LIVE Video Rosyam Nor jelaskan status milik ST Rosyam Mart Sdn Bhd

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelakon, pengarah dan usahawan Datuk Rosyam Nor berharap budaya tikam-menikam dan cubaan menjatuhkan perniagaan orang lain dihapuskan dalam diri setiap individu terutama dalam kalangan usahawan.

Jelasnya, tindakan itu disifatkan sebagai satu persaingan tidak sihat yang tidak sepatutnya wujud dalam keusahawanan dan perniagaan.

Budaya tikam-menikam dan jatuh-menjatuh ini saya rasa memang ada dan banyak. Mungkin melalui kata-kata atau pun dalam sekarang ini di media sosial dan saya rasa itu tak sihat.

“Ini berlaku dalam semua bangsa dalam dunia, di Malaysia juga. Itu dinamakan persaingan. Namun sama ada persaingan itu sihat atau tidak. Kalau yang menjadi tidak sihat itu ialah apabila kita cuba menjatuhkan perniagaan seseorang itu tidak sihat.

Namun kalau kita bersaing secara cantik, kita mungkin dapat rasa cemburu kejayaan seseorang, itu akan menyedarkan diri kita bagaimana untuk kita turut berjaya seperti orang itu. Kalau kita cuba menjatuhkan perniagaan orang, perniagaan kita juga akan jatuh,” Rosyam Nor

Lebih baik usahawan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka berbanding bersikap negatif terhadap individu lain.

Dalam pada itu katanya, kekangan utama kepada usahawan Bumiputera ialah pengalaman dalam menceburi dalam bidang perniagaan.

Saya bukan duta untuk ST Rosyam Mart, seperti diketahui saya ada syer 10% dan Sri Ternak ni sudah 70 tahun dalam bisnes. (Rosyam Nor)

Mungkin ada perasaan cemburu dan iri hati dengan branding Rosyam Nor atau ada tangan ghaib yang tidak mahukan jenama itu naik.

Pada masa sama, masalah modal menjadi isu kedua kerana ketika ini banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pembiayaan perniagaan kepada mereka.

Apa yang Melayu dapat dengan kejayaan Rosyam? Kalau masuk premis pasar raya lain pada kebiasaannya semua pekerja mesti sama ada Cina, Bangladesh atau India. Tetapi masuk ST Rosyam Mart, pekerjanya 90% sah Melayu.

Begitulah penjelasan daripada Dato Rosyam Nor pada sidang media untuk menjelaskan hal terkini sebentar tadi.


Spread the love

6 Comments

  1. Mungkin lepas ni beliau boleh beli lebih banyak syer jika berjaya dalam perniagaan. Bukan senang orang Melayu nak berniaga gunakan modal yang besar.

  2. Dah menjadi asam garam dalam kehidupan kita. Bila tengok orang berjaya sikit, mula lah tikam belakang dan cuba menjatuhkan. Ini lah penyakit masyarakat kita. Deme sepatutnya support dan cuba tiru disebalik rahsia kejayaan seseorang itu. Semoga kita dijauhkan dari penyakit tikam belakang.

  3. Dalam dunia perniagaan memang wujud acara tikam menikam sesama kita sebab saya sendiri pernah kena tikam dengan rakan niaga sendiri . Dihasut agar jangan beli produk saya. Segala bukti kukuh saya ada dan syukur alhamdulillah masih ramai orang percayakan saya. Aamin

    1. Alhamdulillah. Rezeki kita Allah dah tetapkan dah untuk masing-masing. Rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja. Datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting kita kena usaha, doa dan tawakkal .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!