Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
ramai yang ternanti-nantikan kisah jejaka Malaya yang terkenal dengan beberapa buah filem dan drama. Mohamed Hadi Putera Ahalim yang lebih dikenali dengan nama Adi Putra, meluangkan masa bersama rakan blogger dan sudah tentu peminat-peminatnya yang menggelarkan ‘Hotlovers’.
Pada 22 Mei yang lalu, terlah berlangsung satu majlis ‘Santai Bersama Adi Putra’ yang bertempat di D’Kayangan Steamboat, Seksyen 13 Shah Alam.
Terima kasih kepada semua penaja dan penganjur iaitu:
1. ADPhotlovers
2. Denaihati Network
3. #BiolifeDrop
4. D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet
5. Medshoe Malaysia
6. Denaisell
7. CVS Production
Untuk event “Santai Bersama Adi Putra”
Pada mulanya cadangan asal adalah hanya sesi minum petang dengan dua jenis kuih dan teh o panas, namun jadual beliau agak padat dengan penggambaran. Terima kasih kepada DKayangan Steamboat yang sudi menaja lokasi dan menghidangkan makanan kepada semua tetamu. Sudah tentu lokasi yang cukup menarik untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Begitu juga dengan Tuan Haji Anuar Hassan yang menaja Bio Life Drop untuk semua yang hadir.
Majlis dimulakan dengan kata aluan pengerusi majlis dan bacaan doa. Kemudian wakil peminat Adi Putra memberikan ucapan ringkas yang memberikan semangat semula untuk bersama-sama dalam majlis perjumpaan. Rakan-rakan blogger juga turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan suasana makan malam.
Tuan Haji Anuar juga memberikan ucapan ringkas pada malam tersebut. Bio Life Drop, satu produk suplimen yang perlu ada pada setiap orang. Rahsia penyembuhan melalui sunnah yang mengandungi pelbagai khasiat dan bahan seperti mineral unza, daun cypress, amber dan kayu cypress. Bio Life Drop akan dijual kepada orang ramai di denaisell.com .
Adi Putra juga tidak melepaskan peluang untuk bersantai bersama peminat-peminatnya dan rakan blogger. Sedikit sebanyak terubat kerinduan kelihatan di wajah-wajah peminatnya. Slot Azalea TV9 bermula pada 2 Jun 2017 jam 8.30malam akan menampilkan Adi Putra dalam My Sweet Lavender.
Bagi yang ingin berbuka puasa di Buffet Ramadhan DKayangan Steamboat, harganya adalah RM44.90 seorang dan tempahan bermula pada 27 Mei 2017, dari jam 5 petang hingga 1 pagi. Selain steamboat dan grill, ada juga kambing panggang, roti john, kueh teow goreng dan spaghetti untuk dinikmati. Boleh hubungi 012-2971091 untuk tempahan.
Acara diteruskan dengan cabutan bertuah oleh Medshoe Malaysia, kasut kesihatan yang perlu dipakai oleh semua orang. Kasut yang memberikan keselesaan dengan mengikut bentuk tapak kaki. Pelbagai jenis kasut Medshoe untuk perempuan dan lelaki ini boleh di dapati secara talian di Denaisell Medshoe.
Kemudian atas permintaan ramai peminat-peminatnya, Adi Putra mendendangkan beberapa buah lagu seperti Si Udin Bertanya Lagi, Kelahiran, Dia Untukku dan Tiada Kasih Tiada Cinta.
Buat peminat-peminat Adi Putra, ini ada pesanan untuk anda.
Nantikan program seterusnya bersama Adi Putra.
- Adi Putra hero Cinta Si Wedding Planner
- Sarapan Pagi bersama Adi Putra, Mira Filzah & Blogger selesai dengan senyuman.
- Majlis Ceria Aidilfitri Denaihati Network & Adi Putra 2016
- Mira Filzah, usahawan digital; antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016
- Mira Filzah rai peminat di Miraclegacy Sports Day
57 Comments
terima kasih udah di sahre artikel nya sangat lah menarik like it
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Santai Bersama Adi Putra’ yang bertempat di D’Kayangan Steamboat, Seksyen 13 Shah Alam nice info
Bila adakan program sebegini dapat rapatkan ukhwah antara artis dan peminat 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..Perlukah Pengambilan Suplemen Setiap Hari
nampaknya adi putra dah masuk bidang bisnes mungkin sebab tu dah kurang berlakon
Curahan rasa nikkhazami @ ..Raya Bedroom Makeover
adi putra dah jarang berlakon sekarang sejak ramai perlakon baru muda dan kacak muncul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Raya Bedroom Makeover
Adi Putra merupakan pelakon yang hebat serta digilai ramai..
memang terbaik la..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami
Terbaik Adi Putra, harap Adi Putra dapat berlakon semula dalam drama dan filem.
Curahan rasa MZTech @ ..Aktifkan Kad Maybank VISA Debit Dengan Paypal
Rindu nak tengok lakonan terbaru tuan haji Adi Putra..
In Shaa Allah, kalau ada rezeki tak ke mana..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
mana tahu lepas ini beliau ada berlakon..
sama-sama kita tunggu kemunculannya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Adi Putra berlakon KL Gangster terbaik.. memmey ahhh. suka juga tengok dia berlakon.. cool
Curahan rasa Fyda Noh @ ..6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki
ramai juga yang rindu nak tengok lakonan adi putra di kaca tv.. selalunya mesti dapat sambutan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Raya Bedroom Makeover
Peminat ramai.. Tu yang kena wat gini.. Adi putra tuee hehehe..
Curahan rasa Ayu @ ..DAH ADA KERJAYA BAGUS, PERLU KE BISNES LAGI?
Siapa tak kenal tuan haji Adi Putra kan?
Baik yang muda ataupun yang tua, pastinya semua lapisan umur mengenali beliau..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
Artis memang ada jenama tersenidiri..
sebab itu populariti mereka penting untuk mengekalkan tempat di hati peminat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Artis ramai peminat macam Adi Putra memang memang perlu buat gini, dan memang ramaila yang datang.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..Kekal bertenaga dengan Pek Ramadhan Shaklee-Jelita.
Betul tu… untuk menghargai peminat, majlis seperti ini wajib dianjurkan oleh setiap artis..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
hati peminat perlu dijaga supaya mereka setia bersama kita..
semoga usaha baik Adi Putra terus dikekalkan pada masa-masa yang akan datang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Jom semua usha usha blog saya . http://www.ketamkecil.com/kenapa-perempuan-susah-nak-kurus-walaupun-dah-makan-sikit/
Terima kasih di atas info yang diberikan… awak ni peminat Adi Putra jugak kan?
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
rasa macam begitulah tuan Anuar…
saya suka tengok lakonan Adi Putra..
memang mantap dan terbaik dalam kelasnya,,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Adi Putra mempunyai peminat yang tersendiri…
sebab itu dia perlu mengadakan banyak aktiviti atau sesi berjumpa peminat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Aplikasi Duit Sudah Ke Penghujung
Teringat satu cerita Shahrukh Khan.. siapalah artis tanpa peminat.. sebab tu artis kena hargai peminat..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan
selain dari artis…blogger juga perlu hargai pembaca..
saya pun nak buat suatu hari nanti..
majlis menghargai pembaca blog..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
pelakon yang memang banyak peminatnya ini mestilah menarik perhatian untuk mengikuti program bersama beliau
Curahan rasa blogger newbie @ ..Menilik Eksotisme Alam Di Pantai Tiga Warna Malang
pelakon yang bagus dan baik seperti Adi Putra memang wajar menghargai peminat..
memang betul tu kan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Comments are closed.