Rupanya Mudah Je Nak Tolak Duit Setiap Bulan Untuk Mak Ayah Di Kampung Guna Maybank2u ni

Spread the love

Assalammualaikum dan salam Ramadan

Ikuti perkongsian di Facebook Nur Aliah Mohd Nor

**
Rugi sangat kalau kita tak tahu cara nak buat auto transfer duit di Maybank2u setiap bulan ni!

Semalam Lia ada kongsikan ‘Scheduled Transactions’ melalui CIMB di facebook Lia. Dan ramai yang komen nak tahu cara auto transfer di Maybank juga. 

Kalau dulu di Maybank kita akan panggil ‘Standing Instruction’, tapi sekarang lebih dikenali sebagai ‘Recurring Transfer’.

Apa itu Recurring Transfer (RT)? Bahasa mudah nak faham, kita automatik kan pembayaran ke bank setiap bulan. Setiap bulan Maybank akan auto deduct duit kita ke bank yang kita dah set nak ke mana. Faham kan?

Kita cuma perlu set 1 kali sahaja, lepas itu semuanya akan automatik! 

Contoh yang kita boleh set:
– Duit untuk mak ayah
– Bayar bil (kereta, rumah)
– Sedekah ke rumah anak yatim
– Bayaran sewa (rumah)
– Simpanan 
– Apa-apa sahaja bayaran fix secara monthly

Maybank dah bagi fungsi RT ni, kenapa tak gunakan sebaiknya kan? Sebab ada banyak benefit yang kita boleh dapat secara tak langsung. Ni antaranya:

– Mencantikkan statement bank, CCRIS, profile kewangan di mata pegawai bank. Senang nak buat loan.
– Memudahkan untuk kita monitor account loan. 
– Bayaran akan sentiasa on time. 
– Mewujudkan tabiat dan hubungan yang bagus. Sebab bank suka tengok kita buat RT ni. 
– Tak ada dah istilah terlupa dah bayar ke belum. Sebab semuanya sudah di set kan auto!

Buka https://www.maybank2u.com.my/
Click pay & transfer
Click Transfer
Click Other Accounts
Di sini la kita boleh set auto transfer, dekat click On Set Recurring
Kita set 1 June start, dan berakhir pada 1 December. Terpulang dekat korang nak buat sampai bila dan tarikh bila.
Click confirm once semua dah confirm
Siap! Simpan resit ni.

Dah baca ? Klik share 🙂

kredit : Nur Aliah Mohd Nor


Spread the love

2 Comments

  1. Semuanya dihujung jari. Hanya setkan sekali lepas tu dia akan buat recurring setiap bulan.
    Thanks for the good sharing!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!