Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku memang jarang-jarang nak kongsi cerita peribadi dalam blog terutama kisah keluarga tapi kali nak ceritalah sikit harap Rakan Denaihati tak bosan. Kali ini nak cerita tentang rumah yang kami diam sejak akhir tahun 2006. Idea nak cerita rumah ini tercetus apabila selalu terbaca kisah jual beli rumah di blog Abangensem.com (bukan sekadar nama bro ni memang betul-betul ensem lah).

Rumah kami bukanlah besar sangat dan bukanlah kat prime area di Bukit Antrabangsa sebelah rumah Dato’ Siti Nurhaliza atau Bangsar Heights hanya sekadar di Balakong yang selalu jadi senda gurau kawan-kawan bila sebut nama lokasi jadi selalulah guna nama Seri Kembangan walaupun alamat sebenar Balakong. Biasalah bila dah duduk rumah beberapa tahun mulalah nak mengubahsuai sana sini.

Kami suami isteri pengambil keputusan untuk renovasi rumah dua tingkat kami pada September 2010. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan untuk renovasi rumah antaranya :

1. Anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan tambahan bilik terutama untuk anak perempuan. Empat buah bilik sedia ada memang tidak cukup untuk menampung jumlah keluarga seramai tujuh orang dan tetamu yang sering menziarahi kami.

2. Alhamdulillah rezeki bertambah bisnis semakin maju jadi kami mempunyai peruntukan lebih untuk renovasi rumah mengikut konsep terkini. Dulu masa mula-mula masuk rumah bisnis tengah teruk dapat ambil kunci rumah pun dah syukur sangat. Kalau nak cerita kisah nak masuk rumah sendiri akhir tahun 2006 boleh menits airmata tapi simpan sahaja dalam lipatan sejarah kami.

Renovasi rumah pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pertama kali pengalaman renovasi rumah sendiri bukanlah urusan mudah. Alhamdulillah dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties semuanya berjalan lancar walaupun lari daripada jadual asal. Proses yang paling sukar dan kritikal adalah diperingkat akhir untuk melengkapkan rumah yang direnovasi dengan tile untuk lantai dalam rumah, lantai luar rumah, lantai bilik, dapur dan bilik air, jenis siling, warna cat, jenis pintu dan tingkap, kabinet dapur, peralatan bilik air dan perabot rumah.

Tidak kurang susah juga nak mereka cipta konsep taman yang sesuai dengan keluasan dan design rumah. Biasalah kalau ada perbezaan pendapat antara suami isteri jadi aku ambil keputusan menggunakan 100% idea isteri supaya melancarkan proses renovasi.

Renovasi rumah memang pengalaman yang sukar dilupakan . Seronok juga baca tips renovasi rumah Kak Jie macam kebetulan je pulak. Bagaimana pulak pengalaman Rakan Denaihati yang pernah renovasi rumah?


Spread the love

187 Comments

    1. Bab badget tu memang susah pasti lari dari planning. Setiap bahan ada harga berbeza-beza nak harga murah pasti kualiti rendah.

  1. ayah dalam bidang pembinaan.. alhamdulillah, ada jugak buat ubah suai rumah, plus ayah tau serba sikit pasal ubah suai dan pembinaan, jadi semua dia uruskan, so, senang la sikit.. pasal jadual pembinaan tu mmg hampir semua projek sukar nk tepati masa, sebab ye la, kita ni manusia, Tuhan yang menentukan,.. cuaca lagi.. tapi kalau dh siap mesti syukur sgt kan.. happy je.. gambar dalam tak de ke?.. mesti lawa kan.. 😀
    Curahan rasa Syaz @ ..Keperluan Atau Kemahuan?. Kemahuan Ibarat Air Laut, Lagi Minum Lagi Haus.My Profile

  2. Saya belum pernah buat renovasi rumah secara besar-besar sekadar tambah sedikit dibahagian depan rumah sahaja. Ada perancangan untuk membuat pengubahsuaian tetapi bukan di masa terdekat mungkin lama lagi kot. 🙂
    Curahan rasa akubiomed @ ..Happy birthday to me!!!My Profile

  3. 4 tahun lepas cuma mampu buat ubahsuai dikawasan dapur utk rumah yg baru dibeli di Bdr Seri Alam, Masai…konsep dh dicari, barang2 utk ubahsuai pn sudah dibeli sendiri mengikut citarasa…tp yg tak bestnya kualiti kontraktor indon yg buat ubahsuai tak memenuhi piawaian..nasib baik kualiti kabinet dapur pasang siap yg dipasang oleh kontraktor tempatan mengubati sedikit kekecewaan di hati..
    Curahan rasa Cool Daddy @ ..NASI LEMAK SENIBONG – MALAM INDAH SELALUMy Profile

  4. wah besarnya rumah bro.. conner lot lagi tu.. setahun yang lalu ada ada rezeki beli rumah apartment 5 tingkat.. takda lif.. so aku beli di tingkat 4.. kebetulan rumah yang aku beli tu memang basic betul.. so sebelum masuk rumah baru.. aku kenalah buat tile keseluruhan rumah & kabinet dapur… disebabkan dekorasi lantai aku yang pilih.. so isteri 100% aku bagi dia untuk idea dekorasi dapur pulak.. kata orang biasanya org pompuan kalau bab dapur nak cantik je.. hehehe..

    Alhamdulillah dah setahun duduk rumah sendiri.. syukur dengan rezeki yang Allah berikan..
    Curahan rasa myvitrd @ ..Coca-Cola Euro 2012 | Peraduan Euro 2012My Profile

  5. Buat masa ni tak berpeluang untuk renovate rumah sendiri lagi… sekadar merancang untuk renovate rumah mak di kampung, sedang cari rujukan di rumah rakan-rakan dan majalah untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati saya dan emak di kampung. 🙂

    tapi yang pasti tidaklah sehebat renovasi di rumah bro denaihati 😀
    Curahan rasa Eizil @ ..Indahnya islam…My Profile

    1. Semua tidak berlaku sekelip masa insyallah terus berusaha pasti suatu hari tercapai hasrat. Bagus sangatlah kalau ada niat nak renovasi rumah emak insyallah Allah bagi keberkatannya.

  6. biasanya memang begitu, perkara yang sukar adalah di penghujung renovasi sehinggalah untuk melaksanakan hiasan dalaman….biasanya akan ada jer yang tak kena….pengalaman renovasi rumah tak ada, tapi biasa mengurus projek hospital…masalah lebih kurang sama….
    Curahan rasa sweetkurma @ ..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!