Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku memang jarang-jarang nak kongsi cerita peribadi dalam blog terutama kisah keluarga tapi kali nak ceritalah sikit harap Rakan Denaihati tak bosan. Kali ini nak cerita tentang rumah yang kami diam sejak akhir tahun 2006. Idea nak cerita rumah ini tercetus apabila selalu terbaca kisah jual beli rumah di blog Abangensem.com (bukan sekadar nama bro ni memang betul-betul ensem lah).

Rumah kami bukanlah besar sangat dan bukanlah kat prime area di Bukit Antrabangsa sebelah rumah Dato’ Siti Nurhaliza atau Bangsar Heights hanya sekadar di Balakong yang selalu jadi senda gurau kawan-kawan bila sebut nama lokasi jadi selalulah guna nama Seri Kembangan walaupun alamat sebenar Balakong. Biasalah bila dah duduk rumah beberapa tahun mulalah nak mengubahsuai sana sini.

Kami suami isteri pengambil keputusan untuk renovasi rumah dua tingkat kami pada September 2010. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan untuk renovasi rumah antaranya :

1. Anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan tambahan bilik terutama untuk anak perempuan. Empat buah bilik sedia ada memang tidak cukup untuk menampung jumlah keluarga seramai tujuh orang dan tetamu yang sering menziarahi kami.

2. Alhamdulillah rezeki bertambah bisnis semakin maju jadi kami mempunyai peruntukan lebih untuk renovasi rumah mengikut konsep terkini. Dulu masa mula-mula masuk rumah bisnis tengah teruk dapat ambil kunci rumah pun dah syukur sangat. Kalau nak cerita kisah nak masuk rumah sendiri akhir tahun 2006 boleh menits airmata tapi simpan sahaja dalam lipatan sejarah kami.

Renovasi rumah pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pertama kali pengalaman renovasi rumah sendiri bukanlah urusan mudah. Alhamdulillah dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties semuanya berjalan lancar walaupun lari daripada jadual asal. Proses yang paling sukar dan kritikal adalah diperingkat akhir untuk melengkapkan rumah yang direnovasi dengan tile untuk lantai dalam rumah, lantai luar rumah, lantai bilik, dapur dan bilik air, jenis siling, warna cat, jenis pintu dan tingkap, kabinet dapur, peralatan bilik air dan perabot rumah.

Tidak kurang susah juga nak mereka cipta konsep taman yang sesuai dengan keluasan dan design rumah. Biasalah kalau ada perbezaan pendapat antara suami isteri jadi aku ambil keputusan menggunakan 100% idea isteri supaya melancarkan proses renovasi.

Renovasi rumah memang pengalaman yang sukar dilupakan . Seronok juga baca tips renovasi rumah Kak Jie macam kebetulan je pulak. Bagaimana pulak pengalaman Rakan Denaihati yang pernah renovasi rumah?


Spread the love

187 Comments

  1. pengalaman renovate rumah saya pulak.. lari dari bajet yg sebenar… lepas siap,ada yg perlu ditambah… lepas satu,satu yg ditambah.. masa anggaran siap pun jadi makin lama.. 🙂 alhamdulillah,sekarang dah duduk pun rumah sendiri…. cuma nak mendekorasi dalam rumah saja sedikit terbantut sebab ada anak kecik, kena tunggu anak besar sikit kot baru boleh nak deko2 ni… 🙂
    Curahan rasa zie fauzi @ ..Video Rakaman Debat PTPTN 2012 | Khairy vs RafiziMy Profile

      1. betul..betul..betul… ini pun x lengkap lagi renovate… awning utk parking kereta terpaksa lupakan sementara.. siapkan yg bahagian dalam rumah dulu, yg luar rumah, nanti2 la sambung buat bila bjet dah cukup balik… 🙂
        Curahan rasa zie fauzi @ ..Murah RezekiMy Profile

      1. a’ah..biar anak dulu deko2 rumah :).. ibu nya tahan dulu nak beli segala pasu n hiasan lain nk hias… sekarang ni hias ala kadar jer…
        Curahan rasa zie fauzi @ ..Murah RezekiMy Profile

  2. hohoho.. honestly memang memenatkan dan ada juga perasaan
    angin satu badan bila apa yg kita suruh lain pula dia buatnya.. tapi itu sudah berlalu.. Cuma berhabuk sikitlah dalam rumah gara2 habuk simen dan batu..
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Kelebihan bulan RejabMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!