Ribuan rakyat Palestin sambut Israk Mikraj di Masjid Al Aqsa, tak gentar rejim Zionis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bandar Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa merupakan satu entiti yang menjadi kemegahan umat Islam terutama penduduk di Palestin.

Walaupun sering bersiap sedia menghadapi serangan kezaliman zionis, namun mereka sempat meluangkan masa bagi memperingati peristiwa besar Israk dan Mikraj yang disambut pada hari ke-27 bulan Rejab.

Menerusi laman sosial Facebook MyAqsa, beberapa keping gambar sambutan berkenaan dikongsi dengan kelihatan ribuan umat Islam membanjiri di sekitar Masjidil Aqsa sejak awal pagi.

Di luar perkarangan masjid

Masjidil Aqsa merupakan tempat perantara antara perjalanan atas muka bumi menuju Sidratul Muntaha iaitu ke langit sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT pada peristiwa Israk Mikraj.

Rasulullah SAW terima perintah mendirikan solat dalam peristiwa tersebut

Kaum wanita memenuhi ruangan masjid

Kawasan luar masjid juga dipenuhi jemaah

Walau bagaimanapun dengan kekuatan dan kekejaman tentera Isreal tanpa mempunyai sifat kemanusiaan, Baitulmaqdis sehingga kini masih dikuasai dan berada di bawah rejim Zionis.
– OMM, My Aqsa –


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!