Risiko Perkahwinan ‘Jarak Jauh’

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam jarak jauh di zaman ini bukan mudah. Isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza.

Perkahwinan begini atau dipanggil PJJ ada kalanya bukan pilihan. Akan tetapi terpaksa diterima kerana masing-masing punya komitmen dalam kerjaya dan meningkatkan ekonomi rumah tangga dalam keadaan kehidupan zaman kini yang serba tinggi kos hidupnya.

Malah, lebih banyak masalah yang timbul berbanding kebaikan yang diperoleh. Antara masalah yang sering timbul kerana perkahwinan jarak jauh ini ialah, masalah kewangan, cemburu, penat berulang alik, masalah emosi seperti hidup kesepian dan masalah psikologi.

Apabila terpaksa menerima perkahwinan jarak jauh sebegini, pasangan perlu banyak bersabar dan menghadapi segalanya dengan positif dan sentiasa bersangka baik.

1) Masalah kewangan

Apabila sudah tinggal berasingan, kewangan semakin bertambah. Seperti kata orang Melayu ada dua periuk. Bila ada dua rumah semuanya terpaksa berganda. Bayaran rumah, bil elektrik bil air dan kegunaan kenderaan. Terpaksa guna banyak wang untuk berjumpa keluarga, bayaran duit minyak, tol dan keperluan lain.

2) Masalah emosi dan psikologi

Masalah emosi pula membabitkan perasaan sunyi dan tidak berteman. Naluri manusia inginkan sentiasa dibelai dan disayangi. Jika mereka sudah berkahwin tetapi tidak mendapat belaian pasangan jiwa akan kosong dan mudah mengalami tekanan jiwa. Berkemungkinan kecurangan boleh berlaku akibat terlalu sunyi dan kurang belaian daripada pasangan.

3) Penat berulang alik, banyak masa terbuang

Masa banyak terbuang sebab terpaksa berulang alik jumpa ahli keluarga dan setiap kali balik mereka tentu menggunakan kewangan yang banyak. Keletihan ada kalanya membuatkan produktiviti menurun kerana akibat terpaksa berulang alik setiap minggu mereka menjadi penat dan emosi turut terganggu.

4) Cemburu, curiga & menyebabkan konflik

Perasaan cemburu dan curiga tidak dapat dielakkan jika suami atau isteri terpaksa berjauhan kerana tugas dan tidak dapat melayari kehidupan seperti pasangan biasa berkahwin, iaitu tinggal bersama. Pelbagai perkara yang difikirkan oleh suami atau isteri apabila berjauhan. Ini kerana perasaan sayang dan bimbang pasangan diambil orang lain membuatkan sering kali mereka berfikiran curiga terhadap pasangan yang berjauhan.

Wallahu’alam. Dah baca ? Klik share 🙂

Sumber : PesonaPengantin


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!