Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rumah.
Tidak kira kecil, besar, bentuk dan jenisnya, ia tetap menjadi keperluan asas manusia. Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman setiap orang.
Bagi orang biasa, pembelian rumah pada kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka. Tersilap langkah, pembelian rumah boleh menjadi mimpi ngeri.
Kisah ditipu pemaju, rumah terbengkalai, rumah yang dibeli rosak teruk atau tidak memenuhi spesifikasi yang diingini adalah merupakan antara perkara yang ditakuti mereka yang ingin membeli rumah.
Lokasi strategik pilihan utama
Bila kita nak beli rumah, antara yang dilihat adalah lokasinya. Kita harus tahu samada rumah yang hendak anda beli itu untuk tujuan anda duduk ataupun sewakan kepada orang lain. Hal ini kerana kedua-dua objektif adalah berbeza dan anda harus ditetapkan sebelum membeli rumah tersebut.
Taman Salak Lestari, adalah satu kawasan perumahan yang baru di kawasan Salak Tingg, Sepang. Dan untuk pengetahuan, Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan luar bandar yang paling pesat membangun.
Dengan jaringan lebuhraya di sekitarnya, membuatkan lokasi Taman Salak Lestari ini mudah diakses dari pelbagai arah.
- 4 minit ERL Station / Kip Mart / Mcdonald
- 10 minit KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University
- 15 minit Putrajaya / Cyberjaya / D’PULZE
- 30 minit Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam
Spesifikasi rumah sesuai jangkamasa panjang
Memandangkan terdapat banyak projek pembangunan hartanah, kita mempunyai banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Rumah teres, rumah bertingkat, kondominium mahupun flat mampu milik, itu semua perlu diambilkira sebelum memilikinya.
Kawasan rumah teres di Taman Salak Lestari mempunyai kelebihan kerana tanah di taman itu telah ditambak setinggi 7 meter. Dan semua pembinaannya di atas tanah rezab Melayu adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan piawai.
Adakalanya kita mendengar sesebuah bangunan itu tidak kukuh dan mempunyai masalah major yang lain. Itu adalah antara daripada sebab tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4 Bilik untuk rumah yang selesa
Lokasi yang strategik dan rumah yang ikut spesifikasi memang menjadi pilihan ramai. Sebab itu perlu tanya betul-betul dan kenali siapa pemaju yang mengendalikan projek tersebut. Pada masa sekarang ini, Taman Salak Lestari sudah siap 80% dan hanya berbaki 20 unit rumah di situ.
Untung dapat rumah dengan bukaan 20′ X 67′ dan luas binaan 1960 kaki persegi. Tiga bilik di aras atas dengan dua bilik air. Ditambah pula dengan ruangan ‘family area’, boleh difikirkan untuk membuat loteng atau tempat simpan barang juga.
Di aras bawah, terdapat 1 bilik dan 1 setor di bawah tangga. Selain ruangan dapur dan ada beberapa kaki tanah di belakang rumah.
Ruang legar luas pilihan ramai
Ramai yang idamkan ruang yang luas dan selagi ruang yang ada, selagi itu kita akan cuba hiaskan atau penuhkannya dengan perabot ataupun hiasan. Tidak kira elemen moden atau antik, semuanya boleh disesuaikan dengan rumah 4 bilik dan 3 bilik air ini.
‘Finishing’ juga sentiasa menjadi perhatian pembeli sesebuah rumah dengan melihat sama ada kawasan-kawasan yang sentiasa digunakan contohnya dapur. Jubin setinggi 5 meter dipasang dan di belakang rumah juga ada paip untuk basuhan serta port unifi sudah dipasang.
Dengan harga yang bermula dengan RM445,000 , sudah tentu ianya berbaloi untuk didiami sekeluarga.
Beli rumah daripada Fitrah Properties Sdn Bhd
Pihak pemaju yang menjalankan projek di Taman Salak Lestari adalah Fitrah Properties Sdn Bhd. Ia sudah memulakan kerja-kerja dan pelbagai projek sejak 5 tahun yang lalu. Pemiliknya adalah orang Melayu dan mengusahakannya di kawasan Sepang. Tanah Rizab Melayu yang dimiliki seharusnya diambil peluang untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga.
Bagi yang mendalami bidang hartanah ini, sudah tentu dapat membaca sifir pembangunan sejak 10 tahun yang lalu di kawasan Sepang ini. Hasilnya sudah pelbagai tarikan yang telah diwujudkan.
- KLIA dan KLIA 2
- Kompleks Tabung Haji
- Litar Antarabangsa Sepang
- Aeon Mall Nilai
- Mitsui Outlet
- Ibu Pejabat Daerah Sepang
- Masjid KLIA
Pemaju juga mempunyao track record yang baik dan sebenarnya mempunyai tiga buah syarikat. Ada juga projek yang telah siap serah kunci kepada pembeli pada September yang lalu dengan rumah teres dua tingkat dan teres superlink. Kena rebut peluang miliki rumah yang dibangunkan oleh pemaju milik orang Melayu ini.
Bagi yang ingin membeli rumah di Taman Salak Lestari, boleh terus hubungi dan rujuk maklumat di bawah. Sebut nama DENAIHATI, teruskan niat membeli.
Instagram: @_fitrah_properties_
44 Comments
tak dinafikan design rumah ni memang lawa.. gabungan warna hitam dan putih memang kena dengan rend semasa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Design macam ok lah, siapa yang berhajat nak beli boleh lah melawat kawasan sekeliling dulu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Harga rumah RM445,000.. sebulan bayar installment bank dalam RM2200.** banyak gak tu.. gaji dalam RM8000 sebulan baru mampu nak beli rumah macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Harga rumah dekat setengah juta.. orang bergaji kecil macam saya ni tak mampu nak beli rumah mahal macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
sama la. cuma mampu tengok shaja, rumah macam ni untuk yg bergaji besar, berpangkat pegawai gitu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
cantik rumah ni. Tempat pula sedang membangun. Berpotensi harga berlipat kali ganda selepas beberapa tahun. Nak stay sini pun ok gak kan. Takdelah sesak seperti kotaraya lain..
Memang kena rebut peluang miliki rumah yang dibangunkan oleh pemaju milik orang Melayu ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Aah, kawasan ni tak sesak sangat. Ada kampung lagi. Kalau nak naik flight oun dekat saja.
design rumah ini sangat okay. lagi satu dekat dengan kemudahan sepeti kedai runcit, pusat membeli belah dll.. jimat minyak kat situ.
untuk jangka masa yang lama, tinggal bersama keluarga. memang ini lokasi yang bagus
apa lagi Kid..angkat la sini satu plak. Dah pencen nanti, boleh dok sini tengok kapal terbang..
Nak ke shopping mall pun dekat saja, Nilai dah ada Aeon Mall baru.
Owh boleh jadikan rumah ni masa settle down / lepas pencen kan. Kawasan pun takde lah sibuk sgt tu
Macam best gak lokasi ini untuk stay lepas pencen. Tempat pn masih belum sesibuk seperti tempat lain
Menarik! Harga pun mampu milik. Tempat CN di Jenjarom ni, banyak rumah baru naik harga majoriti 500k ke atas. Nama je kampung jenjarom, tapi harga rumah fuh! Alasan ada tesco extra dekat sini. Alahai..
nak beli rumah ni satu langkah besar dalam hirup.. tak boleh buat sambil lewa.. smoga kita berurusan dengan pemaju dan orang2 yang jujur dan amanah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Sentiasa doa supaya semasa urusan beli rumah ini kita tidak ditemukan dengan manusia yang jaht. Nak beli rumah bukan macam beli kereta kan
Yup, beli rumah ni melibatkan urusa niaga yang bukan kecil jumlah nya. Kena decide btol2 kan
Jauhnya, beli rumah ni juga satu aset long term andai kita berpindah tempat lain boleh sewekan dekat orang kan. Bulan dapat duit bestnya memang tak rugi kalau beli rumah
Kalau jauh, boleh beli untuk dibuat sewa. Potensi penyewa kat sana pun macam ramai je tgk lokasi tu
Luas rumah ni…. Design pon ok…
Sgt sesuai utk family….
Selalu tgk pemaju org Chinese… Kali ni baru saya nmpk dri org Melayu…
Bagus ni..
ramai pemaju cina kan? tapi tak kisah lah asal kan tak ada unsur tipu dan niat untuk mengaut keuntungan lebih
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Beli rumah tak pernah rugi, nilai sentiasa naik walau pun perlahan. Tunggu 5 tahun sewakan baru fikir nak jual semula atau tak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
Untung yang bila rumah 5,6 tahun sblm ini. Harga hari ni pasti dah 2,3 kali ganti kan ..ikut tempat
Alhamdulillah. Siap dengan plan lagi. Rumah yang luas dengan menyediakan empat bilik dapat memuatkan keluarga yang ramai. Lokasi yang strategik akan menjadi tarikan orang ramai untuk rebut peluang beli rumah selesa di Taman Salak Lestari.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
rumah 4 bilik sebegini mmag sesuai utk kami sekeluarga. Tapi macam jauh sgt pula buat masa skang ni
Yang penting dekat dengan pelbagai kemudahan. Ini nantinya boleh menaikkkan nilai rumah ni lebih tinggi lagi.
Curahan rasa Penjual Makanan @ ..Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!
betul tu. nak ke airport, nak shopping, nak ke masjid, semuanya ambil kira. senang nak plan jalan hari-hari
Luas dan selesa. Cuma dapur nampak kecil sikit. Apa pun bagus support syarikat pembinaan bumiputera Melayu ni. Moga syarikat ni terus maju membina rumah yang berkualiti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hadiah Cabutan Bertuah Pembeli Kombo Ebook Content Khairul Hakimin Muhammad
jarang tengok pemaju dari golongan bumiputera kan? biasanya cina. semoga bisnes mereka smkin berkembang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Dapur kecik boleh tambah ruang dapur, extend sket lg. Nampak macam ada space lg tu
Mungkin cara beli rumah yang paling selamat adalah…beli rumah yang sudah siap. Beli daripada orang yang ingin menjual rumah mereka. Mahal lah sikit tapi dijamin boleh terus duduk.
Curahan rasa ayba @ ..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Yup. tapi kena sediakan pendahuluan yang best la. Harga pun lebih tinggi drp umah under construction
Cantik rumah ni. Dalaman pun luas. Moga dipermudahkan urusan kita memiliki rumah sebagai tempat tinggal selesa.
Cantik kan. Interior pun memang sangat menarik tu. Beruntung siap yang berjaya memiliki nya
Memangn sesuai sgt dibeli oleh mereka yang dah berkeluarga ni. Luas besar ada laman. Lokasi pun best
Comments are closed.