Rihanna dikecam teruk selepas menggunakan petikan Hadis di dalam lirik lagunya

Spread the love

PENYANYI terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.

Hal itu berpunca apabila penyanyi antarabangsa itu menggunakan petikan hadis bagi mengiringi pertunjukan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage x Fenty, 2 Oktober lalu.

Rihanna menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas menggunakan lagu Doom oleh Coucou Chloe yang merangkumi hadis untuk pertunjukan koleksi baju dalam.

Pertunjukan fesyen yang diadakan secara maya itu memaparkan aksi model memakai pakaian dalam menari dengan latar belakang muzik tersebut.

https://www.instagram.com/p/CF7s1akgqHZ/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambahan pula, seorang lagi pengguna media sosial itu, @nelirv mempersoalkan tindakan artis menggunakan Islam dalam karya seni mereka.

Rihanna minta maaf

Dalam pada itu, Rihanna tidak menunggu lama dan terus membuat permohonan maaf di laman Instagramnya.

Menurut penyanyi yang kini juga merupakan seorang usahawan kosmetik, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu tersebut.

“Saya nak berterima kasih kepada komuniti Islam yang telah membangkitkan isu ini.

“Kami faham kami telah melukakan hati ramai saudara-saudara Islam, penggunaan lagu itu di dalam pertunjukan tersebut sangat-sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Rihanna turut memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.

Pada masa sama, laporan media antarabangsa turut melaporkan bahawa, Coucou Chloe yang menghasilkan lagu tersebut turut meminta maaf, dengan mengatakan dia tidak menyedari bahawa lagu itu mengandungi ayat-ayat yang diambil dari hadis Islam.

Sumber: Awani


Spread the love

5 Comments

  1. Kadang-kadang terfikir juga, adakah ianya disengajakan semata strategi perniagaan? Lagi dikecam lagi ramai ingin tahu dan menjengah medsos beliau. Walau apa pun, cara umat menghadapinya perlu juga bertamadun dan hindari kegansn. Apabila beliau mohon maaf, itu adalah lebih baik.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!