Rebut peluang beli rumah selesa di Taman Salak Lestari

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rumah.

Tidak kira kecil, besar, bentuk dan jenisnya, ia tetap menjadi keperluan asas manusia. Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman setiap orang.

Bagi orang biasa, pembelian rumah pada kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka. Tersilap langkah, pembelian rumah boleh menjadi mimpi ngeri.

Kisah ditipu pemaju, rumah terbengkalai, rumah yang dibeli rosak teruk atau tidak memenuhi spesifikasi yang diingini adalah merupakan antara perkara yang ditakuti mereka yang ingin membeli rumah.

Lokasi strategik pilihan utama

Bila kita nak beli rumah, antara yang dilihat adalah lokasinya. Kita harus tahu samada rumah yang hendak anda beli itu untuk tujuan anda duduk ataupun sewakan kepada orang lain. Hal ini kerana kedua-dua objektif adalah berbeza dan anda harus ditetapkan sebelum membeli rumah tersebut.

Taman Salak Lestari, adalah satu kawasan perumahan yang baru di kawasan Salak Tingg, Sepang. Dan untuk pengetahuan, Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan luar bandar yang paling pesat membangun.

Dengan jaringan lebuhraya di sekitarnya, membuatkan lokasi Taman Salak Lestari ini mudah diakses dari pelbagai arah.

  • 4 minit ERL Station / Kip Mart / Mcdonald
  • 10 minit KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University
  • 15 minit Putrajaya / Cyberjaya / D’PULZE
  • 30 minit Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam

Spesifikasi rumah sesuai jangkamasa panjang

Memandangkan terdapat banyak projek pembangunan hartanah, kita mempunyai banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Rumah teres, rumah bertingkat, kondominium mahupun flat mampu milik, itu semua perlu diambilkira sebelum memilikinya.

Kawasan rumah teres di Taman Salak Lestari mempunyai kelebihan kerana tanah di taman itu telah ditambak setinggi 7 meter. Dan semua pembinaannya di atas tanah rezab Melayu adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan piawai.

Adakalanya kita mendengar sesebuah bangunan itu tidak kukuh dan mempunyai masalah major yang lain. Itu adalah antara daripada sebab tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

4 Bilik untuk rumah yang selesa

Lokasi yang strategik dan rumah yang ikut spesifikasi memang menjadi pilihan ramai. Sebab itu perlu tanya betul-betul dan kenali siapa pemaju yang mengendalikan projek tersebut. Pada masa sekarang ini, Taman Salak Lestari sudah siap 80% dan hanya berbaki 20 unit rumah di situ.

Untung dapat rumah dengan bukaan 20′ X 67′ dan luas binaan 1960 kaki persegi. Tiga bilik di aras atas dengan dua bilik air. Ditambah pula dengan ruangan ‘family area’, boleh difikirkan untuk membuat loteng atau tempat simpan barang juga.

Di aras bawah, terdapat 1 bilik dan 1 setor di bawah tangga. Selain ruangan dapur dan ada beberapa kaki tanah di belakang rumah.

Master bedroom
Bilik aras atas
Bilik aras atas (corner lot)
Bilik air yang selesa

Ruang legar luas pilihan ramai

Ramai yang idamkan ruang yang luas dan selagi ruang yang ada, selagi itu kita akan cuba hiaskan atau penuhkannya dengan perabot ataupun hiasan. Tidak kira elemen moden atau antik, semuanya boleh disesuaikan dengan rumah 4 bilik dan 3 bilik air ini.

‘Finishing’ juga sentiasa menjadi perhatian pembeli sesebuah rumah dengan melihat sama ada kawasan-kawasan yang sentiasa digunakan contohnya dapur. Jubin setinggi 5 meter dipasang dan di belakang rumah juga ada paip untuk basuhan serta port unifi sudah dipasang.

Dengan harga yang bermula dengan RM445,000 , sudah tentu ianya berbaloi untuk didiami sekeluarga.

Ruang aras bawah

Beli rumah daripada Fitrah Properties Sdn Bhd

Pihak pemaju yang menjalankan projek di Taman Salak Lestari adalah Fitrah Properties Sdn Bhd. Ia sudah memulakan kerja-kerja dan pelbagai projek sejak 5 tahun yang lalu. Pemiliknya adalah orang Melayu dan mengusahakannya di kawasan Sepang. Tanah Rizab Melayu yang dimiliki seharusnya diambil peluang untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga.

Bagi yang mendalami bidang hartanah ini, sudah tentu dapat membaca sifir pembangunan sejak 10 tahun yang lalu di kawasan Sepang ini. Hasilnya sudah pelbagai tarikan yang telah diwujudkan.

  • KLIA dan KLIA 2
  • Kompleks Tabung Haji
  • Litar Antarabangsa Sepang
  • Aeon Mall Nilai
  • Mitsui Outlet
  • Ibu Pejabat Daerah Sepang
  • Masjid KLIA

Pemaju juga mempunyao track record yang baik dan sebenarnya mempunyai tiga buah syarikat. Ada juga projek yang telah siap serah kunci kepada pembeli pada September yang lalu dengan rumah teres dua tingkat dan teres superlink. Kena rebut peluang miliki rumah yang dibangunkan oleh pemaju milik orang Melayu ini.

Rumah teres superlink yang sudah diserah milik
Pejabat Urusan Fitrah Properties Sdn Bhd

Bagi yang ingin membeli rumah di Taman Salak Lestari, boleh terus hubungi dan rujuk maklumat di bawah. Sebut nama DENAIHATI, teruskan niat membeli.

Facebook: FITRAH PROPERTIES
Instagram: @_fitrah_properties_
Call: +6017-823 5254

Spread the love

44 Comments

  1. cantik rumah ni. Tempat pula sedang membangun. Berpotensi harga berlipat kali ganda selepas beberapa tahun. Nak stay sini pun ok gak kan. Takdelah sesak seperti kotaraya lain..

  2. Menarik! Harga pun mampu milik. Tempat CN di Jenjarom ni, banyak rumah baru naik harga majoriti 500k ke atas. Nama je kampung jenjarom, tapi harga rumah fuh! Alasan ada tesco extra dekat sini. Alahai..

    1. Sentiasa doa supaya semasa urusan beli rumah ini kita tidak ditemukan dengan manusia yang jaht. Nak beli rumah bukan macam beli kereta kan

  3. Jauhnya, beli rumah ni juga satu aset long term andai kita berpindah tempat lain boleh sewekan dekat orang kan. Bulan dapat duit bestnya memang tak rugi kalau beli rumah

  4. Alhamdulillah. Siap dengan plan lagi. Rumah yang luas dengan menyediakan empat bilik dapat memuatkan keluarga yang ramai. Lokasi yang strategik akan menjadi tarikan orang ramai untuk rebut peluang beli rumah selesa di Taman Salak Lestari.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik AmeerMy Profile

    1. betul tu. nak ke airport, nak shopping, nak ke masjid, semuanya ambil kira. senang nak plan jalan hari-hari

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!