Ramai yang inginkan kebahagiaan tapi tak ramai yang peroleh kebahagiaan yang sebenar.

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kebahagiaan itu bukanlah terletak pada banyaknya harta wang ringgit, bukan pada besarnya rumah kediaman, bukan pada hebatnya kenderaan yang dimiliki, bukan pada tingginya jawatan kita perolehi. Ataupun bukan pada apa jua yang kita idam-idamkan, angan-angankan, harap-harapkan, cita-citakan di dalam dunia yang sementara ini.

Ada ramai orang nak rasa bahagia, namun fahamkah apa itu bahagia?

Tetapi kebahagiaan yang hakiki itu terletak pada jiwa nurani yang sentiasa berusaha mendekatkan diri pekerti kepada Allah SWT, bila diri dekat dengan Allah SWT jiwa akan rasa tenang. Dan bila diri semakin jauh dengan Allah SWT (kerana perbuatan dosa atau maksiat) hati mula rasa gundah-gulana dan hilang punca dan arah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Jalan kebahagiaan yang sering kita minta kepada Allah SWT ialah apabila kita solat ;

“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

(QS. Al Fatihah : 6-7)

Lalu jalan siapakah yang Allah SWT telah beri nikmat kepada mereka? Imam Ibnu Katsir ra mengatakan, iaitu jalan orang-orang yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud ;

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu : Nabi-nabi, Para shiddiiqiin (orang-orang yang teguh kepercayaannya kepada Nabi), orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”

(QS. AnNisaa’ : 69) (lihat Tafsir Ibnu Katsir)

Dan mereka itulah orang-orang yang sudah jelas dijamin kebahagiaannya oleh Allah SWT.

Hidup kita tidak akan bahagia selagi tidak menjaga solat fardhu 5 waktu. Kebahagiaan yang dirasa tanpa memelihara solat bukanlah kebahagiaan hakiki. Ia hanya kebahagiaan pada mata kita sahaja. Sedangkan roh dan jiwanya sangat sengsara dan tertekan.

Ada yang sibuk ke sana ke mari. Ada yang tanpa henti kerja siang hingga ke malam. Nak cari duit menimbun berguni, tapi solat pun tak dijaga rapi. Culas sana sini.

Marilah kita dekatkan diri dengan Allah SWT sentiasa. Kasih sayang Allah SWT sentiasa melangit luas tiada sempadan buat kita semua. Hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu dan meminta apa jua pertolongan.

Wallahua’lam


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!