Satelit rakam gambar bongkah ais terbesar 160km berputar 270 darjah

Spread the love

Aisberg terbesar di dunia seberat lebih satu trilion tan kini sedang bergerak.

Bongkah ais gergasi A68 dikatakan sedang bergerak di sepanjang Semenanjung Antartik seperti yang dilihat daripada animasi satelit dari Program Copernicus dan Agensi Angkasa Eropah.

Pergerakan itu berlaku selepas ia terpisah daripada Pentas Ais Larsen C di Antartik pada Julai 2017.

Pada waktu ini, bongkah ais yang berukuran 160 km itu dilihat sebagai sesuatu yang ‘bahaya’ berat kira-kira satu trilion tan.

Menurut seorang profesor di Swanesa University di Wales, Andrian Luckman, objek yang mempunyai berat kira-kira satu trilion tan itu sangat aktif dan kelihatan lincah.

“Berikutan telah setahun ia berada berdekatan dengan pentas ais induknya, pada pertengahan tahun 2018, A68 dilihat bergerak ke Weddell Gyre, aras laut yang mengikut arah jam, berputar hingga 270 darjah dan membawa 250 km ke utara”.

Walau bagaimanapun, kerosakan yang dialami oleh bongkah ais tersebut dikatakan hanyalah dalam kadar yang sedikit setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Perkembangan mengenai bongkah ais terbesar ini telah diteliti oleh Prof Adrian Luckman dengan menggunakan satelit Sentinel-1 di Eropah.

Sebelum ini, A68 kekal tidak bergerak di Bawden Ice Rise sebuah dasar laut yang cetek berhampiran pentas ais Larsen selama lebih setahun sebelum ia berputar dan terapung.

Ketika pertama kali fenomena pemisahan itu berlaku, saintis menjangkakan aisberg tersebut akan pecah dan hancur, namun ia tetap utuh.

Rekod satelit untuk A68 mencadangkan ia adalah aisberg keenam terbesar yang kini terapung di lautan.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!