Sarapan Durian dengan Raja Nazrin

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini dalam sejarah lagi kami bersarapan durian sedap, pagi-pagi lagi jam 10 lebih pagi dah sampai di tempat durian. Tujuannya untuk raikan tetamu daripada pekanbaru, indonesia. Nak bawa dia rasa durian di Mantin.


Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini  

Beliau rajin turun ke Malaysia untuk turut hadir beberapa program yang seringkali diadakan. Selesai program, kami selalunya bawa beliau pergi makan durian, tidak kira di mana ada jualnya durian. Tetapi kebiasaannya bawa makan di SS2, Petaling Jaya. Cuma kelainannya pada hari tersebut kami pergi di waktu pagi. Memang sangat rare sarapan durian. Jadi inilah orangnya;

Yang di hadapan sekali abang daripada Pekanbaru, Indonesia. Nama sebenarnya Aiman Deki.

Di SS2 sudah biasa bawa ke sana, jadi harini tukar haluan bawa beliau merasa di tempat lain. Di Mantin duriannya sedap-sedap dan masih fresh lagi. Kebetulan kami sampai ada 2 orang abang sedang menunggu di satu meja. Kami yang sampai lambat pun dah tercari-cari durian untuk dipilih di meja tunjuk hadapan.

Antara jenis Durian Mantin Gemuk

Rupanya mereka sedang menunggu durian baru datang. Jam 11 pagi, durian penuh di bonet hilux muncul. Yang ini memang betul-betul fresh dari ladang. Melihat 2 orang abang tadi memilih berbakul-bakul, dah tahulah tu untuk apa.

Sempat jugalah berbual dengan abang tersebut. “Beli banyak-banyak ni untuk apa abang?” berbalas balik, “abang nak jual dekat Bangi ni!” “Dekat sini duriannya murah-murah. Itu yang abang ambil sekali banyak.”

Yang lebih menarik lagi, harga sekilo durian “Musang King” di Mantin hanya RM 23 sekilo. Murah tak murah harga di situ. Memang berbaloi siapa yang pergi dan sangat meng’iur’kan. Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis durian yang lain, antaranya;

  • Durian Kampung
  • Durian D24
  • Durian IOI
  • Durian Udang Merah
  • Dan banyak lagi

Sedang syok makan durian, sempatlah tengok gelagat pekerja durian tu asing-asingkan durian. Orang yang dah pakar ni, cara pegang dan tengok durian sahaja dah boleh asingkan ikut kategori masing-masing. Cuma, harini tak nampak yang dia ‘ambil,pegang,goncang dan asing dalam bakul’ hehe.

Ada beberapa video yang saya rakamkan sebagai bukti yang kami makan durian di Mantin. Dan saya gabungkan untuk dijadikan satu video lengkap. korang bolehlah tonton video tersebut di bawah;

Sehubungan itu, kami juga bawa salah seorang team denaihati untuk rasai keunikan durian Mantin. Nama beliau adalah Raja Mohamad Nazrin bin Raja Mudzafar Shah. Beliau pada asalnya tidak suka makan durian, selepas makan durian di Mantin terus terpikat dengan durian di sini. Nama pun raja mestilah keturunan kerabat diraja. Ini pun satu keajaiban dapat makan bersama-sama dengan anak raja. hehehe

Beliau adalah Raja Mohamad Nazrin Bin Raja Mudzafar Shah.

Orang yang hantu durian, dekat mana-mana pun sanggup datang. Korang yang belum cuba durian Mantin boleh search lokasi di waze ‘Durian Mantin Murah’ ataupun boleh lihat di lokasi yang saya tagkan di bawah. Memang berbaloi dan tak rugi kalau datang.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!