Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak dua menjak ni, kelihatan ramai yang mula mengambil perhatian mengenai apakah itu cryptocurrency, blockchain dan pengurusan data yang berkait rapat dalam situasi ini. Ada yang merasakan cryptocurrency itulah blockchain, dan ada juga yang merasakan blockchain itu adalah cryptocurrency.
Mari sama-sama kita semak semula apa sebenarnya setiap terma-terma yang dinyatakan di atas dan apakah sebenarnya perkara tersebut untuk kita fahami satu demi satu.
Blockchain adalah teknologi pengurusan data menggunakan timestamp
Blockchain adalah teknologi pengurusan data yang telah diperkenalkan pada tahun 1991 untuk menguruskan sekelompok data dalam satu rantian yang mempunyai tetapan masa atau timestamp agar ianya tidak boleh diubah dari sudut masa dan data dalam blok tersebut.
Teknologi ini diperkenalkan untuk menguruskan data dengan telus tanpa sebarang salah gunaan kuasa dan seumpamanya.
Namun berdiri sendiri, teknologi blockchain tidak akan menjadi sebarang matawang digital.
Cryptocurrency mengadaptasi teknologi blockchain untuk kegunaan mereka
Apa yang berlaku adalah, cryptocurrency seperti BitCoin telah menggunakan teknologi blockchain ini untuk menguruskan data transaksi dalam rantaian mereka agar ianya telus, boleh disemak dan tidak boleh diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kenapa dipanggil crypto? Disebabkan oleh penggunaan hash untuk menjadikan id pengenalan blok itu terbentuk dan tidak boleh diubah. Sebarang perubahan dalam pengurusan id itu akan menyebabkan hash akan berubah. Di sini, cryptographic berfungsi sebagai alat keselamatan dalam rantaian blok yang dicipta.
Penggunaan dalam kehidupan seharian
Sebelum ini, kita ada berbincang mengenai bagaimana Pilihanraya menggunakan teknologi blockchain akan memberikan impak yang positif. Ini kerana tiada manipulasi atau penipuan yang boleh berlaku selagi mana peraturan rantaian blok itu ditetapkan mengikut spesifikasi pilihanraya.
Selain itu, ada banyak lagi aplikasi blockchain yang boleh kita gunakan. Antaranya pengurusan kontrak jual beli rumah, atau pengurusan kontrak sewa beli kenderaan, insurans, takaful, percukaian dan banyak lagi.
Penggunaan teknologi blockchain tidak semestinya akan mewujudkan cryptocurrency yang baru jika ianya bukan diuruskan untuk tujuan jual beli. Namun disebabkan data yang banyak dalam rantaian blok, ianya boleh dijadikan sebagai sandaran untuk matawang digital diwujudkan.
Apa yang perlu kita tahu apabila ingin melibatkan diri dalam pelaburan crypto?
Pertama, elakkan daripada menyertai skim atau program yang mudah untuk dihadam oleh akal fikiran. Contohnya memberikan pulangan dalam bentuk bitcoin sehingga 50% sebulan sedangkan sekiranya kita mempelajari proses untuk mendapatkan bitcoin ini, agak sukar untuk memberikan pulangan bulanan sedemikian.
Semakin banyak skim-skim pelaburan yang diwujudkan hanya kerana mereka ingin mengumpul lebih banyak BitCoin dalam kantung digital mereka. Agar mereka boleh menambah kekayaan tatkala harganya meningkat naik pada masa akan datang.
Kedua, elakkan daripada membeli ICO atau Initial Coin Offering yang tidak meyakinkan. Ini kaedah kedua mereka gunakan untuk mengumpul seberapa banyak coins seperti BitCoin dan Ethereum agar mereka boleh gunakan di kemudian hari.
ketiga, dapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang telah mengusahakan perkara ini, antara perkara mudah yang boleh dibuat adalah dengan menghubungi Denaihati Network andai anda ingin mempelajari apa itu blockchain dan pelaburan cryptocurrency dengan lebih mendalam.
Boleh gunakan halaman hubungi kami untuk menghubungi pihak Denaihati Network agar kita boleh buat temujanji di pejabat kami atau di lokasi bersesuaian. Lebih baik kita belajar terlebih dahulu sebelum duit kita melebur dan menjadi hangus. Ketika itu sudah tidak bermakna untuk menangis air mata darah sekalipun.
- Apa yang anda perlu tahu mengenai Bitcoin dan Cryptographic Hash Algorithm.
- Bagaimana blockchain membantu dalam kehidupan dunia digital
- Teknologi ‘Cashless Payment’ sedang mendominasi Dunia
- Pengurusan data lebih sistematik dengan blockchain dan smart contracts
- Salah faham crytocurrency, terutamanya BitCoin
14 Comments
Peluang bermain cryptocurrency seperti bitcoin ini memang cukup menjanjikan, Terima kasih untuk informasinya.
Curahan rasa dewa game @ ..Arena of Valor : Game Moba (Android)
Mereka yang kurang faham tapi tak nak belajar, ada harapan rugi besar bila terlibat dengan crypto currency secara membabi buta.
Nak komen panjang pun saya tak tahu. Apa yang baik saya ikut, semua bergantung pada niat kita kan
Curahan rasa nasa azman @ ..Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?
Teknologi baru memang memeningkan di awalnya, lam kelamaan dah jadi kebiasaan. Makin kerap dengar term block chain sekarang ni
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai barang WAJIB bawa ke hospital!
Siapa yang pandai manfaatkan peluang akan setiasa berjaya di dunia dan di akhirat. Terpulang pada inisiatif kita sendiri
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
memang ramai yang tak faham dan sukar juga sebenarnya nak faham.
kena teliti kaji, baru lah faham sedikit.
kalau tak, memanjang mendongak dan mengangguk ajelah bila orang kata.
Curahan rasa titan @ ..Speech Theraphy One Two Three
agak sukar jugak nak betul-betul faham tentang blockchain ni. Kene baca dua kali.
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Razak City Residence Sungai Besi Kuala Lumpur
Dah masanya untuk kita lebih maju lagi ikot teknologi semasa. Moga dapat di aplikasi masa akan datang.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..4 Cara Turunkan Paras Asid Urik Dalam Badan. Mencegah Anda Dari Penyakit Gout
bitcoin pun saya belum paham tuan eh sekarang ada istilah baru lagi cryptocurrency dan blockchain
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Pudding Mangga Lapis Bolu
Sesiapa yang suka meneroka pasaran baru dan jadi pioneer memang akan menjadi agen perubahan. Late mover selalunya dah ter tinggal trend semasa.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Dah start paham.. Ilmu baru…macamana blockchain ini berfungsi.. Yg bestnya segala data x boleh ubah suka suka hati
Saya sendiri tak berani komen pasal crytocurrency, memang bukan bidang dan saya pun belum faham cara dia berfungsi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
wajib belajar ilmu baru blockchain dan duit crypto ni sebab ni peluang ekonomi terbaru.
Curahan rasa Amir Hassan @ ..Pilihanraya menggunakan teknologi BlockChain akan lebih telus
Betul, early adopter adalah orang yang paling untung, berbanding dengan golongan follower yang jadi pengikut sebab ramai orang dah guna.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Comments are closed.