Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.
Hikmah Ibadah Qurban
Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.
Hukum melaksanakan Qurban
Qurban bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidil Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.
Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.
Qurban kambing Mekah
Ada sesetengah orang menganggap ibadah korban ini hanya untuk orang yang berharta atau kaya raya. Sebenarnya ibadah korban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya. Dengan mengeluarkan duit kita sendiri, hasil titik peluh kita sendiri untuk ibadah ini.
Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qurban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qurban kerana sebenarnya ibadah qurban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
Pada tahun ini, sekali lagi pihak Denaihati akan menguruskan tempahan qurban kambing yang akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Ustaz Maulana Effendi selaku wakil Denaihati akan berada di lokasi sembelihan untuk menguruskan sembelihan dan tempahan Qurban Kambing Mekah.
Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah hanya RM550 seekor untuk yang ingin melaksanakannya dengan mewakilkan pihak Denaihati Resourses untuk menguruskannya. Saban tahun lebih 1000 ekor yang ditempah dan ini menunjukkan kepercayaan bertahun-tahun untuk urusan qurban kambing di Mekah.
Siapa yang tidak mahu membuat ibadah dan kebaikan di tanah suci Mekah?
Inilah peluang yang hadir di hadapan anda sekarang untuk mendapat pahala berganda-ganda dengan Qurban Kambing Mekah ini. Usahakanlah untuk melakukannya walau seekor untuk diri anda atau keluarga pada tahun ini.
Tempah segera QURBAN KAMBING MEKAH.
Pembayaran mudah dengan perbankan tunai, perbankan atas talian, kad debit dan kredit. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat di talian 03-55236092 atau emel ke admin@denaihati.com
39 Comments
Kalau tak silap saya DH pernah buat affiliate kurban dulu. Adakah ia masih berjalan
Kalau bayar mcm ni lebih mudah. Ada juga yg susah nak dpt bahagian sbb org lain dah book
Belum pernah lagi org jatuh papa kedana lepas keluarkan duit utk korban. Allah tambah lagi ada la.
Kena usahakanlah juga untuk melakukannya walau seekor untuk diri sendiri dan keluarga pada tahun hadapan. InsyaAllah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Amin semoga impian akn jdi kenyataan. Besar pahala org yang laksana korban ni
Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban. Ada di masjid, di surau dan dirumah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Allah dah mudah kan kita utk buat ibadah yg mulia ini. Kat mana mana pun boleh
Sebenarnya ibadah korban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Besar pahalanya. Dan allah akan kasi nikmat dan rezeki yg tak disangka sangka
Banyak juga syarikat atau agensi pengurusan qurban yang menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Amalan korban memang di galakkan, di samping itu boleh membantu org susah dengan bahagikan sedikit bahagian kepada mereka
ya. besar pahala qurban. sebab kita mengagihkan rezeki kepada golongan yg memerlukan.
Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Siapa yang mampu boleh laksanakan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga amalan korban anda semua di terima. pahala dan amalan kita untuk bekalan akhirat nanti. Asalkan niat ikhlas
Curahan rasa nasa azman @ ..Mencari saiz tanah yang ideal bagi membina rumah. Saiz tanah yang bagaimana sesuai bagi membina rumah?
amiin… ramai yang buat qurban tahun ini dan ada juga yang terlepas peluang. setahun sekali ibadah qurban sunnat muakkadah kita laksanakan.
setahun sekali sahaja ibadah ini. tapi sekali buat memang besar pahalanya buat kita.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Siapa yang mampu boleh buat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ikhlas hanya Allah yang boleh menilainya. Kita cuma mampu berdoa semoga ibadah korban di terima
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
nampaknya tahun ini belum ada kesempatan lagi untuk melaksanakan ibadah Qurban…
bajet sukar nak capai KPI yang melegakan..
mudah-mudah Allah kurniakan rezeki yang mencurah pada masa yang akan datang
inshaa Allah, mungkin boleh diusahakan dan mungkin juga boleh ikut tips simpan RM50 sebulan. Jadi, tahun depan dah cukup wang untuk urusan qurban.
insyaallah tahun depan akan ada rezeki. pasang niat awal awal semoga allah permudahkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
InsyaAllah, kalau dihimpun duit dan ada niat, pastinya Allah permudahkan urusan kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.