Assalamualaikum dan salam Aidilfitri 1431 1Dunia, alhamdulillah tahun ini tahun pertama berhari raya bersama mertua dan tahun kedua menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah berada di perantauan kembara di negara orang untuk beberapa tahun. Kerana itu aku selalu dapat merasai luahan tersembunyi di hati kak jie yang berjauhan dengan suami. Di saat lebaran adalah saat yang paling memilukan apabila berjauhan dengan keluarga terutama apabila mendengar takbir hari raya. Ada ketikanya sengaja aku mengelak untuk mendengar takbir hari raya dan melalui kehidupan seperti tiada apa yang berlaku.
Isteri dan anak-anak gembira dalam kekosongan bersama keluarga ketika aku tiada di sisi jauh beribu batu di perantauan. Pada mulanya kami sering juga bervideo cam tetapi aku tak boleh tahan bila anak bungsu aku selalu cakap kepada sepupunya ketika bervideo cam “ini ayah kita tau, ini ayah kita tau” ada kerinduan yang amat sangat dalam kata-katanya. Itulah bijak pandai ada berkata “kita hanya menghargai sihat bila kita sakit” begitu juga “kita hanya dapat menghargai kasih sayang apabila berjauhan”. Nasihat kepada para suami kasih dan sayangilah keluarga anda kerana itu adalah amanah dari Allah swt. Keluarga adalah pintu untuk ke syurga sebagaimana ibubapa juga pintu ke syurga kepada anak-anak. Lupakan kerja yang tidak pernah akan habis untuk 2-3 hari. Ketika itu baru aku tahu sentuhan lagu “Dendang Perantau” dan “Dari jauh ku pohon maaf”. Dalam kejauhan baru aku rasakan bahawa duit bukan segalanya untuk berjaya dunia dan akhirat.
Untuk semua pengunjung setia blog denaihati dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan 1Dunia serta teman-teman Malaysia di perantauan aku menghulur sepuluh jari memohon maaf sekira ada tulisan, tweet dan share aku yang menguris hati dan meresahkan jiwa. Aku cuba sedaya upaya untuk memberi apa yang terbaik.
Salam AidilFitri dari jauh ku pohon maaf zahir batin berhati-hati di jalan raya.
[ad#Mangga 300]
110 Comments
selamat hari raya maaf zahir batin kepada brp denaihati
salam hari raya, maaf zahir batin
Semoga bulan Ramdhan tahun ini membawa berkah bagi kita semua
Selamat Hari Raya Idul fitri
Minal Aidin Wal Faidzin
Mohon Maaf Lahir & Bathin
salam aidilfitri dan maaf zahir batin
Curahan rasa mijie @ ..Hassan jemputlah naik rumah
Sama lah tu salam aidilfitri maaf zahir batin.
Selamat hari raya juga buat denaihati. Betul kata denaihati, ada kalanya kita terlupa apa yang lebih penting. Masa bersama yang tersayang adalah lebih berharga dari wang ringgit dan lain-lain.
Curahan rasa Jali @ ..Salam Aidilfitri 2010
Keluarga tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Keseimbangan masa mencari rezeki dan keluarga mesti ada…yg penting masa berkualiti.
salam,
Saya nk ambil peluang ini mngucapkn selamat hari raya. Maaf Zahir dan Batin, kalau de salah silap, harap di maaf kn semua 🙂
Curahan rasa leaflette @ ..Creative Paper Arts by Chrissie Macdonald – Amazing
Aku juga ucap salam aidilfitri maaf zahir batin.
mohon maaf lahir dan bathin bro semoha semua amalan ramadhan kitA DITERIMA
Kita berdoa semuga Allah terima setiap amalan kita di bulan Ramadhan insyallah
selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. ^__^
Curahan rasa Propito.com @ ..Bogel – Lawak
Belajarlah kepada ulat bulu yang sangat menjijikkan. Ketika ia bertekad untuk berpuasa dengan masuk ke dalam kepompong, dan di dalam kepompong selama tigapuluh enam hari hanya berzikir, maka ketika keluar dari kepompong, ia sudah berubah total dari ulat bulu yang menjijikkan menjadi kupu-kupu yang indah mengundang kekaguman melihat keelokannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Seperti kupu-kupu itulah makna Idul Fitri bagi anak-anak Amalia, penuh keindahan dan kebahagiaan itu terpancar dari wajah mereka dengan penuh senyuman sudah bersiap dengan baju barunya. Airmata kami mengalir melihat wajah penuh senyum ketulusan mereka. ‘Ya Alloh limpahkan mereka kebahagiaan di dalam menyambut hari nan fitri..’
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Amalia tu siapa sebenarnya Bang Iwan? mungkin saya ada ketinggalan dekat sini?
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
sayapun 4 hari busy sangat nih bro
Ya la.. dengan persiapannya lagi, dengan tetamunya lagi.. Bila tak sibuk, boleh la ringan2kan badan menjenguk blog ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
nah sekarang telah ringan mulai melawat lagi
Curahan rasa munir ardi @ ..Berpikir Positif Ultah Yang Pertama
Hehe.. silakan menjenguk bro. Tapi ramai lagi yang masih mode bercuti ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
Masih dalam keadaan bercuti menyempatkan diri untuk mampir sejenak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Open House Berbuntut Maut
Hehe.. memang la hari ahad mana ada orang bekerja bro.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
Sampai lupa hari ini hari ahad….
Mood raya sampai terlupa2 benda ni ker bang Iwan? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
Wa.. siap dengan kupu2 dan kepompong lagi tu Bang Iwan.. tapi anak2 Amalia tu siapa sebenarnya?
Anak-anak yang lugu yang membutuhkan pertolongan para dermawan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Manusia Atau Keledai
Oh..Saya tidak tahu tu.. Bang Iwan juga tahu yah.
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Eid Fitr
kisah yang menarik untuk dijadikan pengajaran. Terima kasih bro.
Ramadhan baru saja meninggalkan kita, rasanya hati ini tidak rela, karena keberadaanya begitu luar biasa bermakna.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Semua amal ibadah menjadi berlipat ganda, pintu sorga menjadi terbuka, syaithon-pun menjadi tidak berdaya Namun setelah Ramadhan tiada, semoga kami tetap bisa tetap menjaga, untuk sepanjang masa dan tidak menjadi sia-sia dari setiap makna yang kami terima.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Dan semoga setelah sebulan melakukan Riyadlotun Nafs (olah jiwa), Himyah (penjagaan) dan Junnah (perlindungan) kami semakin kokoh, untuk tidak selalu mengikuti godaan hawa nafsu, dan semoga bisa senantiasa Imsak dan Wara’.
Kita menyadari, di dalam diri ini masih saja ada sifat iri, dengki, rasa benci, kurang instrospeksi, kurang mawas diri, kadang kurang berempati, kurang punya rasa peduli. Oleh karenanya Ya Ilahi Rabbi, di hari nan fitri ini, ampuni dosa dan kesalahan kami, dosa ibu bapak kami, para leluhur kami, guru-guru kami, para pejuang dan pahlawan kami, pemimpin kami dan semua saudara-saudara kami sebangsa dan setanah air, kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, mimmasyaaarikil ardli ilaa maghaaribihaa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Tuk setiap tutur yang khilaf, tuk setiap perangai yang membekas, tuk segenap kerak di hati yang tak kunjung luruh ku mohon maaf. Bila ada langkah membekas luka, bila ada kata menggores dusta, Dengan sepenuh jiwa, seikhlas niat,sepenuh hati dan sebening embun yang telah dibasuh di bulan suci . Taqobal ya karim, moga ramadhan thn ini dpt mjadi bekal d khidupan 11 bln mendatang, dan qt tdk mbuat ksalahn yg sm lg. Moga qt selalu istiqomah dijlnNya. Amien
“SELAMAT IDUL FITRI1431H”Minal aidin wal faidinMohon maaf lahir batin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menjadi Blogger Yang Bahagia
Selamat hari raya Idul Fitri 1431H. Mohon maaf lahir batin… 🙂
Curahan rasa FREE MUSIC DOWNLOAD @ ..LEAVES EYAS
so touching… Kita hanya akan menghargai sesuatu bila kita sudah tidak memiliki 🙁
Salam Aidilfitri buat brother Denaihati dan semua blogger yang singgah..
Curahan rasa tpinky @ ..Isteri Macam Singa Lapar di Malam Lebaran
Selamat hari raya bro DH, maaf zahir dan batin yer..semoga ceria n berbahagia selalu di hari raya .. 🙂
salam aidilfitri, ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa.semoga berbahagia di hari raya ini
Curahan rasa noreed @ ..Hidangan Di Pagi Raya
Comments are closed.