Revolusi Malaysia

Spread the love

BERMULA DENGAN REVOLUSI TUNISIA

REVOLUSI MESIR

(Mungkin pelajar di Mesir boleh kongsikan pengalaman sebelum dan selepas)

REVOLUSI YAMAN

REVOLUSI SYRIA

REVOLUSI LIBYA

DULU REFORMASI KINI REVOLUSI MALAYSIA??

Adakah Revolusi Malaysia untuk menambah baik Malaysia atau menjadikan AnWAR Perdana Menteri?

PENDAPAT RAKAN BLOGGER ADAKAH MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI??

Makna REVOLUSI :  Perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang terjadi dapat direncanakan atau tanpa direncanakan terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan.

Aku suka komen ini :

Zulfikar Hazri Says: Kalau tak puashati pangkah masa pilihanraya. Demokrasi bukan cara demonstrasi. Kerajaan yang bangun dengan keganasan akan tumbang dengan keganasan dan tunjuk perasaan itu tidak mewakili suara majoriti. 


Spread the love

56 Comments

  1. revolusi yang baik (positif)bagus tapi apa yang cuba ditunjukkan dalam Malaysia sekarang sebaliknya. memang pembangkang cuba nak buat perubahan tapi objektif revolusi masih berat sebelah. seolah macam ada kepentingan sendiri dan bukan untuk rakyat Malaysia. Mungkin politik BN memang pincang sana sini, tapi tetap ada manfaat yang saya dapat dari kerajaan . Saya boleh belajar di Universiti kerajaan, boleh guna PTPTN utk tujuan itu, KWSP untuk tujuan masa depan.
    Curahan rasa Lizz @ ..Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM-Matrikulasi dan Setaraf Secara Online dan SMSMy Profile

    1. hehe menantikan komen sebegini…aku setuju ada benda yg elok pada kerajaan sekarang & ada juga yang lemahnya…cuma nak memperbetulkan yang lemah itu tak perlulah sampai mencetuskan huru-hara yang akhirnya menyusahkan banyak pihak
      Curahan rasa izwannizam @ ..Aliran Tunai AndaMy Profile

  2. Demostrasi ni mmg aku tak sokong. Banyak negatif dr positif. Menyusahkan org lain. nyusahkan pekedai. nyusahkan pelancong…nyusahkan memacam lagi la..
    Kalau aku sbg ketua polis, dh tentu aku jg akan berbuat perkara yg sama..utk isu tempohhari, aku dengar2 polis terpaksa memanggil anggota dr negeri2 lain semata2 nak memastikan perkara ini tidak berlaku. Road block merata tempat. org nak gi keje balik keje pun jd susah.
    Yang paling aku bengang bila puak2 tu tak leh pikir …Ambiga tu dh le bukan islam…gi polo dia wat pe. Klau org Islam yg jd leader tu okeh lak jugak. Ni asal nentang gov je, puak2 tu ikut jugak. Heran tul la aku. Dh tu sibuk dok bwk org2 tua, org2 sakit…bebudak gi wat demo…tak ke #$%# namanya.

    Aku bukannya penentang pembangkang ataupun pro kerajaan. Aku antara org2 yg duk kat tengah2..Bila PRU aku tgk sapa yg bakal jd pemimpin…Seandainya ada pemimpin islam vs lain pemimpin agama dh tentu aku bg kt org Islam..kalau 2-2 Islam aku timbang2 le mana yg lebih Islam. Tp nak suh ikut non Islam…sorry laaa..tak kira la BN atau PKR…kalau DAP lagi jauh sekali laa..

    Atas nama ISlam aku harap2 le puak2 ni dpt bersatu kembali. Golongan bijak pandai yg duk kat atas tu…tolonglaaa…takkan mende2 cam ni tak leh settle..belajar tinggi2 tp pemikiran semua hanya kpd kuasa jerr…^%&$# betoiii!!!!
    Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday ~ Kebab TurkiMy Profile

  3. tak pernah turun mengundi, kali ni nak mengundi sebab nak pastikan pemerintah malaysia orang yang layak selayaknya,taknak malaysia jatuh pada tangan orang yang hanya berkata lebih, nak pangkah BN!…opssss sensitif nie, takleh teruskan komen nie 😀
    Curahan rasa yanmie @ ..Aku Seorang BloggerMy Profile

  4. Mungkin pandangan saya ni menyentuh sikit. Bukan tujuan tak puas hati tapi mata ini yang memandang dan otak yang memikirkan.

    Masa kecil kita bersekolah di sekolah dibawah pemerintahan kerajaan. Serba lengkap kesemuanya. dari kerusi, meja, buku, susu, dan sebagainya. Bila periksa, dapat cemerlang dengan 5A. Masuk ke sekolah berasrama penuh. Pun kerajaan bantu dari segi penempatan dan pemberian biasiswa. Tak perlu bayar balik. Result PMR pun sama cemerlang dengan keputusan A bersusun-susun dalam slip. Sambung pulak ke MRSM atau sekolah asrama penuh, sekolah sains atau SEKOLAH AGAMA. Cemerlang lagi dengan agregat dibawah 12 atau dapat semua A. Kerajaan bagi bantuan untuk sambung belajar di luar negara. Beri biasiswa sebab cemerlang masa SPM. Tak perlu bayar lagi. Mana yang takde rezeki sambung belajar ke luar negara, universiti tempatan jadi pilihan. Nak belajar dekat U, ibu bapa ada yang tak mampu. Kerajaan tawar pinjaman MARA dan PTPTN. tapi kena bayar sebab atas nama pinjam. Habis belajar U, cari kerja di sekot swasta atau kerajaan.

    Bila dah kerja, bebas dari kawalan ibu bapa, dah merasa pegang duit sendiri, ada kereta sendiri, rumah sendiri, mula lupa daratan. Timbul rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengikuti isu politik yang melanda sekarang. Telinga di sumbat dengan segala perkara yang buruk tentang pemerintah kononnya pemerintah sekarang ni amal prinsip kuku besi, amal rasuah dan sebagainya. Timbul pula perasaan tak puas hati dan memberontak dengan ikut perarakan. Jerit “Reformasi” atau “Takbir”. Tapi tak tau apa maksud yang dijerit dan dipekikkan itu.

    Sedih sebenarnya bila melihat keadaan seperti ini sekarang nih. Sebab manusia lupa diri dengan nikmat dan pemberian yang Allah Taala berikan kepada rakyat Malaysia di bumi yang aman ini. Betul, memang semua yang kita dapat itu adalah hak rakyat, tapi kita tak nampak bahawa hak yang kita terima itu sebenarnya datang dari Allah Taala yang maha berkuasa di muka bumi ini melalui kerajaan yang memerintah. Kalau rakyat tidak merasakan aman dengan kerajaan sedia ada, tidak perlu berarak di jalanraya, turun ramai-ramai buang undi dan pangkahlah pada pemimpin yang benar-benar boleh membina nasib rakyat tak kira kerajaan atau pembangkang. Pemimpin yang tulus, jujur dan ikhlas dengan rakyat yang patut kita pilih dan bukan pemimpin yang korup.

    Paling sedih, pelajar-pelajar di universiti yang tidak tau apa-apa disumbat dengan api kemaraan supaya membenci kerajaan. Pada saya, waktu belajar bukan masa untuk terlibat dengan politik. Habiskan dulu belajar, baru ceburi bidang politik sebab pelajaran dan ijazah itu penting.

    Pada saya, kalau dari kecil kita hidup dengan bukan dari bantuan kerajaan yang memerintah, belanja sekolah dan yuran dengan duit hasil sendiri dan bukan dari bantuan kerajaan, dari sekolah rendah sampai la keluar U, orang ini layak untuk mencanang rasa tak puas hati. Tapi kalau duit pinjaman MARA atau PTPTN pun tak habis bayar tapi menjerit REFORMASI, fikir-fikirkanlah semula.

    Ini sekadar pandangan. Saya tidak gemar dengan politik ini sebab suasana politik itu yang kotor. Seorang pemimpin atau alim ulamak tidak mencari kesalahan orang lain untuk memajukan masyarakat atau negara sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang tidak membebankan pengikut-pengikutnya dan sentiasa merasakan diri itu kerdil disisi Allah.

    Renung-renungkan dan selamat beramal……..

    1. Bro MALAYSIA negara DEMOKRASI setiap orang ada hak bersuara dan memberi pendapat jangan takut memberi pendapat hanya kerana takut dikutuk oleh penyokong REFORMASI yang memperjuangkan demokrasi katanya tetapi sesiapa sahaja yg tak sehaluan dengan mereka akan dimaki hamun … itukah DEMOKRASI. lihat sahaja FB penyokong pembangkang sedih sungguh orang Islam Melayu tetapi perkataan mereka tiada gambaran mereka Islam Melayu. Allah SWT sedang melihat kita semua.
      Curahan rasa denaihati @ ..Syaaban dan kelebihannyaMy Profile

      1. Jarang mmeberi komen di blog ini dan sekadar mengikut sahaja. Tetapi bila dah sekali komen, inilah jadinya. Panjang berjela. hehehehe… Harap DH tak marah yer….

    2. hujah-hujah yang bernas dari tuan.walaupun orang yang membangkang kata tu sume duit rakyat dan bukan duit kerajaan yang memerintah. tapi dah ternyata dibawah kepimpinan kerajaan sekarang, faedah tu sampai kepada rakyat. kalau nak diharap kerajaan baru, belum dapat dipastikan lagi, entah-entah lebih teruk. kalau nak dikatakan rasuah atau kroni, sesiapa yang memerintah perkara ini tetap akan berlaku, mungkin lebih teruk lagi

      sekadar pandangan
      Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..The magic of thinking bigMy Profile

  5. sebenarnya rasuah or penyalahgunaan kuasa tidak berlaku dalam diri seorang muslim yang benar2 mengamalkan ajaran islam, parti politik bukanlah menjadi kayu pengukur untuk menilai peribadi seseorang…

    kita sebenarnya masih lagi tercari2 pemimpin yang benar2 mengamalkan sistem pemerintahan islam yang sebenar.

    Hal ini tidak boleh di bina setahun dua, tetapi perlu di bina dengan perancangan yang lebih teliti. JIka kita ingin mencipta banggunan yg tinggi, maka asas tapak yang kukuh juga perlu di titik beratkan. Jika tidak, hancur lah 1 banggunan itu…
    Curahan rasa sjiehan @ ..Hana Tajima.My Profile

  6. pasti ada jalan penyelesaian yang lebih elok. tak perlu keganasan. ianya takkan kekal lama aman..

    1. Bang Munir Malaysia aman-aman sahaja masih bisa keluar dengan bebas, bisa minum kopi di warung ditengah malam, bisa bergadang tanpa gangguan. Bicara Pak AnWAR di kebanyakan TV Indonesia bisa didengar tetapi jangan dipercayai 100%. Aku tahu Pak AnWAR mendapat liputan besar di Media Indonesia dan Idola rame di sana.
      Curahan rasa denaihati @ ..Tribe Denaihati Network di TriberrMy Profile

  7. Malaysia tak perlukan revolusi seperti di Mesir.
    Tapi Malaysia perlukan EVOLUSI.
    Pendidikan adalah aset utama kepada rakyat khususnya anak2.
    Mungkin generasi pertama tua bangka sekarang masih berdegil untuk terus dengan sistem berasuah Malaysia yang begitu berleluasa.
    Tapi nanti mungkin apabila tiba generasi ke-3, anak2 yg sudah besar nnt sudah pandai menilai kerana rakyat pada waktu itu lebih terpelajar dan lebih pandai mencari sumber yang sahih untuk dipercayai. Waktu tu undi pengundi hantu pon takkan dapat mmebantu menaikkan undi kerajaan yang sikit berbanding undi rakyat yang inginkan perubahan.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hiasan Dalaman Rumah Agam Ini Sangat ‘Amerika’My Profile

    1. Aku setuju EVOLUSI cuma kita ambik kes study di Indonesia. Rakyat Indonesia dijanjikan berbagai keindahan semasa berlaku REFORMASI besar-besaran dan akhirnya kuasa Rakyat dapat menjatuhkan Pak Suharto. Masalahnya sekarang pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat telah melakukan KORUPSI/RASUAH yang lebih parah dari zaman Pak Suharto sehingga ramai rakyat yang kesal dengan REFORMASI tersebut.

      REFORMASI/REVOLUSI ini perlukan pengorbanan RAKYAT kerana tiada perubahan yang berlaku dalam masa yang singkat.

      Tapi syukur dengan apa yang berlaku sekarang kerana PEMIMPIN tak kira BN atau PAKATAN sudah tidak merasakan mereka RAJA seperti dulu-dulu. EVOLUSI sedang berlaku dan insyallah pemimpin muda akan berubah. Cuma boleh ke terhapus RASUAH ni yg dah berakar umbi di dunia sejak beribu tahun terutama zaman sekarang zaman materialistik.
      Curahan rasa denaihati @ ..Susunan tulisan blog tidak kemasMy Profile

  8. seeloknya revolusi dilakukan secara berhemah.bina minda rakyat secara bijaksana agar mampu melihat yg mana betul dan salah.kemudian diterjemahkan dalam bentuk undi kerana itu hak kita.demonstrasi bukan pilihan terbaik.
    Curahan rasa izwannizam @ ..Aliran Tunai AndaMy Profile

    1. Kewarasan sudah terkikis lebih kepada amarah dengan mencerca pihak yang lain tanpa ada baiknya lansung. Budaya buruk yg ditunjukan oleh pemimpin politik tua ini pasti akan menjadi tiruan anak muda dan kesan buruk akan hanya dilihat dalam jangka masa panjang. Lihat sahaja kes keberanian Penuntut IPT mencerca lagu NEGARAKU. Ini antara produk budaya cerca mencerca oleh pemimpin tua jadi yg muda sudah tidak takut.
      Curahan rasa denaihati @ ..Syaaban dan kelebihannyaMy Profile

      1. maki hamun jadi budaya..dalam facebook,ada yg menggelar sesama islam sebagai anjing kerana tidak sehaluan..pasti Rasulullah menangis melihat keadaan sekarang

        1. Rasullullah amat sayangkan umatnya.apa yang menyedihkan pada arakan bersih 2.0 tempoh hari ada pihak tertentu sengaja tanpa usul periksa menendang dan memijak sesama umat.seharusnya hal ini tidak terjadi begitu,tetapi apabila syaitan t elah beraja di hati dan fikiran,gelap segala pandangan.memikul tanggungjawab seperti keselamatan janganlah cepat melatah.

  9. yg terbaik gunakan saluran yg betul – tiap sorang dr kita ada undi penentu…gunakan dgn bijak..

    1. Bro aku ni orang bisnis khasnya di Selangor dah melalui zaman BN dan sekarang zaman Pakatan. Kalau aku cakap nanti pasti penyokong tegar mana-mana parti marah tapi keadaan sekarang untuk usahawan memang sangat tertekan. Kronisme, Rasuah, Pilih Kasih semua yang diperjuangkan oleh PAKATAN sedang berlaku dalam pentadbiran sekarang sebagaimana berlakunya dizaman BN mungkin lebih teruk kot. Tapi apa pun keadaannya pilihan mesti dibuat ketika PRU13 dan undi adalah rahsia.
      Curahan rasa denaihati @ ..Semakan kemasukan PLKN SMS dan OnlineMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!