Remaja pintar IT jana pendapatan RM50,000 dengan bangunkan perisian sendiri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Muhammad Akmal Hazim Hafizul Rasydan bukan remaja sebarangan kerana dalam usianya yang baru menjangkau 14 tahun, dia sudah mempunyai kira-kira 400 pelanggan dan meraih pendapatan lumayan sebanyak RM50,000 daripada perisian yang dibangunkannya sendiri.

Perisian dikenali dengan nama Benchpoint.io menyediakan solusi ujian berkelajuan remote dan sistem penanda aras internet untuk server pengguna.

Remaja pintar IT itu sekarang mengusahakan idea besar untuk membantu rakyat Malaysia menggunapakai peranti Internet-of-Things (IoT).

Perisian Muhammad Akmal Hazim menyediakan antara muka web untuk pelanggan e-dagang menjalankan ujian kelajuan pada server termasuk menguji beban server tanpa kerumitan. Melalui perisian ini, pelanggan dapat meramalkan keupayaan server untuk mengendalikan sejumlah besar pelawat.

“Idea utama tercetus dari pelanggan terdahulu saya kerana saya perlu melayari skrin dan memantau server dan ia menjadi masalah untuk saya kerana saya tidak melayari komputer sepanjang masa.

“Jadi saya membangunkan perisian yang boleh dipasang, menyalin dan menampal kod pada server dan selepas itu, anda boleh menguruskan ujian kelajuan dari antara muka web,” katanya semasa taklimat media untuk #mydigitalmaker Fair 2019 pada Rabu.

Muhammad Akmal Hazim merupakan Digital Ninja di bawah program #mydigitalmaker Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengasah kemahiran pelajar dan memberi pendedahan kepada pemikiran inovatif.

Remaja itu sedang bekerjasama dengan pemaju Internet-Of-Things (IoT) yang lain dalam projek yang dikenali “Projek IoT”.

Beliau memberitahu bahawa projek itu mirip dengan platform yang disediakan di peringkat antarabangsa, Blynk IOT, tetapi dia mahu mewujudkan satu lagi platform bagi rakyat Malaysia untuk menguruskan peranti IoT mereka.

“Saya mahu membangunkan platform lain untuk rakyat Malaysia yang dapat mengurangkan kependaman kerana jika anda mahu sesuatu, anda mahukannya dengan cepat dan anda tidak mahu sebarang kelengahan yang mungkin.

“Kami cuba membangunkannya sebaik mungkin untuk pasaran tempatan Malaysia dan pada masa ini kami sedang berusaha menaik taraf utama supaya kami dapat menerima langganan berbayar dan kami ingin memastikan ia boleh mengendalikan lebih banyak pelanggan pada masa akan datang,” katanya.

— BERNAMA


Spread the love

7 Comments

  1. Bayangkan kalau lebih ramai anak muda Malaysia mempunyai bakat sebegini, pastinya negara akan lebih bertambah maju

  2. Bangsa Melayu ni bangsa yang pandai, dan ramai orang Melayu yg gigih.

    Dah tiba masa kita highlight orang-orang Melayu yg berjaya, bijak pandai begini. Yang naik bukan sebab dapat tender, alibaba, atau main politik.

    Orang Melayu ada ramai yang pandai, ramai yg bagus. Moga makin merebak Melayu2 yang bagus2, Aaamiin
    Curahan rasa Suri @ ..Jimat Sehingga 85% — Universal Traveller SaleMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!