Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika Kembara Musafir Beijing aku dapat sms jemputan pembukaan Restoran Nasi Kukus daripada sahabat baik Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd. Pernah sekali blog Denaihati iklankan peluang pekerjaan di syarikat beliau akhir tahun lepas. Segi Seri Sdn Bhd sebuah syarikat pengendali makanan yang agak besar dengan kekuatan tenaga kerja lebih 600 orang.
Restoran Nasi Kukus yang terletak di no 16, Jalan Opera L 2U/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam merupakan restoran kedua selepas Restoran Steamboat di Seksyen 23, Shah Alam yang merupakan restoran steamboat terbesar di Shah Alam. Alhamdulillah aku dan famili serta Tuan Hj Zainal dijemput makan tengahari untuk menikmati juadah enak di restoran baru.
Restoran memang besar ada dua ruang makan dengan setting yang berbeza. Lokasi sangat menarik dan mudah dijejaki ditepi jalan besar TTDI Jaya depan kompleks sms PDRM dengan ruang pakir yang banyak. Jadi jangan risaulah kalau nak datang bawa keluarga atau kawan-kawan makan di Restoran Nasi Kukus.
Kepada peminat masakan Pantai Timur masakan gulai daging lembu dan kambing memanglah enak sangat. Nasi kukus bersama ayam goreng juga sedap jadi kepada rakan pembaca di Shah Alam dan sekitar jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Nasi Kukus terbaru. Biasalah awal-awal ni mesti ada yang tak sempurna jadi kalau ada cadangan untuk memperbaiki prestasi sila kemukakan jangan disimpan dalam hati.
Kepada yang mencari peluang kerja boleh juga contact Tuan Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd atau datang terus ke Wisma Segi Seri di seksyen 23, Shah Alam. Nak berjaya mesti cari pengalaman bekerja dengan mereka yang sudah berjaya.
269 Comments
wah!! nampak menarik je kedai ni..
apa lagi boni.. terjah laaa skali
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
sedapnyeee.. dah lama tak makan nasi kukus..
sama laaa anarm.. saya pun makan nasik lemak, roti cnai aje.. nak try laa nasik kukus nih
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
sesekali kalau terlepas ke sna boleh la singgah nanti
boleh singgah dan singgah lagi dengan rakan atau keluarga
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Nanti kalau berkesempatan datang ke Selangor boleh singgah di Restoran Nasi Kukus baru ni..
anuar duduk area mana?
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Pernah dengar tentang nasi kukus dari perbualan orang tua dulu,nampak sedap
nasi kukus dengan lauknya yang sedapp.. nyum nyummm
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
nanti boleh pergi mencuba…..
papepun tahniah buat Nasi Kukur Power..
cuba cuba jangan tak cuba.. =)
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
bahaya untuk diet aku ni. hoho..
skali skala takpe bro.. =)
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Nampak macam sedap. Kali terakhir makan nasi lemak kukus ayam puyuh di Pasir Mas. 🙂
lama dah ke masa tu bro?
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
macam pernah dengar nama restoran ni , tp tk pernah singgah ..
saya pun rsa terpanggil nak singgah..
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
wah sdp nya nasi kukus …
huhuhu di shah alm ya.. blh cri gni .. hehehe
errr..ad keje kosong ke ek kt segi tuh?hihihihi
nak try vacancy ke are_rull.. cuba lah
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
dekat sgt dengan lokasi pejabat saya.. boleh lah nnt ajak kawan2 ofis lunch di sini… 🙂
Queen nak ajak saya sekali tak? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Macam menyelerakan je menu dan cara ianya dihidangkan
atas daun pisang dan kertas minyak tu.. mudah dan ringkas
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Menarik jugak FOOD PRESENTATION dia… portion ayam yang besar…. membuka selera eden nie…..
nak ayam separuh boleh? hehehe
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
mantap…
klo di Indonesia “mak nyusss” 🙂 🙂 🙂
salam dari Toko Obat Kuat
oohhooo.. mak nyusssss
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
anyways, congrats to Nasi kukus power… satu lagi
kejayaan orang Melayu… syabas…
Tahniah jugak kepada semua usahawan Melayu yg bekerja keras utk memajukan bisnes.
Kalau tak power, bukan nasi kukus namanya.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..KL Bird Park | Lokasi Santai Cuti bersama Keluarga
Comments are closed.