Ribuan peminat teruja serbu Karnival Upin Ipin 2018! Keris Siamang Tunggal di pawagam 21 Mac 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Upin Ipin. Kini sudah 13 tahun dan Karnival Upin Ipin 2018 kembali di MAEPS Serdang.

Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.

Ada cukup banyak aktiviti yang boleh dilakukan di karnival ini yang sememangnya terus menerus berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang.

Karnival Upin & Ipin dimulakan dengan ucapan aluan oleh Hj Burhanuddin dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Rashidi Hasbullah.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal juga telah diumumkan berada di pawagam pada 21 Mac 2019. Sudah tentu kali ini akan membuatkan ramai yang lebih teruja!

Banyak lagi gambar-gambar menarik yang akan dimasukkan kemudian. Sementara itu, saksikan video-video di bawah.

5 INFO TENTANG KARNIVAL UPIN & IPIN 2018
.
1. PEMBELIAN TIKET
Bagi yang membeli tiket secara online, sila bawa bukti slip pembelian dan kad pengenalan untuk proses mendapatkan tiket di kaunter “Online Ticket”. Bagi yang ingin membeli secara “walk-in” juga terdapat kaunter tiket disediakan dipintu masuk. Untuk harga tiket boleh rujuk http://karnivalupinipin.com
.
2. DATANG AWAL
Walaupun Karnival Upin & Ipin bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, namun kami galakkan untuk datang lebih awal bagi berpeluang menonton semua persembahan dan menyertai semua aktiviti yang disediakan di setiap booth
.
3. HADIAH ISTIMEWA
Terdapat banyak koleksi hadiah yang istimewa apabila kawan-kawan menyertai semua aktiviti yang diadakan di Karnival Upin & Ipin 2018. Kalau nak tahu apakah hadiah dan aktiviti yang harus dilakukan nanti, kawan-kawan haruslah dapatkan info di Kaunter Informasi di pintu masuk Karnival Upin & Ipin
.
4. PERSEMBAHAN PENTAS
Pentas Karnival Upin & Ipin akan bermula seawal jam 10pagi dengan senam pagi bersama Upin, Ipin dan kawan. Kemudiannya akan diteruskan dengan persembahan Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Ultraman Ribut, Upin & Ipin The Musical dan persembahan istimewa pada sebelah malamnya dengan persembahan Upin & Ipin Neon. Tiada jadual aktiviti pentas yang akan diumumkan kerana persembahan LUAR BIASA ini akan terus dipersembahkan tanpa henti sehingga 10malam.
.
5. UPIN & IPIN FUN RUN 2018
Pada 23 Dis pula, terdapat aktiviti Upin & Ipin Fun Run yang akan bermula pada jam 7pagi. Semua peserta yang sudah mendaftar boleh dapatkan “racekit” bermula dari 21 & 22 Dis di HALL A, MAEPS Serdang. Tiada lagi pendaftaran dibuka untuk Upin & Ipin Fun Run ini namun kami masih ada 100 slot kosong kepada sesiapa yang minat untuk mendaftar secara “walk in” di kaunter pengambilan “racekit”.

Teaser terbaru Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Pengunjung yang datang boleh juga membeli ‘merchandise’ Upin & Ipin dan juga ada tshirt Keris Siamang Tunggal limited edition serta beberapa lagi item yang menarik.

Perlu juga bawa wang tunai dan jika ada keperluan, ada satu mesin ATM terletak di Blok D tertakluk kepada keadaan. Parkir dengan menggunakan kad touch n go sebanyak RM5 untuk sekali masuk di Maeps dan ia adalah di bawah seliaan Maeps Serdang sendiri.

Selamat datang ke Karnival Upin & Ipin 2018!


Spread the love

81 Comments

    1. Cuti sekolah juga, pasti penuh dan sesak dewan tu. Anak anak pasti teruja nak jumpa upin ipin dan ultraman ribut

    1. Uiks dah 12 tahun ek. Kalu sekolah, dah masuk darjah 6..dah besar sgt Upin IPin..btol tu, jangan la diorg membesar haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!