Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Upin Ipin. Kini sudah 13 tahun dan Karnival Upin Ipin 2018 kembali di MAEPS Serdang.
Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.
Ada cukup banyak aktiviti yang boleh dilakukan di karnival ini yang sememangnya terus menerus berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang.
Karnival Upin & Ipin dimulakan dengan ucapan aluan oleh Hj Burhanuddin dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Rashidi Hasbullah.
Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal juga telah diumumkan berada di pawagam pada 21 Mac 2019. Sudah tentu kali ini akan membuatkan ramai yang lebih teruja!
Banyak lagi gambar-gambar menarik yang akan dimasukkan kemudian. Sementara itu, saksikan video-video di bawah.
5 INFO TENTANG KARNIVAL UPIN & IPIN 2018
.
1. PEMBELIAN TIKET
Bagi yang membeli tiket secara online, sila bawa bukti slip pembelian dan kad pengenalan untuk proses mendapatkan tiket di kaunter “Online Ticket”. Bagi yang ingin membeli secara “walk-in” juga terdapat kaunter tiket disediakan dipintu masuk. Untuk harga tiket boleh rujuk http://karnivalupinipin.com
.
2. DATANG AWAL
Walaupun Karnival Upin & Ipin bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, namun kami galakkan untuk datang lebih awal bagi berpeluang menonton semua persembahan dan menyertai semua aktiviti yang disediakan di setiap booth
.
3. HADIAH ISTIMEWA
Terdapat banyak koleksi hadiah yang istimewa apabila kawan-kawan menyertai semua aktiviti yang diadakan di Karnival Upin & Ipin 2018. Kalau nak tahu apakah hadiah dan aktiviti yang harus dilakukan nanti, kawan-kawan haruslah dapatkan info di Kaunter Informasi di pintu masuk Karnival Upin & Ipin
.
4. PERSEMBAHAN PENTAS
Pentas Karnival Upin & Ipin akan bermula seawal jam 10pagi dengan senam pagi bersama Upin, Ipin dan kawan. Kemudiannya akan diteruskan dengan persembahan Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Ultraman Ribut, Upin & Ipin The Musical dan persembahan istimewa pada sebelah malamnya dengan persembahan Upin & Ipin Neon. Tiada jadual aktiviti pentas yang akan diumumkan kerana persembahan LUAR BIASA ini akan terus dipersembahkan tanpa henti sehingga 10malam.
.
5. UPIN & IPIN FUN RUN 2018
Pada 23 Dis pula, terdapat aktiviti Upin & Ipin Fun Run yang akan bermula pada jam 7pagi. Semua peserta yang sudah mendaftar boleh dapatkan “racekit” bermula dari 21 & 22 Dis di HALL A, MAEPS Serdang. Tiada lagi pendaftaran dibuka untuk Upin & Ipin Fun Run ini namun kami masih ada 100 slot kosong kepada sesiapa yang minat untuk mendaftar secara “walk in” di kaunter pengambilan “racekit”.
Teaser terbaru Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal
Pengunjung yang datang boleh juga membeli ‘merchandise’ Upin & Ipin dan juga ada tshirt Keris Siamang Tunggal limited edition serta beberapa lagi item yang menarik.
Perlu juga bawa wang tunai dan jika ada keperluan, ada satu mesin ATM terletak di Blok D tertakluk kepada keadaan. Parkir dengan menggunakan kad touch n go sebanyak RM5 untuk sekali masuk di Maeps dan ia adalah di bawah seliaan Maeps Serdang sendiri.
Selamat datang ke Karnival Upin & Ipin 2018!
81 Comments
Kalau datang awal sebelum 10 pagi, anak-anak berpeluang menonton semua persembahan dan menyertai semua aktiviti yang disediakan di setiap booth
Ingat nak join Upin & Ipin Fun Run,tapi memikirkan nak membawa bayi jadi tak boleh lah nak sertai larian tu
Macam cerita pengembaraan upin ipin dulu ramai sungguh kanak kanak menontonnya termasuk ibubapa. Hehe
Mesti jamar pun layan upin ipin ni. Kalau jln cerita yg menarik apa salahnya kan..
Jamar mesti layan sebab anak teruna dia yang dua orang tu confirm minat upin ipin juga
Parkir kat karnival upin dan ipin ni boleh menggunakan kad touch n go sebanyak RM5 untuk sekali masuk sahaja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Agak mahal juga tu. Tapi untuk anak anak dan karnival ni pula sekali setahun. Apa salahnya
Bagus ada kemudahan sebegini. takdelah sesak nak mesin bayar parking tu hehe .
Sudah tentu karnival upin dan ipin kali ini akan membuatkan kanak-kanak lebih teruja!
Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Ultraman Ribut, Upin & Ipin The Musical pun ada juga buat persembahan
kalau ada masa, parents mmg boleh bawa anak anak datang sini.. mereka minat. dalam masa sama hilangkan tension belajar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
buat time cuti sekolah ni memang idea yang bijak.. aktiviti macam ni sangat diperlukan anak anak untuk berhibur
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Bestnya… Ramai yang pergi ke karnival Upin dan Ipin… Pasti kanak-kanak suka.. Ibu bapa pun gembira…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Inilah masanya ibubapa merapatkan diri dengan anak-anak dalam suasana yang santai dan ceria dan penuh aktiviti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Yg ni pun betul. Time cuti seklah kalau habis kan masa di tempat mcm ni mmg akan mengerat kan hubungan
Cuti sekolah ni mesti ramai dah tunggu awal dewan tu buka. Tidur malam termimpi upin dan ipin saja
mesti beriya suruh parents bawak pergi karnival sbab nak tengok upin ipin di depan mata
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Kompom lah anak anak tak senang duduk kalau tak pergi karnival upin dan ipin ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Rasanya bukan anak-anak je yang beriya, mak pak pun teruja gak. Janji anak anak happy kan
Upin dan Ipin macam sesame street. Tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Anak-anak yang minat sekarang ni akan membesar, anak-anak yang baru akan menyambung minat yang sama.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Aah betul. Dulu kartun sesame street lah tontonan saya. Sekarang ni upin ipin pula jadi tontonan anak-anak
Kartun yg berjaya adalah kaetun yg mmpunyai ramai peminat dan ada trademark yg tersendiri
Cuti sekolah juga, pasti penuh dan sesak dewan tu. Anak anak pasti teruja nak jumpa upin ipin dan ultraman ribut
Dah 12 tahun upin ipin ni memeriahkan hidup anak anak. Semoga jangan lah membesar ye si kembar ni. Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Uiks dah 12 tahun ek. Kalu sekolah, dah masuk darjah 6..dah besar sgt Upin IPin..btol tu, jangan la diorg membesar haha
Anak anak dah ajak pergi karnival upin ipin ni. Tunggu ayah dia ON saja baru boleh ke sana.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
bawa sahajalah …
bukan selalu ada karnival Upin dan Ipin ini…
budak-budak gerenti happy punya
Memikir juga sebab ada baby kecik. Malas nak bersesak sebab dah tahu kan karnival ni ramai orang pastinya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Walau karnival ni untuk kanak-kanak, elok elakkan anak yang masih bayi. Penyakit HFMD masih menular. Ibu baya kena berhati-hati. Karnival macam ni ramai orang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Aah betul. Dulu kartun sesame street lah tontonan saya. Sekarang ni upin ipin pula jadi tontonan anak-anak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Setiap tahun diadakan ke, atau 2 tahun seklai. Saya pernah pergi 3 tahun lepas sahaja
Comments are closed.