Rangkaian 5G di Malaysia; teknologi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Syarikat telekomunikasi Malaysia sedang meningkatkan usaha, pelaburan dan kerjasama untuk menyokong pelancaran 5G di negara Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM), Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata syarikat itu sudah bersedia untuk membantu negara melaksanakan 5G.

TM, katanya, memiliki liputan gentian paling menyeluruh di seluruh negara untuk berfungsi sebagai tulang belakang yang perlu bagi rangkaian 5G.

“5G tanpa gentian adalah sukar. Jadi kami percaya kami telah semakin mantap dalam 5G dan kami mahu membantu negara meningkatkan kesalinghubungan juga dikawasan yang tidak dihubungkan dengan gentian,”

“Kami melihat 5G sebagai peluang bagi kami untuk meluaskan liputan dan pangkalan, yang kami boleh lancarkan pada kadar yang lebih pantas,” katanya pada sesi panel bertajuk “Fireside Chat 2: Paving the Way for 5G in Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia 2020, di sini, pada Isnin.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Bhd Gokhan Ogut berkata syarikat tersebut mahu membawakan teknologi 5G ke Malaysia agar ia tidak ketinggalan dalam persaingan teknologi masa depan.

Susulan itu, Maxis telah melancarkan ujian percubaan 5G sejak dua tahun lepas dan berharap dapat melancarkan secara rasmi rangkaian generasi seterusnya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Mohamad Idham Nawawi berkata industri itu akan terus melabur dalam rangkaian tersebut bagi memastikan ekosistem yang mampan.

Beliau berkata kerjasama antara pemain industri juga penting bagi menyokong pelaksanaan 5G.

Sementara itu Digi Telecommunications Sdn Bhd menumpukan kepada sektor kesihatan dan pelancongan dengan keupayaan 5G.

“Ia boleh digunakan bagi banyak perkara tetapi apa yang lebih penting, kami melakukanya secara kerjasama dengan yang lain-lain,” kata ketua pegawai eksekutifnya Albern Murty.

Kredit: Awani


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!