Sampai juga Emirates menonton game Arsenal live

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Berita sukan di blog Denaihati”.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Pembaca setia blog Denaihati pasti tahu Abang adalah seorang penyokong setia kelab bola Arsenal. Sebenarnya sebelum menjadi penulis blog Abang tidak mempunyai team bola yang disokong. Sebagai penulis blog Abang mengambil keputusan untuk menulis tentang bola kerana ianya salah satu topik yang mendapat sambutan di seluruh dunia.

Abang memilih pasukan Arsenal kerana suka dengan filosofi bisnis bola yang dibawa oleh pengurusnya Arsene Wenger yang lebih mementingkan keuntungan bukan sekadar kemasyhuran menjulang tropi. Prinsip yang sama kita boleh contohi sebagai penulis blog dan sosial media iaitu fokus kepada keuntungan berbanding menjadi terkenal tetapi kocek kosong.

Abang memilih untuk menonton perlawanan piala carabao antara Arsenal vs Brentford di Stadium Emirates. Tiket dibeli secara online di Live Football Tickets dan dihantar oleh wakilnya ke apartment. Abang memilih game ini sebab tiketnya murah, paling murah 30 pound dan paling mahal 95 pound berbanding tiket perlawanan Arsenal vs Erverton paling murah 70 pound dan paling mahal 545 pound. Abang beli tiket seat VIP yang dapat tiket percuma untuk melawat stadium, melawat muzium Arsenal dan juga dapat voucher diskaun untuk shopping di The Arsenal Store. Untuk tiket VIP ada lounge untuk kami tunggu game bermula dan dapat minuman ringan percuma semasa separuh masa. Makanan pun ada dijual tetapi bukan makanan halal.

Abang dan keluarga pergi ke Stadium Emirates menaiki keretapi bawah tahan (tube) central line dari stesen Bond Streets menuju ke Stesen Oxfords Circus untuk bertukar ke victoria line menuju ke stetsen Highbury. Tambang pergi balik 9.80 pound seorang. Jarak tak lah jauh sangat lebih kurang 5 km sahaja. Dari Stesen Highbury kami berjalan kaki ke Stadium Emirates lebih kurang 1.6 KM. Kepada yang lapar jangan risau dalam perjalan antara Stesen Highbury ke Stadium Emirates ada lebih kurang 7 berbagai jenis restoran halal. Restoran Malaysia pun ada tetapi tidak halal.

Lain macam perasaan bila sampai di Stadium Emirates yang sudah sering ditulis sejak lapan tahun lepas. Kali ini depan mata. Memang betul nasihat kawan katanya ramai ulat jual tiket jadi kena hati-hati sebab banyak tiket palsu. Ramai ulat tiket yang offer berbagai jenis tiket kepada kami. Sampai je apa lagi shopping jersi Arsenal yang tidak dijual di kedai-kedai diluar.

Sebelum game mula kami berehat di lounge minum dan makan kuih yang di beli di canteen Malaysia Mall. 30 minit sebelum game mula kami masuk ke dalam stadium Emirates, lain sungguh rasanya. Nampak banner besar khas untuk peminat Arsenal Malaysia, “Malaysia kelahiran ku, Arsenal pilihan ku”.

Tak sia-sia tengok game Arsenal vs Brentford sebab Arsenal menang 3 – 1 hasil jaringan Danny Welbeck dua biji dan Alexander Lacazette sebiji. Bergegar stadiun bila bola mencecah jaring. Tahniah Arsenal dengan pengurus barunya Unai Emery semuga menjadi pasukan yang ebih baik berbanding era Arsene Wenger.

Jom tengok video kami di Stadium Emirates

Ada rezeki akan datang lagi Emirates untuk tengok Arsenal lawan team besar Liverpool atau Chelsea atau MU atau MC.


Spread the love

26 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!