Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) telah merancang untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan. Pengerusinya, Dato’ Hussamuddin Yaacob memberitahu bahawa semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.
Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan seberapa ramai ummat yang dapat manfaat dari Rumah Ngaji ini. Kita berharap matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan.
Sebenarnya, banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar Rumah Ngaji ini dapat juga dikembangkan di tempat mereka. Dengan program ini, kita berharap pengajian Al Quran secara percuma dan pantas boleh disampaikan kepada pelajar, suri rumah, pekerja, pesakit di hospital, pesalah di penjara dan komuniti sehingga Al Quran dekat dan masuk ke hati.
Antara objektif Rumah Ngaji ini adalah:
- Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid.
- Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
- Rumah Ngaji menjadi “meeting point” antara murid dan guru.
- Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa.
Tidak kira peringkat umur, anak-anak kecil dari 6 tahun sehingga peringkat orang tua 70 tahun berpeluang untuk mempelajari Al Quran secara percuma di Rumah Ngaji ini.
Al Quran sebagai meeting point dan Masjid itu sebagai meeting place. Kitakan Islam, buat kerana Allah Taala – Datuk Hussamuddin Yaacub
Ada hasrat untuk Rumah Ngaji dapat menaja lebih ramai guru Al-Quran yang dapat mengajar Al-Quran secara tetap ini. Sejumlah dana dan kos diperlukan sebagai perbelanjaan tenaga pengajar ini. Rebutlah peluang yang ada ini untuk menyalurkan sedikit sumbangan daripada kita sebagai amal jariah kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” – Surah Al Baqarah, Ayat 254 –
Di sini ada peluang untuk anda semua menaja 300 para Imam, Ustaz dan asatizah untuk hadir latihan sehari, Train of Trainers (ToT) Sistem Genius 24 jam Pandai Al Quran di HUSM Kota Bharu, pada 28 Mac ini. Kita buka tajaan dana RM100/orang pengajar bagi biayaan kit pengajar dan makan.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Nama Akaun : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
Nombor Akaun Maybank Islamic: 564276516031
WhatsApp pembayaran ke 013-3593165
Kepada semua yang telah membaca entri sila sebarkan kepada semua sahabat sosial media semuga kita semua dapat membantu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Hidupkan untuk Memberi barulah kita merasai nikmati kehidupan ini.
55 Comments
bagi mereka yang tidak lancar atau kurang pasti dengan tahap pengajian al-quran, boleh datang ke sini untuk bedah siasat.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Keempat
satu usaha yang patut kita banggakan ..dan bagilah sokongan buat mereka,,
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Cara Blogger Buat Promosi Offline
Satu usaha yang murni dan perlu didokong untuk meninggikan kalimah Allah swt. Sama-sama kita sebarkan dan menyumbang untuk program rumah ngaji ini
ya..saya bersetuju dengan pendapat ini..semoga usaha mereka mendapat rahmat dan ganjaran Allah SWT
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Belajar Dari Pesaing Untuk Berjaya
wahh..bagusnya program ni.
jika ada di tempat saya, saya juga turut nak jpin dan nak anak-anak join sama.
bagus sgt…
Curahan rasa maria @ ..6 Amalan Petua Untuk Dapat Bayi Yang Comel Dari Dalam Kandungan. Anda Tentu Teruja!!
Alhamdullilah… murni sungguh hasratnya ni… semoga mendapat sambutan dari orang ramai tanpa mengira fahaman politik
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Alhamdulillah. Semoga semua usaha murni ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kita umat Islam.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Punca Kebakaran Exora 17 Februari Akhirnya Terjawab
semoga usaha murni ini diberkati Allah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Beli Ebook Peperiksaan Pegawai Psikologi
Ya benar tuh, Ruman Ngaji, dari nama pun dah melambangkan kemurnian dan keikhlasan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang BERBAKAT
Alhamdulillah,semoga usaha ini berterusan,dan dpermudahkan jln oleh Allah swt…smoga dpt melahirkan gnerasi celik al-Quran pd masa depan,InAllah…
bila kita ingin Jaya maka harus kembali kepada Al Qur’an dan sunnah, semoga akan besar gerakan ini untuk kejayaan Islam
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Jika Musibah Tak Kunjung Berlalu
Setuju, al-Quran dan sunah adalah tunjang utama kehidupan kita semua
Sewajarnya program rumah ngaji ini dibuat di bandar2 kerana di bandarlah kurangnya tempat didikan agama sebegini.
Curahan rasa BM @ ..Malaysia Best Blog 2015
Setuju tuh, sepatutnya kena wujudkan kat kota-kota dan bandar-bandar juga ni…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Selepas Bersalin
Sebenarnya dekat bandar lagi mudah nak excess pengajian dan kuliah hanya google aje dah tahu nak pergi mana.. Cuma ada setengah tempat yang tiada program macam ini memang wajar dibuat rumah ngaji..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.
Satu usaha yang baik untuk melahirkan generasi celik Al-Quran… Semoga ramai rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada usaha murni ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my
semoga rumah ngaji berjaya mncapai misi dan visi mereka. harap leboh ramai yg celik al quran
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Hati Perempuan di Tv3
satu usaha yang murni yang patut diluaskan lagi sayapnya..agar semua mendapat manfaat..semoga dipermudahkan segala urusan untuk program seperti ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Top 10 Best Blog 2015
Ye setuju, usaha yang perlu diperluaskan. Saya pun yakin yang ianya akan mendapat sokongan semua pihak
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
bagus ada aktiviti macam ni, sekurang-kurangnya ramai anak muda akan terlibat aktiviti yang berfaedah
Kan, yang bagusnya terisi dengan aktiviti yang sangat bermanfaat. Kalau ada buat program berkala khas untuk anak-anak sekolah pun ok di samping program harian yang dilaksanakan
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya
Anak muda selalunya kita kena hampiri mereka dengan cara yang hikmah baru dia datang. Kalau harap diorang datang sendiri belum tahulah..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!
Semoga segala usaha baik ini diberkati dan dipermudahkan oleh Nya
Wang yang kita beri itu adalah harta untuk kita di sana 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Cebisan Coretan Majlis Kesyukuran Untuk Adik
Aameen, semakin banyak berinfak untuk hal-hal yang bermanfaat, semakin berlipat ganda harta sebenar kita di sana 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Comments are closed.