AlFatihahuntukBonda.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dilahirkan dan dibesarkan yang abah kita bina dari seribu kesusahan. Pengorbanan ibu menjaga rumah ini tidak akan dapat anak-anak balas.

Lupakan sengketa adik beradik, balik lah tengok rumah pusaka itu. Baik pulih rumah yang rosak kalau tak nak duduk boleh buat homestay. Begitulah.

Di bawah ini juga merupakan komen-komen yang dikongsikan di posting Tuan Amir Hassan, antaranya:

Wan Batu: Benar sekali, kata hati saya sentiasa berkata yg sama. Setiap rumah ada kisah nya. Jgn kita lupa asal kita.

Awien Amanda: Seribu kenangan suka dan duka.

Eyda Fiona: saya masih duduk rumah pusaka arwah nenek lagi. Sesekali mak ayah balik untuk jenguk. Memang rumah pusaka lusuh lantai pun dah pecah2 dari byk2 bilik satu je yg blh guna n masih utuh yg lain da berlubang2 da reput..doakan kami dimurahkan rezeki utk mmbaikpulih rumah arwah nenek sy..usia rumah dah hmpir 25tahun sy da dduk rumh ni dah 5 thun. Syukur la masih blh dduk masak mkn tidur dkt rumah pusaka walau buruk n tak ade sape nk mari singgah sbb rumah ‘buruk’tpi kami bersyukur tak pyh byr sewa rumah or bilik dgn keadaan skrg duit bkn mudah nk cari.

Nor Ariffin Hamzah: Saya tinggal di rumah pusaka. Fikir kalau beli rumah lain, mesti nanti rumah pusaka ni akan terbiar sebab semua adik beradik dah ada rumah sendiri.

Bunga Larangan: Alhamdulillah aku masih tiap,2 bulan balik rumah pusaka…kemas dan bersih kan mane yg patut…tak boleh buat homestay sbb semua bergaduh nak kan duit so tiap2 bulan aku sekeluarga balik sbb rumah itu melambang kan bertapa susah nye arwah ayah kumpul duit nak beli rumah tersebut..40tahun dulu rm 2,500jer skrg harga nye 300ribu ringgit.

Azwar Kamar: Rumah pusaka toknek kami yg berpuluh2 tahun pun reput. Arwah emak beli. Akhirnya tambah reput tanpa dijaga. Saya ambik alih bina rumah baru. Ambik alih kena bayar sejumlah ongkos pd adikberadik. Baru diam memasing.

Aris: Jgn lupa rumah pusaka disitu lh kita dilahir dn dibesar kan ayah dn ibu kita.jgn dijual tanah pusaka peninggal ayah dn ibu. Saya pernah tengok tanah pusaka peninggal ayah dn ibu salah sorang anak jual tanpa pengetahuan anak yg lain jdi papa kedana anak yg jual. Ingat bro.

Fatimah Mohd Mahuddin: Alhamdulillah sya menjaga rumah pusaka ayh dn ibu yg telah pergi meninggalkan kami, setiap hri raya ke2 kami akn berkump membacakn tahlil buat mereka, sya sja yg masih dikg sdgkn semua adik beradik dh berhijrah mencri rezeki dibndr. Rumah yg usang di perbaiki yg mna termampu oleh kami, cukai tanah dn pintu wajib dibyr, spya xjdi beban jika kami yg akn tinggalkn rumh itu nanti. Persoalan adakan rumh itu boleh ke sya tukar kepda nama sya shja? Atau mcmna?

Ludba Qazzar: Masalah ramai penamaan pd hakmilik tanah yg ditinggalkan oleh para arwah telah menyebabkan byk kes rmh lama terbiar.Memasing plak dah beli rmh.Rmh pusaka tu plak tak dihibahkan dgn cara betul.Maka terjadilah rmh2 lama terbiar dimakan cuaca tunggu masa nak rebah.Lbh malang kalau tanah tu tak dibayarkan cukai… lama kelamaan akan terjadi tanah hilang diambil pihak2 yg mengambil kesempatan atau akhirnya diambil oleh kerajaan.Ada baiknya jika dapat diwakafkan oleh pemilik asal.

Begitulah. Paling penting jagalah harta sebaiknya. Rugi sangat kalua dibiarkan kosong macamtu. Sekurang-kurangnya buatlah ‘Homestay’ atau sebagainya.

Kalian kalau ada cerita-cerita menarik yang nak dikongsikan tentang rumah pusaka, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih.

Tuan Amir Hassan


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!