Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku memang jarang-jarang nak kongsi cerita peribadi dalam blog terutama kisah keluarga tapi kali nak ceritalah sikit harap Rakan Denaihati tak bosan. Kali ini nak cerita tentang rumah yang kami diam sejak akhir tahun 2006. Idea nak cerita rumah ini tercetus apabila selalu terbaca kisah jual beli rumah di blog Abangensem.com (bukan sekadar nama bro ni memang betul-betul ensem lah).

Rumah kami bukanlah besar sangat dan bukanlah kat prime area di Bukit Antrabangsa sebelah rumah Dato’ Siti Nurhaliza atau Bangsar Heights hanya sekadar di Balakong yang selalu jadi senda gurau kawan-kawan bila sebut nama lokasi jadi selalulah guna nama Seri Kembangan walaupun alamat sebenar Balakong. Biasalah bila dah duduk rumah beberapa tahun mulalah nak mengubahsuai sana sini.

Kami suami isteri pengambil keputusan untuk renovasi rumah dua tingkat kami pada September 2010. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan untuk renovasi rumah antaranya :

1. Anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan tambahan bilik terutama untuk anak perempuan. Empat buah bilik sedia ada memang tidak cukup untuk menampung jumlah keluarga seramai tujuh orang dan tetamu yang sering menziarahi kami.

2. Alhamdulillah rezeki bertambah bisnis semakin maju jadi kami mempunyai peruntukan lebih untuk renovasi rumah mengikut konsep terkini. Dulu masa mula-mula masuk rumah bisnis tengah teruk dapat ambil kunci rumah pun dah syukur sangat. Kalau nak cerita kisah nak masuk rumah sendiri akhir tahun 2006 boleh menits airmata tapi simpan sahaja dalam lipatan sejarah kami.

Renovasi rumah pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pertama kali pengalaman renovasi rumah sendiri bukanlah urusan mudah. Alhamdulillah dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties semuanya berjalan lancar walaupun lari daripada jadual asal. Proses yang paling sukar dan kritikal adalah diperingkat akhir untuk melengkapkan rumah yang direnovasi dengan tile untuk lantai dalam rumah, lantai luar rumah, lantai bilik, dapur dan bilik air, jenis siling, warna cat, jenis pintu dan tingkap, kabinet dapur, peralatan bilik air dan perabot rumah.

Tidak kurang susah juga nak mereka cipta konsep taman yang sesuai dengan keluasan dan design rumah. Biasalah kalau ada perbezaan pendapat antara suami isteri jadi aku ambil keputusan menggunakan 100% idea isteri supaya melancarkan proses renovasi.

Renovasi rumah memang pengalaman yang sukar dilupakan . Seronok juga baca tips renovasi rumah Kak Jie macam kebetulan je pulak. Bagaimana pulak pengalaman Rakan Denaihati yang pernah renovasi rumah?


Spread the love

187 Comments

  1. Saya dan suami ada beli rumah teres dua tingkat. Just extend dapur sikit dengan pasang kitchen cabinet. Sedih x berpeluang duduk situ sbb kena stay ngan mak sekali, so keputusannya rumah tu disewakan saje dan sekarang try upgrade rumah mak sikit2. Smlm baru pasang build in wardrobe. Puas hati sbb kemas dan semua barang leh sumbat kat dalam tu…
    Curahan rasa Zuraida Rahim @ ..Daya Tarikan EmasMy Profile

  2. Salam.. saya baru je berpindah ke rumah baru.. so far mmg tak buat apa2 renovasi pun. Salah satu sebabnya saya rasa rumah dh cukup selesa utk kami 3 beranak.. InsyaAllah bila ahli keluarga bertmbah dan anak2 membesar barulah dipikirkan hal2 renovasi rumah ni. Masa pindah masuk saya hanya menukar warna cat, tambah kabinet dapur dan plaster siling.. selainnya tiada apa2 perubahan.. buat masa sekarang masih rasa blm perlu utk menambah keluasan rumah sedia ada.. 🙂
    Curahan rasa Queen Teratai @ ..Wordless Wednesday – Kasih Sayang AllahMy Profile

  3. Alhamdulillah dah dapat renovasi rumah.Mesti sangat gembira melihat perubahan dari semasa ke semasa.Dah siap mesti sangatlah teruja dengan hasil idea sendiri.

    Rumah yg saya duduk sekarang still camtu juga.belum ada sebrang pertambahan :).dah menginap dekat 7 tahun.InsyaAllah dalam perancangan hujung tahun ni mungkin akan tambah dapur skit kot.Harap2 bolehlah kerja berjalan seperti yg dirancangkan nanti
    Curahan rasa syiela @ ..Puding JagungMy Profile

  4. rumah mak ayah saya di kajang sudah pun renovate.. rumah teres bawah ditambah satu ruang di atas. Manakala di rumah mak ayah mertua saya sedang renovate, rumah kampung 3 bilik jadi lima bilik. =)
    Curahan rasa KiD @ ..Urut Badan Murah dan MudahMy Profile

  5. buat masa ni belum memiliki rumah sendiri lagi, masih menyewa..
    tapi kalau pengalaman renovasi ni, paling terbaru sempat jugak mencurahkan idea dan konsep untuk rumah mertua di Sabah..
    memang agak rumit jugak kalau di sebelah sana sebab material agak tinggi harganya dan sukar untuk mendapatkan material yang berkualiti..
    kontraktor yang diupah juga agak demand dan setiap kerja mereka terpaksa diawasi sebab susah nak percaya tahap kerja tapi terpaksa juga sebab takde pilihan..
    kos memang menjadi faktor utama..dari upah kontraktor hinggalah kepada material, semuanya lebih mahal dari semenanjung..

    agak untung juga Denaihati memiliki rumah lot yang mempunyai keluasan camtu..boleh ditambah binaannya..

    insyaAllah rumah yang selalu dikunjungi tetamu tu kan penuh rahmat dan murah rezeki..semoga lepas ni lebih murah rezeki lagi..
    Curahan rasa pipoq @ ..Wordless Wednesday – TV 5DMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!